“Hei
Zarif ! Lamanya tak jumpa kau. Sihat ke?” Farhani menegur Zarif ketika mereka
terserempak di shopping mall. Farhani
adalah rakan universiti Zarif semasa sama-sama menuntut di Universiti Malaya
sebelum ini.
“Hani
! Ya Allah, lamanya tak jumpa dengan kau. Around
two years, maybe. How are you?”
“Ingat
pun kau dengan aku. Betullah Zarif, lebih dua tahun sudah kita tak jumpa. Satu jangka
masa yang panjang, dan kau sekarang pun dah banyak berubah. I’m just fine.” Farhani menjawab. Mereka
sama-sama berjalan masuk ke dalam Baskin
Robbins yang berada di hadapan mereka. Banyak perkara yang hendak mereka
bualkan.
“Anyway, kau dengan Ryzal macam mana? Dah
lama aku tak dengar cerita tentang Ryzal. Habis saja study kita masing-masing bawa haluan. Kau ke kanan, aku ke kiri.
Samalah juga dengan rakan-rakan kita yang lain.” Zarif menambah. Segala
kenangan semasa mereka menuntut di universiti bermain-main di fikirannya.
“Aku
dengan Ryzal okay saja. Hujung bulan nanti majlis kahwin aku dengan dia.
Jemputlah ke rumah aku ya. Wajib ! Nasib baik aku jumpa dengan kau kat sini,
kalau tak memang tak dapatlah kau nak merasa nasi minyak kami.” Farhani
menambah. Dia dan Ryzal sudah lama menjalin hubungan cinta, dari alam
universiti lagi, dan hubungan mereka kekal sehingga sekarang. Akhirnya, setelah
kewangan masing-masing telah kukuh, mereka membuat keputusan untuk berkahwin.
“Alhamdulillah,
akhirnya sahabat aku bertemu jodoh juga. In shaa Allah, jika tak ada apa-apa
aral melintang, aku akan ke majlis perkahwinan kau nanti.”
“Aku
dengar cerita kau dah kahwin. Betul ke? Dengan Alia?” Farhani di depan Zarif
berkerut kening. Zarif tersenyum nipis mendengar pertanyaan Farhani. Dia tahu
itu adalah soalan cepu emas yang ditunggu-tunggu.
“Ya,
memang aku dah kahwin, bukan dengan Alia tapi Lea Fatehah.” Zarif menjawab
tenang. Farhani semakin keliru.
“Maksud
kau?” Farhani bertanya pelik. Dia sudah sedia maklum dengan cerita cinta antara
Zarif dan Alia pada zaman kampus dahulu. Namun, dia tidak tahu di mana silap
hubungan mereka sehinggakan Alia mengambil keputusan untuk meninggalkan Zarif.
Alia telah menghilangkan diri entah ke mana.
“Dah
tak ada jodoh antara aku dengan Alia, nak buat macam mana kan? Tapi, aku tak
menyesal pun dengan perkahwinan ini. Aku kehilangan Alia, dan Allah gantikan
Alia yang hilang itu dengan Lea Fatehah.” Zarif menjawab dengan tenang sekali
lagi. Di ruang matanya terbayang wajah lembut Lea Fatehah.
“Aku
tak sangka hubungan cinta kau dengan Alia terputus di tengah jalan.” Farhani
mengeluh berat. Terbayang di ruang matanya kisah cinta mereka ketika di
universiti suatu ketika dahulu.
“Tak
ada apa yang nak dikesalkan Hani. Mungkin ini suratan takdir dari Illahi. Tiada
siapa yang dapat menolak dan menyangkalnya. Aku terima seadanya.” Zarif
menjawab sambil tersenyum.
“Bila
kau nak kenalkan aku dengan isteri kau? Apa namanya tadi? Lea Fatehah?” Farhani
cuba mengubah topik perbualan mereka. Dia tidak mahu mengimbau kembali kisah
cinta Zarif Haikal dan Alia. Biarlah ia menjadi rahsia antara mereka.
“
In shaa Allah. Kenduri kau nanti, aku bawa dia ke sana.” Zarif menjawab dengan
senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
“Okay
lah kalau macam tu, aku minta diri dulu. Jangan lupa tau hujung bulan nanti,
kenduri kahwin aku. Datang, jangan tak datang pula. Nanti bolehlah kita gather sama-sama dengan geng yang lain.” Farhani meninggalkan
pesan sebelum melangkah untuk membeli barangan kahwin.
Geng lain?
Maknanya aku harus bertemu dengan Alia sekali lagi? Kuatkah aku Ya Allah untuk
berhadapan dengan perempuan yang pernah hadir dalam hati ini, yang pernah aku
sayang dan cinta sepenuh hati. Zarif bermonolog sendiri.
-----
“Assalamualaikum.”
Zarif menghulurkan salam apabila tangannya mencapai tombol pintu. Salamnya
tidak berjawab. Kebiasaannya, Lea akan menunggu Zarif pulang dari kerja
walaupun lewat malam. Entah kenapa malam itu isterinya tidak berbuat seperti
selalu yang dilakukan.
Hati
Zarif dipagut risau. Di tambah pula dengan suasana rumah yang gelap gelita.
Kakinya pantas melangkah ke arah bilik tidur mereka. Lampu bilik di buka dan
keadaan bilik terang benderang. Dia melihat Lea tidur di katil. Lega sedikit
perasaannya.
Perlahan-lahan
kakinya melangkah menghampiri Lea Fatehah di katil.
Lea
membuka matanya perlahan-lahan apabila merasakan suasana bilik yang terang
benderang. Dia melihat Zarif berdiri di sisinya. Pantas Lea bingkas bangun. Dia
membetulkan rambutnya yang kusut itu lalu disepitkan dengan sepit rambut.
“Dah
lama awak balik?” Lea membetulkan duduknya dan bersila di atas katil.
“Baru
saja. Saya tengok rumah gelap gelita, ingatkan awak tak ada kat rumah.” Zarif
berlalu ke sofa. Beg kerja di letakkan di atas meja dan tali lehernya di
rungkai.
“Maaf
wak. Saya tertidur tadi.” Lea melangkah turun dari katil ke bilik air.
“Senggugut
awak dah okay ke belum? Maaf, pagi tadi saya terpaksa tinggalkan awak
sorang-sorang di rumah. Saya ada meeting
penting tadi. Saya cuba juga minta tolong dengan Imani temankan awak di rumah,
tapi dia ada hal lah pulak.” Zarif terpaksa bergegas ke pejabat semula pagi
tadi untuk menghadiri satu mesyuarat penting setelah menghantar Lea ke rumah
mereka.
“Saya
okay saja. Satu hari suntuk ni saya tidur saja wak. Makan malam untuk awak pun
saya tak sempat masak.” Lea menjawab setelah keluar dari bilik air. Barulah dia
merasa segar setelah membasahkan muka dan lehernya.
“Tak
apa. Saya dah makan tadi dengan client.
Habistu, awak makan apa ja hari ni ?” Zarif bertanya lagi. Lea mengambil tempat
duduk di sebelah Zarif.
“Saya
tak makan apa pun lagi. Entahlah, saya tak rasa lapar.” Lea Fatehah menjawab.
Kebiasaannya memang begitu, apabila datang bulan, seleranya akan berkurang.
“Mana
boleh macam tu, nantikan perut itu pula masuk angin. Takpelah, awak tunggu kejap,
saya pergi masakkan sup untuk awak.” Zarif berkira-kira untuk bangun namun
tangan Lea cepat sahaja mencapai tangan Zarif. Zarif tidak jadi melangkah,
kakinya kaku. Lea pegang tangan aku? Matanya tidak berkelip memandang tangannya
dan tangan Lea terpaut kemas.
Lea
kaget. Cepat-cepat dia meleraikan pegangan tangan itu. Dia menepuk dahinya
laju. Kenapa pula aku boleh terpegang tangan dia ni?
“Takpe-takpe,
saya boleh masak sendiri. Awak rehatlah! Saya tahu awak penat, banyak kerja di
pejabat. Takpe, saya turun masak sekarang.” Lea cepat-cepat melangkah keluar
dari bilik. Mulutnya tidak putus-putus menyumpah. Dia marahkan dirinya sendiri.
Kenapa reaksi spontannya tadi menyebabkan dirinya malu sendiri di depan Zarif?
Zarif
di dalam bilik tersenyum sendiri. Dia memandang lama tangannya yang dipegang
Lea Fatehah sebentar tadi. Dia dapat merasakan bahawa pautan tangan itu sungguh
kemas. Berkali-kali dia menampar kedua-dua belah pipinya. Dia mahu memastikan
bahawa dia tidak bermimpi. Ya, memang benar bahawa sebentar tadi Lea Fatehah
yang memegang tangannya. Zarif tersenyum puas. Hatinya bernyanyi lagu riang.
No comments:
Post a Comment