Tuesday 2 April 2013

[ INFO] Masalah Wanita: Senggugut/Period Pain

Assalamualaikum..

Aku merasa terpanggil untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang aku peroleh.
Disebabkan aku ni selalu saja mengalami period pain yang amat teruk, maka aku nak berkongsi sedikit info dengan korang semua..
Hope berguna!
Actually, aku pun baru tahu sebenarnya, apa punca period pain ni..
Ini menurut sumber yang boleh dipercayai, In shaa Allah.. 

 
Kita boleh berusaha untuk menangani masalah period pain ni.
Aku pun bukannya seorang yang arif bab medik.. tetapi ini mungkin perkongsian yang berguna untuk anda yang mengalami permasalahan seperti saya.
Doktor perubatan mungkin mempunyai penyelesaian mereka yang tersendiri.. 
Jadi, salah satu langkah yang boleh kita ambil ialah dengan mempraktis kaedah seperti di atas. 

Oke. bercerita perihal pengalaman.. banyak sangat pengalaman aku dengan period pain ni.
Rasanya kalau aku nak bercerita mungkin terlalu panjang entri aku kali ini..
Tetapi untuk berkongsi cerita yang singkat, mungkin boleh.

Aku sedari aku mengalami period pain ini sedari awal-awal aku didatangi haid. 
Menurut Ma aku, ini perkara biasa bagi seorang wanita.. cuma bezanya teruk dengan tak teruk saja.
Kes aku, aku klasifikasikannya sebagai teruk!
Tambah Ma aku lagi.. ini mungkin gene, baka, keturunan.. 
Hal ini kerana, Ma aku masa muda2 dulu pun selalu mengalami period pain.. tetapi selepas saja berjaya melahirkan kakak aku, period pain Ma hilang.
Itu cerita Ma aku.. okelah kan, sebab Ma dah beranak pinak..
kes aku ni pulak macam mana?

Dulu2, zaman sekolah, teruk sangat masalah period pain aku ni.. sampaikan tak boleh lekang dari panadol. Asal sakit aku makan panadol. Bahaya kot sebab selalu amalkan panadol. 
Tapi, nak buat macam mana kan, dah tersangat sakit, tambahan pula berada di sekolah,
kalau ada di rumah yelah jugak nak ngelak makan panadol, coz Ma aku selalu tungku kan aku dengan tungku panas. Lega sikit.
Kekadang sampai nangis2 bila diserang sakit tuu.. pernah sekali itu, sakit aku ni memang tak tertahan.
telan panadol pun tak lega lagi.. menangis meraung-raung.. menggelupur.. 
and Ma aku selalu je psiko aku, 'alah.. sakit melahirkan anak lagi sakit dari ini..'
biasanya dengan sahaja ayat psiko macam tu dari Ma aku boleh pulak aku diam.. tetapi tika itu, tak boleh, memang tersangat sakit sangat2.. 

Akhir sekali, abah aku tak tahan kot tengok aku yang duk mengerang sakit.. Ma aku pun dah abes ikhtiar, tungku aku.. sapu minyak angin, bagi makan panadol, tapi tak juga lega..
akhirnya abah aku mintakan Ma aku ke dapur ambilkan segelas air..
dan abah aku baca ayat2 sikit.. aku tak pasti baca ayat apa.. abah aku baca perlahan sangat..
lepastu, abah aku bagi kat aku suh minum.. aku minum jelah..
air masak biasa je pun.. tapi, berkat bacaan ayat Quran dan doa2 itulah yg membuatkan aku terlena dengan tiba-tiba.. memang nyenyak sungguh la tido aku.. 

#Kan.. azimat doa dan bacaan ayat2 suci Al-Quran.
Jadi, tak ada salahnya kita mengamalkan petua ini..
#Selamat mencuba kepada mereka yang mengalami masalah seperti aku.. :)

Thanks for reading dear!

No comments: