Monday 25 November 2013

JALAN HIDUP


Sejak akhir-akhir ini, sering saja kawan cikra inbox minta pendapat dan nasihat mengenai "perjalanan" cinta mereka. Kadang-kadang cikra berfikir sejenak, layakkah aku untuk menasihati mereka? sedangkan diri cikra sendiri pun belum tahu kesudahannya bagaimana. Tapi, takpe, selaku kawan, walaupun tidak boleh menyelesaikan masalah kawan2, cukuplah menjadi pendengar yg terbaek. :)

Cikra faham dan mengerti apa yang mereka sedang alami ketika ini. Mungkin mereka merasa selesa untuk berkongsi dengan cikra. Jadi, tak ada salahnya cikra meminjam telinga sekejap untuk mendengar luahan mereka.

Menyentuh soal perjalanan hidup, especially soal jodoh dan kahwin ini. Ia mampu membuatkan cikra merasa gelisah yg amat sangat. kenapa? Mungkin kerana dihambat usia. Ye, mungkin. Walhal baru awal 20-an. Masih terasa muda sebenarnya, namun disebabkan semakin banyak bisik-bisik di telinga bertanya itu dan ini, maka hati ini seolah-olah meronta dalam diam. Tapi, meronta untuk siapa dan bagaimana ? Usaha, sudah ! Cikra sudah berusaha. Namun, cikra mengerti aturan Allah itu adalah sebaik-baik aturan ;)


Kita tidak tahu aturan Allah itu bagaimana. Apa yang berada dalam fikiran kita ini adalah aturan kita tentang perjalanan hidup kita sendiri. Mungkin disebabkan desakan hidup. Maka akan lahirlah satu "buah fikiran" yang menyatakan dia adalah terbaik untuk kita. Namun, kita lupa itu adalah aturan kita. Hanya mampu tercapai dek akal kita. Hanya dia yang kita nampak. Mungkin juga jodoh kita yang ditetapkan oleh Allah adalah seseorang yang akan kita kenali minggu depan, bulan depan atau hari-hari selepas ini. Itu semua tidak berada dalam capaian akal kita kan ?

Oleh itu, cikra hanya mampu tersenyum sahaja andai bisik-bisik itu kedengaran lagi. Nak saja cikra laungkan pada seluruh dunia bahawa mencari seorang bakal imam itu bukanlah mudah seperti memilih baju di kedai. Walhal, nak memilih sehelai baju pun kita perlu memilih secara berhati-hati. Jahitannya, jenamanya dan macam-macam lagi. Itu baju, yang mana akan bertukar untuk sehari ke sehari, inikan pula soal bakal imam yang akan membimbing kita di jalan yang diredhai Allah. Maka, tentulah memerlukan masa yang lebih lama kan ?

#peace ! :)



No comments: