Sunday, 6 April 2014

Movie Review : Flu

Olla. time untuk movie review. fuhh. lama kemain nak review satu2 cerita. al-maklum sajalah kekangan waktu dan masa. di kala mempunyai kesempatan ini, eloklah kita review sesikit ya. mihmihmih


lets representating to you, "FLU" sebuah filem Hangul (korea) yang diterbitkan pada tahun 2013, iaitu tahun lepas. *boooo.. review cerita lama. wahahaha. lama bagi korang, baru untuk aku. wahahaha. 


Filem ini diarahkan oleh Kim Sung-su dan dibintangi oleh Jang Hyuk dan Soo Ae.


Jom ikuti sedikit plot cerita ini yang dicopy and paste melalui wikipedia. :P


A group of illegal immigrants are smuggled to South Korea inside a shipping container, but when it's opened in Bundang by traffickers, an affluent suburb of Seoul, it's discovered that all of the immigrants are dead, except for one man, a carrier of a deadly strain of H5N1 (avian influenza, or bird flu). As the man escapes, he quickly spreads the virus to nearby residents. Mir(Park Min-ha), daughter of a single mother Kim In-hae (Soo Ae), meets the man, names Mossai, and gives him some food and tells him to wait as she calls rescue worker and paramedic Kang Ji-goo (Jang Hyuk). However as he arrives, Mossai is nowhere to be found.
One of the traffickers presents himself at a trauma centre with the symptoms of the flu. Doctors are perplexed on his condition and considers the diagnosis of H5N1. His accompanying brother becomes aggressive as a "Code Blue" was declared over the hospital's intercom, indicating that his brother has entered cardiac arrest. As he runs into the isolation room of his brother, he had already expired.
A meeting of doctors and politicians is held. A doctor insists on the lockdown of Bundang, which is met with sharp criticism by a Congressman, which is worried about his aprroval ratings. Meanwhile, the virus spreads at an alarming rate, with it being airborne. 2,000 new cases were being reported at every hour, with the hospitals being overloaded with people vomiting blood and expiring.
Finally, a decision is made to lockdown the city. Roads and subway trains leading out are all shut down, and troops are called in to forcibly move all residents into a quarantine camp. It was determined that, through footage that the single survivor in the container was an antibody carrier and an APB is sent out to find him, as he could be a source for a vaccine.
In the quarantine camp, infected persons are separated and placed in cages. It is later revealed that they are placed in plastic bags, with some of them still alive and thrown into a pit in a stadium and incinerated. Mir is found to be infected by her mother, but manages to sneak through the head to toe examination. Her condition deteriorates, just as the antibody carrier is found. In desperation, Mir's mother takes her to the room containing Mossai, the person with the antibody, and does a blood transfusion, just before the door is kicked down and she is tranquilised by a soldier.
Mir is brought to the pit of bodies to be incinerated, but is rescued by Kang Ji-goo, the fire-rescuer. The uninfected people see the pit and a riot ensues, forcing the evacuation of all medical and military personnel from the camp. Kim In-hae and the antibody carrier are the last to be evacuated, however, he is stabbed multiple times before he is evacuated by the first victim's brother, and dies on the way to the control centre.
The mob of people from the camp reach their way to the city limit of Bundang, where a checkpoint of soldiers are waiting. The Minister of Defence of Korea, citing the Mutual Defence Treaty between the US and Korea, clears the soldiers to engage the unarmed civilians, against the orders of the President, who is enraged. Dozens of people are shot and killed, and the civilians withdraw.
Mir, who is slowly recovering due to the development of antibodies in her system, is brought by Ji-goo to the city limit. They are separated and Mir runs with the crowd, which is again now slowly moving towards the border. An order is given by the Minister of Defence to shoot anyone who crosses the border, which is indicated by an Orange Line. Mir's mother runs from the other side from the border, through the soldiers who try in vain to stop her.
As Mir sees her mother on the other side, she starts running towards the Orange Line. A general orders a soldier to fire. The soldier hesitates and the general puts a gun to his head, reinstating his order to fire. The soldier is forced to fire, whose bullet hits the mother. The wound however, is not critical. Mir uses herself as a human shield and pleads with the soldiers not to fire. The soldiers do not fire any further shots, moved by the young girl's tears.
Seeing that In-hea being shot, the mob rushes in front of them as human shield. The Minister of Defence stands down and withdraws the operation. However, his American counterpart orders in an airstrike with American Fighter-bombers. The President, who is informed of Mir as being an antibody carrier, states that he has supreme command of Capital Defence, and puts out a call to ready surface-to-air missiles, and to shoot down the approaching jets.
The SAMs lock on the jets, but they are called off by an American general at the last second. An ambulance later brings Mir to a hospital where a vaccine and a cure is developed.
Ji-goo, Mir and In-hea are later seen on their way to a holiday, with Korea being back to normal.


p/s cerita disebalik aku menonton cerita ini. al-maklum sajalah menonton online. pergh. sekali xdak subtitle. dahla cakap hangul, then aku ternganga sorang2. walau apapun, aku tetap juga habiskannn. huuuu. sedih nau. cari yang ada subtitle,tapi tak boleh bukak pulak. layan sajalah yang xdak subtitle. janji tertunai hasrat untuk menonton cerita ni. kikikiki. baiii ! ;)

Saturday, 5 April 2014

[BAB 16] DIA ISTERIKU

Zarif menutup tubuh Lea yang terdedah akibat bajunya yang koyak rabak dengan sweater yang dipakainya. Dia membetulkan rambut Lea dan mencapai tudung di penjuru pondok itu lalu disarungkan ke kepala Lea. Sisa air mata yang masih berbaki di pipi Lea disapu lembut. Dia mengucup dahi Lea tanda memberi sedikit kekuatan. Lalu, Lea dipeluk kemas.

Lea hanya mendiamkan diri. Dia berasa seperti keajaiban berlaku ke atas dirinya. Tadi dia benar-benar mengharapkan ada orang datang menyelamatkannya, dan ternyata suami dia sendiri yang datang menyelamatkan dia dari terus menjadi mangsa sepakan lelaki berkulit gelap itu.

“Abang, Lea takut bang. Lea takut.” Lea berkata perlahan setelah dirinya mendapat ketenangan. Tangannya yang luka kecil akibat terkena kaca itu dibelek oleh Zarif. Dia kasihan dengan nasib yang diterima oleh Lea. Zarif mengelus lembut jari jemari Lea.

“Shhh, jangan takut lagi sayang, abang dah ada kat sini. Abang minta maaf, abang lambat sampai ke sini.” Zarif memeluk Lea sekali lagi, dia menggosok belakang Lea dengan telapak tangannya. Pelukannya semakin dikemaskan.

Di luar pondok, lelaki berkulit gelap itu sudah diikat dengan tali oleh Najmi di sebatang pokok. Tidak lama kemudian, terdengar suara-suara orang bercakap dari luar. Di dapati, terdapat lima orang pegawai polis termasuk Inspektor Zamri berada di depan pondok tersebut.

Zarif memimpin Lea Fatehah keluar daripada pondok itu.

Inspektor Zamri dan beberapa pegawai yang lain mampir ke arah mereka. Lelaki berkulit gelap itu menunduk. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

“Maafkan saya Inspektor, saya bertindak sendiri.” Zarif cepat-cepat memohon maaf daripada Inspektor Zamri apabila menyedari kesalahan yang dilakukan olehnya.

“Saya faham Encik Zarif. Saya pun sudah dapat mengagak yang Encik Zarif akan bertindak mendahului kami. Nasib menyebelahi Encik Zarif kerana Puan Lea betul-betul di bawa ke sini. Dan, saya akan membawa suspek ke balai. Saya harap selepas ini Encik Zarif dan Puan boleh ke balai untuk membantu siasatan.” Kata Inspektor Zamri. Zarif bersalam dengan Inspektor Zamri, begitu juga dengan Najmi. Lelaki berkulit gelap itu sudah di bawa oleh pihak polis.

“Jom kita balik. Bawa Lea, Zarif. Jahanam punya penyangak!” Najmi melahirkan rasa tidak puas hatinya apabila melihat kesan luka dan lebam pada badan Lea. Mereka menaiki bot dan pulang ke resort.

Najmi telah mendapatkan doktor persendirian daripada pulau itu untuk merawat Lea. Lea tidak mahu ke hospital kerana masih trauma. Tidur Lea juga kadang-kadang terganggu.

“Mama risaulah tengok keadaan Lea ni Zarif. Asyik meracau je.” Puan Mazni melahirkan rasa susah hatinya apabila melihat keadaan puteri bongsunya.

“Zarif minta maaf mama, abah, abang. Zarif gagal untuk jaga dan lindungi Lea macam mama, abah dan abang buat sebelum ni.” Zarif menunduk kesal di hadapan keluarga mertuanya. Mereka masih mengelilingi Lea di katil kerana risau melihat keadaannya yang kadang-kadang meracau ketika tidur.

“Abah tak salahkan Zarif dan abah percayakan Zarif. Tetapi, kita tak minta semua ini berlaku terhadap diri Lea. Kita sama-sama berdoa agar penjenayah sebenar dapat ditangkap.” Encik Mahfuz menambah untuk mengurangkan rasa bersalah Zarif. Najmi di sebelah Zarif menepuk lembut bahu adik iparnya, tanda menyokong kata-kata Encik Mahfuz.

“Mama,abah dengan abang baliklah rehat ke bilik dulu. Zarif boleh jagakan Lea. Kesian dengan mama dan abah, penat dah tu.”

“Mama dengan abah balik ke bilik dulu. Kalau perlukan apa-apa pertolongan, panggil kami ye.” Puan Mazni menambah.

“Abang pun nak balik ke bilik juga ni. Kalau kamu perlukan pertolongan, panggil abang kat bilik sebelah ye?” Najmi pula berpesan. Akhirnya, mereka mengangkat kaki dan keluar dari bilik Zarif. Tinggallah Zarif dan Lea di dalam bilik. Zarif membetulkan selimut Lea yang sedikit terlondeh.

Sesekali Lea meracau di dalam tidurnya. Cepat-cepat Zarif mendekat ke arah Lea dan memeluk Lea erat. Niatnya supaya Lea merasa selamat. Selepas Lea berhenti meracau, dia kembali menyambung tidurnya. Dengkuran halus kedengaran. Zarif menarik nafas lega. Dia memandang raut wajah Lea yang masih jelas dengan kesan luka dan lebam. “Maafkan abang, sayang!” Zarif berkata perlahan sambil tangannya menyentuh luka-luka dan lebam itu.” Maafkan abang!”Ulang Zarif sekali lagi.

Setelah memastikan keadaan Lea tenang, Zarif berlalu ke bilik air dan mengambil sehelai tuala bersama air suam. Dia baru sedar yang Lea belum mandi. Pakaian Lea yang koyak rabak itu harus ditukar.

Zarif mengambil tuala lalu mencelup ke dalam air suam, kemudian dia lapkan ke lengan Lea dengan berhati-hati. Dia takut perbuatannya itu akan mengganggu tidur Lea. Setelah siap mengelap di lengan dan sekitar muka Lea, Zarif menggerakkan tubuhnya ke bahagian kaki Lea.

Skirt Lea diselak sedikit demi sedikit. Zarif kaget. Pertama kali dia melihat betis dan paha Lea. Dia sedia maklum dengan kehidupan perkahwinan mereka sebelum ini, walaupun tidur sekatil namun Lea masih lagi suci!

Zarif mengetap bibir, dia risau andai perbuatannya itu akan mendatangkan amarah Lea. “Habistu, takkan nak  minta tolong mama? Nantikan apa pula kata mama? Kata suami isteri, takkan malu nak lap badan isteri sendiri. Kantollah aku!” Zarif berkata sendiri di dalam hati.

Dia gagahkan juga tangannya mengelap badan Lea dan cepat-cepat menarik turun skrit Lea menutup semula bahagian paha dan betis yang terdedah itu.

“Takkan Lea nak tidur dengan pakaian kotor macam ni? Aduh! Macam mana ni?” Zarif berkata sendirian lagi. Pakaian tidur Lea di tangan, namun dia tidak berani mahu menukar pakaian Lea.

“Kalau aku tukar, esok Lea perasan dan dia marahkan aku, macam mana? Ish, biarlah. Marah pun marahlah, daripada dia tidur dalam keadaan macam ni. Nampak sangat macam aku ni suami tak bertanggungjawab.” Zarif terus bersoal jawab dengan dirinya sendiri.

Akhirnya, Zarif nekad. Pakaian Lea harus ditukar. Selesai menukar pakaian Lea, dia mengusap perlahan rambut Lea. “Maafkan abang, sayang! Abang bukannya nak ambil kesempatan ke atas Lea. Kalau lepas ni Lea nak marah abang pun, Lea marahlah. Abang sanggup.” Zarif berkata kepada Lea, tetapi sebenarnya lebih kepada diri sendiri.

“Sayang tidur ya. Tidur yang lena. Mimpikan abang ya? Jangan ingat lagi peristiwa itu.” Segera Zarif mengucup lama dahi Lea. Anak rambut Lea yang menutup dahi segera diselak ke tepi. Lama Zarif menatap raut wajah Lea, terdetik satu perasaan yang amat indah di lubuk hatinya. “Sayang, abang jatuh cinta. Ya,abang jatuh cinta dengan sayang!” Akhirnya, Zarif Haikal mengaku yang dia cintakan Lea Fatehah.

Zarif merebahkan tubuhnya di sebelah Lea. Dia menarik selimut dan menyelimuti tubuhnya. Tubuh Lea ditarik lebih dekat dengan tubuhnya. Pertama kali dia berkelakuan seperti itu. “Ya Allah, kau tetapkanlah hati aku Allah.. Dialah jodoh aku yang aku cari-cari sebelum ni Ya Allah.” Zarif berdoa di dalam hatinya. Akhirnya, dia sendiri lena disisi Lea.


Sanggup ?

assalamualaikum. 



tertarik dengan petikan ini. sangat menarik mata aku untuk terus tertancap pada bait-baitnya. thanks akuislamblog . banyak kata-kata yang berguna di post oleh admin. syukran ya akhi, ya ukhti ;)


ok2, now kita beralih pada klausa "sanggup" itu. aku meletakkan watak "aku" dalam petikan ini sebagai seorang wanita iaitu diri aku sendiri. awak sanggup tak?? soalan pertama aku. awak sanggup tak cuci gigi palsu saya tiap-tiap pagi? awak sanggup tak papah saya bila saya tak larat nak jalan lagi? awak sanggup tak masak menu kegemaran saya (tom yam) supaya senyuman saya nampak lebih berseri dari hari2 biasa? sanggup tak wak??



indah kan andai pasangan kita sesempurna itu? kebelakangan ini, kita sering dimomokkan dengan drama dan tayangan pasangan yang curang. isteri sakit, aku cari lain. hmmm T_T. sedih. apa punya mentaliti lah. aku tak salahkan semua orang, but aku tahu certain memang wujud keinginan macam tu. sampai hati awak kan?? hmmm T_T



contoh terdekat yang boleh kita lihat sekarang ni ialah mak/ibu/mama/ma/ummi/mami kita sendiri. cuba tengok layanan dia untuk ayah kita. okay, cuba letakkan watak "mak" itu pada "ayah" macam mana agaknya? entah. akal cetek aku tak boleh nak bayangkan sesuatu yang mustahil kerna aku tahu jawapan yang ada dalam kotak fikiran aku sekarang ni bias. diamkan saja. kita fikir, kita renung sama-sama. 



okay, aku tinggalkan watak "mak" dan "ayah" itu untuk korang selesaikan sendiri. back to myself. aku bukan perfectionist. bukann! eh, aku heranlah kenapa selalu sangat orang cakap aku ni choosy? heran.  heran. heran. heran. ' oh, kau ingat senang nak cari. main ambik macam tu ja? even he's smoker, pakai rantai?' grrrr. pfftttt ! okay. aku memilih. aku taknak yang macam tu!! tak nak. kadang2 timbul riak resah pada wajah mak dan abah aku. 'ish, anak aku ni memilih ni? ke takde orang nak? kenapa tolak orang yang datang tanya hari tu?' ahhhh.. aku tahu persoalan macam tulah yang timbul dalam kepala mak dan ayah aku. aku tahuu. 'makkkk, jangan risau. jodoh itu ada.' orang nak cari yang sangup macam ni lah. semua sanggup. waktu muda, waktu tua semuanya sanggup. bukan setakat manis di bibir saja. mihmihmih. ada yang terasa ke? opsss! sorry. huhuhu. 

p/s . contoh situasi kehidupan. xdak kena mengena sangat pon. >_<


Friday, 4 April 2014

[BREAKING] Nichkhun & Tiffany confirm dating !

Fuyoo.. fuyoo.. fuyoo !



Finally hilang sudah tanda tanya (?) dalam kepala. Nichkhun dengan Tiffany. oh gosh. siyess tak percaya. 



ok3.. tau topik kali ini agak ke'KPOP' kan sikit. eh, biarlah. untuk tatapan hari tua nanti. kata diari maya. mihmihmih. berilah ruang sedikit untuk unsur2 k-pop dalam blog ni, please >_<



first, baca status kawan at facebook, rasa macam nak kejang. nichkhun& tiffany.. yoon-a & lee seung gi. ehh. biaq betol? berani kan sm entertainment publishkan hubungan dorang. tetapi, dorang pun manusia macam kita jugak. bila fikir untuk kali ke-2, biarlah. semoga depa kahwin cepat2. lepastu dapat anak2 yang comel, cute, miut.huhuhuhu.



aisy, xtau nak mengarut apa dah. jom layan cerita pasal hubungan depa di sini dan di sini . menurut kedua-dua sumber tersebut, depa ini dah 4 bulan officially. wow! baru nak announce. ok lah tu. hope depa happy la na. hihihihihi. okay, taecyeon, chansung pulak macam mana? kita tunggu lah. lambat laun akan di announce jugak kan? 


k baiii. ;)

# spotted : bracelet sama. pandai na depa ni. huhuhuhu


# spotted : same phone chain. 

Memori Semalam

Assalamualaikum 

# representing to you : Jerome Ponce


Gambar di atas takdak kaitan langsung dengan entry kali ini. mihmihmih. harap maklum. ;)


Satu dua saat tika kita berjeda, pasti fikiran akan melayang, merayap, merayau entah ke mana. Yang pasti pulang pada masa lalu. Betoi dak? Alah, tak payah nak tipu or deny it. mengaku sajalah. kan3? senanggg..


semalam
memori menghantui kita agar ia tidak terlepas dikira
membilang memori semalaman membugar
menghentikan detik seketika
sebelum menerokai gelora
sudah tentu semalam adalah nasib
hari ini adalah pekiraan
dan esok adalah
usaha, buah pekiraan kini
dan bukan lagi nasib
laksana semalam


Rindu dengan kenangan yang mengusik, mengguris, menelan dan memamah jiwa. Siapa kata benda yang buruk usah dikenang. muhung? lagi buruk lagi mahu untuk dikenang. because it's one of the putaran hidup. nak atau tak, kita kena hadapi jugak. dicaci, dihina, diperli, dibuat 'derk' itu perkara normal. your life, my life, our life berpaksi pada pengalaman yang sama. cumaa, situasinya sahaja yang berbeza. 


Jangan malu untuk mengaku yang memori semalam lebih manis berbanding memori tika ini. kenapa manis? kalau dijatuhkan, takkan boleh dianggap sebagai memori yang palingggg manis. tidakk ! jangan menyangkalnya, lebih baik kau senyum sekarang! senyum dan ucap terima kasih pada orang yang menjatuhkan kau dulu... kerana, walaupun pahit, perit Tuhan saja yang tahu, tapi korang tetap telan dan mamah jua kan? at the end of the way, apa yang korang rasa? manisnya kan? haaaaa. itu bukan sebab perisa tambahan, tetapi sebab jiwa yang kental! aku bangga dengan diri aku sebab mampu nak 'memanis'kan apa yang dimomokkan 'pahit' sebelum ini. 


Friendship, studying, love, family. semuanya ada pahit dan kekal sebagai kenangan semalam. yang manis memang untuk disemat dalam hati yang paling dalam. yang pahit juga aku mahu kenang. kalau tak ada yang pahit, hingga sekarang aku masih tidak mampu untuk menyukat tahap kebolehan diri sendiri. aku jatuh, aku bangun. umpama terjatuh dan tergelincir kerana kulit pisang. kedebukk! pappppppppppp!!!! umpama nangka menghempap bumi. namun, aku bangkit. tak ada tangan yang menghulur.namun, aku tetap gagahkan jua. Pada aku cukuplah Tuhan yang menjaga aku. Thanks Allah! ;)


Terima kasih untuk memori semalam kawan. terima kasih untuk memori semalam my x's. terima kasih untuk memori semalam mak. terima kasih untuk memori semalam tetangga. sekarang, aku dan diri aku bersatu. makin kuat. makin teguh. In shaa Allah. ;) because of you, aku kenal dunia aku. because of you, aku kenal makna cinta dan setia. because of you, aku kenal makna kasih sayang dan keluarga.



Kerna aku percaya, Allah tempat untuk aku bergantung harap. ;) 



sincerely ;
Me.

Tuesday, 1 April 2014

[BAB 15] DIA ISTERIKU

Hari sudah menginjak tengah hari. Lea membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya matahari yang masuk menerusi lubang-lubang atap nipah itu memeritkan matanya. Ikatan matanya sudah dibuka, dia sendiri tidak sedar bila ikatan itu dibuka. Mungkin malam semalam ketika dia tidak sedarkan diri akibat terlalu penat. Dia memandang sekeliling, tiada siapa di situ. Hanya terdengar bunyi unggas dan cengkerik sahaja. Lea gagahkan dirinya untuk membuka ikatan di mulut. Dia rimas! Akhirnya, usaha dia berhasil apabila berjaya merungkaikan ikatan di mulut dan yang tinggal hanyalah ikatan di tangan.

“Siapa ada kat luar? Tolonglah jangan buat aku macam ni. Apa salah aku?” Lea meraung sekuat hati dengan harapan ada orang mendengar suaranya.

Tiba-tiba pintu usang pondok itu ditendang kasar oleh lelaki berkulit hitam yang menculiknya.
“Diamlah kau perempuan ! Dari semalam kau bising, kau tak penat ke?” Marah lelaki berkulit hitam itu. Lea tidak takut tengkingan lelaki itu.

“Kenapa kau buat aku macam ni? Tolonglah lepaskan aku. Apa salah aku pada kau?” Rayu Lea lagi dengan suara yang sedikit perlahan.

Lelaki kulit gelap itu ketawa kuat sehingga memenuhi setiap ruang pondok itu. “Kau ingat aku gila nak lepaskan manusia bernilai macam kau ni?” Jerkah lelaki itu.

“Apa kau nak dari aku? Kau nak duit? Berapa kau nak? Aku boleh bagi kau. Tapi, tolonglah lepaskan aku. Tolonglah!” Rayu Lea sekali lagi, namun lelaki kulit gelap tidak mempedulikan rayuan Lia. Dia berjalan keluar dari pondok itu apabila menerima satu panggilan telefon.

“Ya bos. Ya, dia ada dengan aku. Ya. Dekat tempat yang aku cakap semalam.” Lelaki kulit gelap itu bercakap menerusi telefon. Lea memasang telinga. Bos? Siapa bos?

“Ya, aku faham. Bos jangan risaulah. Kerja aku memang tip top.” Jawab lelaki kulit gelap itu lagi.
Setelah menamatkan panggilan telefon, dia kembali ke dalam pondok dengan membawa sebotol air mineral untuk Lea bersama sebiji roti.

“Nah, makan !” Dia membaling air dan roti tersebut kepada Lea. Sesungguhnya ketika itu, Lea berasa amat dahaga. Dia mengengsotkan badannya ke arah botol air mineral dan diambil dengan tangan yang diikat.

“Kalau ye pun kau nak suruh aku minum air, kau buanglah ikatan tangan aku ni.” Pinta Lea pada lelaki kulit gelap itu.

Lelaki itu menghampiri Lea dan mencapai botol air mineral dengan rakus dari tangan Lea. Dia membuka penutup air mineral dan dituangnya air mineral dengan rakus dan kasar ke dalam mulut Lea. Lea tersedak dan merasakan air mineral itu seolah-olah memenuhi rongga hidungnya. Lea terbatuk dan lelaki kulit gelap itu ketawa berdekah-dekah apabila melihat reaksi Lea yang menyapu mukanya dengan bahu dengan rakus. Lea memandang lelaki tersebut dengan pandangan yang tajam. Hidung Lea merasa pedih dan begitu juga dengan tekaknya.

-----

“Inspektor Zamri, tolonglah percepatkan operasi mencari isteri saya. Saya risau sangat ni. Dia tak kenal sesiapa pun dekat pulau ni. Tolonglah inspektor.” Zarif meminta jasa baik pegawai polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes penculikan isterinya.

“Sabar encik Zarif. Kami tengah menjalankan soal siasat ke atas beberapa orang saksi. Hasil daripada siasatan itu nanti kami akan jadikan titik permulaan untuk mencari isteri encik. Apa yang boleh saya katakan, berkemungkinan isteri encik diculik dan dibawa ke Pulau Kecil.” Terang Inspektor Zamri.

“Pulau Kecil?” Tanya Zarif inginkan kepastian.

“Ye encik Zarif, Pulau Kecil yang berada betul-betul berhadapan dengan resort yang disewa oleh encik dan isteri. Mengikut rekod yang kami simpan, Pulau Kecil itu pernah menjadi tempat penyembunyian penjenayah dan aktiviti jenayah. Tapi, saya harap encik Zarif tidak bertindak sendiri. Biar pihak kami yang selesaikan kes ini.” Terang Inspektor Zamri lagi.

Selepas mendengar penerangan daripada Inspektor Zamri, Zarif meminta diri untuk pulang ke resort. Abang ipar, mak dan ayah mertuanya telah tiba di resort pada tengah hari tadi.

“Macam mana Zarif? Apa kata pegawai polis tentang kes ni?” Tanya Najmi kepada Zarif. Mak dan ayah mertua Zarif juga menunggu jawapan daripadanya.

“Pihak polis bagitahu berkemungkinan Lea di bawa ke Pulau Kecil, depan resort kita ni. Mereka juga akan lakukan siasatan lanjut dan akan ke pulau itu petang nanti.” Zarif menjawab. Terlihat sedikit kelegaan di wajah Puan Mazni dan Encik Mahfuz. Mereka mengangguk-angguk tanda faham dengan penerangan yang diberikan oleh menantu mereka dan membiarkan anak dan menantunya berborak di luar resort mereka.

“Bang, Zarif ingat Zarif nak pergi sendiri ke sana. Tunggu pihak polis ni macam lambat ja. Zarif risau kalau jadi apa-apa dekat Lea. Hari pun dah hampir petang ni.” Zarif memberitahu Najmi. Dia terlalu risau akan keselamatan Lea dan ingin bertindak sendiri. Dari semalam dia tidak melelapkan mata. Dia terlalu risaukan Lea. Tubuhnya yang letih dilawan demi Lea Fatehah.

“Okay, abang ikut kau! Kita sewa bot, kita pergi ke sana sendiri.” Najmi menambah. Mereka sama-sama berjalan beriringin ke tepi pantai dan meninjau-ninjau ke tempat sewa perkhidmatan bot. Setelah berurusan dengan tuan bot, tuan bot berkenaan sanggup untuk membawa mereka ke pulau itu. Kedua-dua mereka memaparkan riak muka berpuas hati.

                                                            ----             

“Abang, tolonglah lepaskan saya. Tak ada gunanya abang culik saya. Saya tak bernilai pun. Mak ayah saya bukannya orang senang. Tolonglah bang.” Lea merayu lagi kepada lelaki berkulit gelap di depannya.

“Kau kata tak bernilai? Tapi bagi aku kau sangat bernilai. Kau sumber untuk aku dapatkan duit. Sudah, baik kau diam, jangan nak banyak cakap sangat! Malam nanti, bos aku datang jumpa kau. Kau berurusan sendirilah dengan bos aku! Aku tak nak masuk campur.” Lelaki kulit gelap itu berkata lagi.

“Bos kau? Siapa bos kau? Apa yang bos kau nak dari aku?” Tanya Lea Fatehah laju.

“Aku tak masuk campur dalam urusan bos aku dengan kau. Yang aku tahu, aku buat kerja seperti yang disuruh.” Lea terdiam mendengar jawapan lelaki kulit gelap itu. Ini bermakna, perculikannya itu dirancang oleh seseorang. Tetapi siapa?

Lelaki kulit gelap itu bangun meninggalkan Lea dan berlalu keluar dari pondok. Dia membiarkan mulut dan mata Lea tanpa berikat. Hanya tangan Lea sahaja yang diikat.

Lea terpandangkan satu objek bersinar tidak jauh dari tempat duduknya. Dia mengengsot menghampiri objek bersinar itu dan menghulurkan kakinya untuk mendapatkan objek itu. Lama Lea mencuba, barulah kakinya dapat menyepit objek bersinar itu. Serpihan kaca rupanya. Lea menguis kaca itu dengan kakinya ke bahagian belakang. Tangannya yang diikat dengan ketat cuba mencapai kaca itu. Dia perlukan kaca itu untuk mengerat talinya yang diikat di tangannya.

Lea memulakan operasinya, walaupun payah dan susah, namun diusahakan juga sehabis mungkin. Kadang-kadang, fokus tangannya terganggu apabila mendengar suara lelaki kulit gelap itu bercakap telefon. Kaca yang digunakan untuk mengerat talinya itu tersasar dari target dan terkena pada lengannya. Terdapat goresan dan luka kecil di lengannya. Lea hanya menahan rasa pedih dan ngilu. Dia hanya fikirkan mahu keluar dari pondok itu. Sakit di lengan tidak dihiraukan.

“Eh, perempuan, kau jangan nak buat apa-apa yang pelik!” Tiba-tiba Lea terdengar sergahan lelaki berkulit gelap dari pintu masuk ke pondok itu. Alamak ! Dia nampak ke apa yang aku tengah buat sekarang ni? Lea berkata di dalam hati. Dia mengetap kuat bibirnya. Cuba menahan getar.

“Kalau kau bertindak macam-macam, aku takkan teragak-agak nak tusuk kau dengan pisau ni!”Lelaki itu kembali mengugut Lea. Kecut perut Lea Fatehah mendengarnya. Dia memberhentikan gerak tangannya yang cuba membuka ikatan itu. Lea menunduk ke lantai, cuba mencari kekuatan. Dia takut diapa-apakan oleh lelaki itu.

------
“Abang, kat situlah Pulau Kecil. Saya tunggu abang dekat sini.”Ujar pemandu bot kepada Zarif dan Najmi. Kedua-dua mereka mengangguk faham dan apabila bot tiba di tepi pantai, mereka sudah melompat keluar daripada bot.

“Apa yang abang tengok, pulau ni tak besar pun. Tapi memang penuh dengan pokok dan hutan. Orang pun tak ada kat sini. Betul ke Rif, Lea di bawa ke sini?” Najmi bertanya kepada Zarif inginkan kepastian.

“Menurut pegawai polis, mungkin di sinilah tempatnya. Takpe bang, kita tinjau dulu tempat ni. Kita masuk ke dalam sikit, mudah-mudahan tempat yang kita tuju ini adalah betul.” Zarif memberikan idea. Mereka berdua sudah mula melangkah ke dalam hutan kecil di hadapannya. Perjalanan mereka ke dalam hutan kecil itu terganggu dengan akar-akar pokok besar yang berselirat di tanah. Mata Zarif melilau melihat keadaan sekeliling. Begitu juga dengan Najmi.

“Bang, kat sana tu macam pondok.” Zarif menarik Najmi ke belakang sedikit. Berlindung di sebalik sebatang pokok besar. Najmi memberhentikan langkahnya dan turut bersembunyi di sebalik pokok besar itu. Kedua-kedua pasang mata mereka terarah kepada sebuah pondok usang.

“Haaa, betullah. Kat situ ada pondok. Kita pergi ke pondok tu, tapi jangan terlalu exposed kan diri. Hati-hati.” Pesan Najmi kepada Zarif. Mereka melangkah dengan berhati-hati menghampiri pondok usang di hadapan mereka.

“Tak guna perempuan! Kau cuba nak lepaskan diri ya! Nah, ambik kau!” Lelaki berkulit gelap itu menyepak kuat perut Lea.

“Aduhhhh, saaaakit!” Lea meraung kesakitan.

Zarif dan Najmi yang menghampiri pondok itu dapat mendengar suara seorang perempuan yang meraung. Masing-masing memberhentikan langkah. Mereka mengamati suara itu betul-betul. “Suara Lea,bang!” Zarif berkata laju dan Najmi mengangguk. Mereka meneruskan perjalanan ke hadapan dengan keadaan berhati-hati untuk mendengar dengan lebih jelas.

“Kan aku dah kata, jangan kau cuba-cuba nak lepaskan diri! Hah, inilah habuannya.”Lelaki itu berkata sambil menyepak sekali lagi perut Lea. Lea mengerang kesakitan. Dirasakan amat ngilu di perutnya. “Ya Allah!” Lea meraung sekali lagi.

Zarif kaget ! Suara Lea semakin jelas kedengaran. Mereka sudah berada di belakang pondok itu. Najmi mengintai ke dalam pondok melalui lubang dinding. Dia memberikan isyarat mata kepada Zarif dan mengatakan bahawa ada seorang sahaja lelaki dalam pondok itu.

Mereka bergerak ke sebelah kanan pondok dan memandang ke sekeliling andai ada lagi individu lain. Setelah dipastikan, tiada siapa pun di situ kecuali seorang lelaki yang berada di dalam pondok.

“Zarif, kau masuk ke dalam, tetapi sebelum tu biar abang umpan lelaki tu keluar dari pondok. Abang umpan dia, dan kau masuk ke dalam pondok tu selamatkan Lea. Lelaki tu biar abang yang uruskan.” Najmi memberikan arahan. Zarif mengangguk faham.

Najmi terpandangkan satu kayu besar di hadapannya. Dia mencapai kayu tersebut dan dibaling ke hadapan pondok dengan niat untuk menarik perhatian lelaki di dalam pondok. Harapan mereka agar lelaki itu keluar dari pondok. Dan sangkaan mereka tepat apabila lelaki itu melangkah keluar dari pondok setelah mendengar jatuhan kayu itu.

Najmi pantas bertindak dengan melibas sebatang kayu panjang dan mengena pada kaki lelaki kulit gelap itu. Hasil libasan itu menyebabkan lelaki berkulit gelap terbaring di tanah. Zarif pula cepat-cepat masuk ke dalam pondok.

“Lea, Lea..” Cepat-cepat Zarif mendapatkan Lea yang tidak bermaya dipenjuru pondok. Dia melihat ada titik-titik darah yang keluar daripada mulut dan hidung Lea.

Mendengarkan suara orang memanggil namanya, Lea cuba membuka mata dan menahan sakit di setiap anggota badannya.

“Abang….” Lea menyambut perlahan setelah betul-betul pasti suara itu adalah suara Zarif Haikal. Zarif segera mendapatkan Lea ke dalam pelukannya. Tubuh kecil Lea dipeluk kuat. Namun, Lea mengerang kesakitan dengan pelukan kuat dari Zarif. Luka-luka dibadannya akibat ditampar dan disepak oleh lelaki kulit hitam itu semakin terasa sakitnya.

“Maafkan abang. Maafkan abang sayang.” Zarif mendapatkan muka Lea dan memegang kedua-dua belah pipi Lea. Air mata Lea tiba-tiba mengalir laju. Beberapa minit lepas, dia hanya melihat pengakhiran hidupnya apabila dipukul dan disepak terajang oleh lelaki kulit hitam itu. Air mata Lea yang mengalir laju disapu lembut oleh Zarif. Zarif kembali mendapatkan Lea ke dalam pelukannya. Rambut Lea yang kusut masai itu diurut perlahan. Ikatan di tangan Lea juga dilepaskan.

Di luar pondok, Najmi sedang bergomol dengan lelaki kulit hitam itu. Namun, Najmi menggunakan sepenuhnya kepakaran dia dalam taekwando dan berjaya menjatuhkan lelaki kulit gelap itu ke tanah. Najmi cepat-cepat mencapai tangan lelaki itu dan dikilas ke belakang. Dia menekan muka lelaki itu ke tanah tanda mengunci pergerakan lelaki itu. Lelaki kulit hitam itu mengerang kesakitan.

“Ambik kau! Jahanam punya manusia. Banyak lagi kerja bagus dekat dunia ni, tapi jalan ini yang kau pilih!” Kata Najmi geram.

Pisau yang berada berdekatan dengan mereka disepak laju oleh Najmi. Dia risau andai dia tersalah langkah, lelaki tersebut akan mencapai pisau tajam itu.


Thanks Dear ;)

Subhanallah. Thanks ALLAH. Thanks dear. Banyak betol hits. Dalam satu minggu, 196 hits. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thankss. Kuat jugak penangan My dear, Mr. Dimple ni ya? huhuhu. Btw. itu sajalah yang mampu aku tulis dan kongsi. hope dapat memuaskan hati semua orang.



Nanti beli novel tu tau. best sesangat. Lain dari yang lain jalan ceritanya. Takdelah love story sangat. Tapi padat dengan mesej dan pengajaran.  And aku percaya, siapa2 yang baca novel My Dear, Mr. Dimple ni.. first dia akan marah2, bebel dekat Mr. Lesung Batu tu. "apalah lembab sangat ni? mengaku jelah sayangkan Sofea?" contohnya.. macam tulah.



Tapi, lama-kelamaan korang akan sedar yang dua watak tersebut iaitu Sofea dan Umar Faliq saling melengkapi. Umar Faliq setenang-tenang manusia, dan Sofea pulak se clumsy-clumsy manusia. huhuhu. Bila dah clumsy, maka lawannya tenang kan? sejoli lah tu kan? ;)


Okey dear, enjoy your reading! ;)