Sunday, 11 August 2013

Jodoh itu Milik Kita-Sara Aisha



Sebelum ini aku pernah review perihal satu novel iaitu JODOH ITU MILIK KITA karya Sara Aisha ..
dan sekarang ni aku terlebih excited kerana novel itu akan di dramakan. wow !

dan.. dan.. untuk korang yang ter miss entry aku perihal novel JODOH ITU MILIK KITA, bolehlah terjah balik di sini

Aku memang tersangat sukakan karya beliau, terutamanya JODOH ITU MILIK KITA.
dan memang tak jangkalah novel ini akan di dramakan. sebelum ini aku dengar daripada member aku saja, katanya novel ini akan di dramakan..

"eh, betol ke?"
"betollah ! kat astro MUSTIKA hd"

Wow! Memang akan menjadi drama feveret pulak ah lepas ni..

Untuk mendapatkan kesahihan liputan tersebut, aku terjahlah ke blog saudari penulis novel itu sendiri, iaitu SARA AISHA  http://watashinosara.blogspot.com/ . Dan terbukti, memang benar ..

Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina)

Tengok, barisan pelakon pun dah memang hebat. Tak sabar untuk menontonnya, al-maklum sajalah, di rumah tak ada ASTRO Mustika HD.. Sabar untuk separuh masa saja.. Lepas ni, dan boleh nonton secara online.. mihmihmihmih ..

Bersamalah kita menyokong drama tempatan ..


 Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita
Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.



Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.



Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.



Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya, ikuti perjalanan drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos ini di Astro Mustika HD (saluran 134).



Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina) dan Heriyanto (Haika 



Jodoh Itu Milik Kita adaptasi novel karya Sara Aisha.

JODOH itu rahsia ALLAH


Walau sekuat mana kita setia
walau sehebat mana pun kita merancang
walau sekeras mana pun kita bersabar
walau selama mana pun kita menunggu
walau sejujur mana pun kita dapat menerima dirinya 

Jika takdir ALLAH menentukan dia bukan milik kita
Jika takdir ALLAH menentukan dia bukan jodoh kita

Kita tetap tidak akan bersamanya


Jika takdir ALLAH menetapkan dia ialah jodoh kita
Jika takdir ALLAH menetapkan dia ialah milik kita

Walau sejauh mana pun kita terpisah
Umpama kutub utara dan kutub selatan

Jodoh tetap jodoh. 
Walau bagaimana pun caranya, tetap akan ketemu

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya 
tidak akan pernah tertukar
dan akan bertemu pada saat yang tepat
Sebaik2 perancangan adalah perancangan dari-NYA. 


Saturday, 10 August 2013

"Tiada jodoh" Ungkapan Biasa setelah P.U.T.U.S ...

Assalamualaikum 

Bila kita putus cinta, putus kasih, hubungan ter stop dengan tiba2 di tengah jalan, x jadi kahwin or putus tunang .. 

pasti frasa ini akan menjadi jawapan yg paling kerap diutarakan  "tiada jodoh"

Tetapi, hikmat disebaliknya adalah berlainan dari kaca mata saya .. antara hikmatnya ialah 
pengajaran daripada ALLAH untuk kita

Kenapa ?

Orang yg tengah bercinta, atau saling sayang menyayangi, sampai pada satu tahap, salah seorang daripada mereka pasti akan mempunyai rasa seperti ini 

dialah segalanya bagi aku 
aku cinta dia sungguh2
hatiku milik dia 
aku sayang dia melebihi nyawa aku
aku sanggup lakukan apa saja demi dia 
dan sebagainya

Apabila sampai pada tahap ini, sebenarnya mereka telah melakukan satu kesilapan yg terSANGAT besar , iaitu MELEBIHKAN PERASAAN SAYANG ITU PADA PIHAK YANG TIDAK SEPATUTNYA

dengan kata yg lebih ringkas, lebihkan kasih sayang itu melebihi kasih dan sayang pada ALLAH 

Pada ALLAH, tidak pernah dilebihkan perasaan sayang yg membuak2 itu, tetapi pada sesama insan tanpa segan silu mengakui rasa sayang itu bersungguh2

lalu, ALLAH stopkan rasa sayang itu, dan STOP lah hubungan kamu di tengah jalan

Ia dihadirkan dengan pelbagai jenis alasan dan penyebab, tidak kiralah kerana kurangnya chemistry, adanya pihak ke-3 atau ke-4, salah paham, sebab mak ayah tak berkenan, sebab sikap kurang matang, sebab kecil2 zarah dan etc itu. Itu hanyalah penyebab sahaja .

Kita lupa sebenarnya siapa yg menjadikan hubungan itu berjalan selancar-lancarnya, mengawal hati dan menentu jodoh. Itu semua di tangan ALLAH, Tuhan yg mencipta sekalian alam ini. 

Selepas hubungan terputus di tengah jalan, pada siapa pula kita mengadu ? Mak ayah ? Kawan2? 
Ya, memang! Namun tidak menyamai aduan kita pada ALLAH .

Akhirnya, pada siapa juga kita mengadu. Pada ALLAH kan? Sebelum ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.



Jom kita amalkan doa ini, untuk kaum HAWA =)

Doa senjata orang2 Mukmin.


Doa lagi dan lagi. Tak salah pun kan ?






Friday, 9 August 2013

Lirik lagu I'm Your Man 2PM






I’m your man I’m your man I’m your man
Baby I’m your man… I’m your man…
Please believe me Please be with me.

[Wooyoung]Ima anata o mamoru tame
Sou anata dake o mamoru tameni

[Chansung]Sou kimi o tsutsumikomeru
Kono kanjou so real
 
[Wooyoung]Subete sasageruyo

[Junho]Sono kokoro no itami
Ni yorisotte itainosa

[Nichkhun]You ain’t gotta hurt koreijou
Let me love you uh imasugu

[Junho]Dakara koko ni iru

[Junsu]Baby I’m your man
Itoshiiyo kono mune harisakesousa
Sono mi o makaseteyo
Negai o komete For you

[Nichkhun]Jittoshite irarenainosa
Mune wa atsuku takanarunosa
Ima… sugu… aitai…
Yuugen jikkou Move on

[Taecyeon]Subete wa kimi no tameni
You know that you can lean on me
Itsumo kimi no sobani
You always be my baby
 
Dekinai koto wa naisa
I’ll do anything for ya
What your wish girl nandemo
I’m your man Let’s go!

[Junsu]Baby I’m your man
Makenaiyo
Akenai yoru wa naikara
Anata dake o mitsume
Mirai o terasuyo True heart

Baby I’m your man I’m your man
Please believe me Please be with me

[Chansung]Ima wa kanashikute yarikirenai toshitemo
Boku ga soba ni ite sasaeruyo
Anata o shinjiteru

[Junsu]Baby I’m your man
Itoshiiyo kono mune harisakesousa
Sono mi o makaseteyo
Negai o komete For you

[Junsu]Baby I’m your man
Daijoubu omoi ni owari wa nai kara
Sekaijuu de hitori no
Anata o mamoruyo True love
Baby I’m your man… I’m your man…
Please believe me Please be with me



Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

assalamualaikum 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua follower dan pembaca. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu makna pada anda semua .. 

Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada anda semua andai ada salah dan silap selama perkenalan kita selama ini. Ampun dan maaf dipinta. Halalkan segala apa yg terlebih dah terkurang. 

Hari raya tahun ini lebih bermakna buat aku. muehehehe. In shaa Allah, tiba masanya nanti akan aku kongsikan bersama.

Doakan yg terbaik untuk aku ya .. 

SALAM AIDILFITRI readers ! ;)

Friday, 2 August 2013

Blogger Kegemaran

assalamualaikum 

Salam 24 Ramadhan my dears. 

Kita berbicara tentang topik santai2 lah dulu petang2 macam ni ya.. 

Al-kisah suatu ketika dahulu, aku ni xdelah celik IT sangat. nak menaip at computer teragak2 giler.. 
almaklum sajalah anak kampung. kenal computer bagai ini di cybercafe saja. Sesambil siapkan buku skrap yg memerlukan tulisan bertaip, maka kenallah aku dengan computer ni. proses pengenalan IT aku bermula di CC. hehehehe. 

Lepastu, bila dah umur awal 20-an, dapatlah laptop sebijik, itupun abah aku yg belikan. Terbukalah sikit mata ini dengan perkembangan IT. Walaupun tak banyak ilmu yg aku perolehi, tetapi bolehla daripada tak ada langsung kan? Boleh lah aku gunakan microsoft power point, microsoft word etc ... 

Bila dah mula kenal IT ni, mulalah aku menulis dan berblogging. Sebelum ni aku tak tahu pun apa itu BLOG or BLOGGER or BLOGGING. Lelama aku meneroka, dapatlah sedikit ilmu.

Nak kata aktif, xdelah aktif. bolehlah untuk puaskan hati sendiri. Follower pun terdiri daripada kenalan terdekat saja. Alhamdulillah.

Dalam masa berblogging ini, blogger2 yg menjadi feveret selalu saja menarik mata aku untuk menerjah blog mereka. Kalau boleh, aku tak nak ketinggalan langsung update2 terbaru mereka. 

Blogger yg paling aku suka ialah Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha. Mereka berdua inilah yg menjadi kegemaran dan kesukaan aku.

Blog mereka bagi aku sangat menarik. Ada inputnya yg tersendiri. Update2 mereka itu terdiri daripada aktiviti harian mereka sebenarnya. 

Mereka ini juga pernah keluar di kaca tv tau ? Wauu! menarik kan? femes jugak mereka ni. Aku pernah lihat Yuyu Zulaikha dalam rancangan Hijab Stailista. Comel saja Yuyu ni. kiut miut gituu.. 
tehehehehe ;)


Selain daripada Yuyu dan Fatin, aku juga follow blog Irine Nadia Marcello. Blog Irine ini pun menarik.. 




Ini link blog2 mereka. Silalah menjengah ya. hehehe.


Thursday, 1 August 2013

Ramadhan di HATI-ku

Assalamualaikum 

Selang beberapa hari sahaja lagi Syawal akan menjelma, maka bulan Ramadhan yg tersangat mulia ini akan tinggalkan kita .. ya Allah, sedihnya. entahkan boleh ketemu dengan Ramadhan yg suci ini lagi ataupun tidak.. Ramadhan, usah kau pergi tinggalkan aku


Sebulan berlalu dengan begitu pantas.. pejam celik pejam celik, dah hampir sebulan. 

Sekarang ini, kebanyakkan lagu2 raya sudah mula berkumandang di corong2 radio. Dan itu bererti Syawal, bulan meraikan umat Islam akan tiba. 

Persiapan raya macam mana ? semua okay ? aku dan keluarga hanya mampu menyediakan persiapan sesederhana mungkin saja. Itulah yg sepatutnya kan ?

Mengimbas kembali perjalanan Ramadhan kali ini, apa agaknya amal dan ibadah kita. 

Don't say anywords here, but renungkan kembali apa yg telah kita lakukan. sama2 kita bermuhasabah, merenung kembali amalan dan ibadah yg kita lakukan sepanjang Ramadhan kali ini. 

Setiap kali kemunculan Ramadhan … antara insan yang paling gembira menanti kedatangannya adalah adalah golongan fakir miskin dan anak yatim asnaf zakat. Kerana kemunculan Ramadhan membawa bersama sedikit kegembiraan kepada mereka. Walau pun kegembiraan yang mampu mereka nikmati itu hanya bersifat sementara, namun itu sudah cukup untuk membuat mereka tersenyum dan melupakan seketika penderitaan dan kesedihan yang mereka alami.



Aku tertarik dengan tazkirah Ramadhan ini. Kekadang telinga ini ada juga mendengar bisik2 manusia di luar sana tentang keberuntungan anak2 yatim pada bulan Ramadhan. Mereka ada membicarakan tentang pelbagai bentuk kemewahan yg diperolehi oleh anak2 yatim tika Ramadhan. memperoleh baju raya, kasut raya, songkok raya, duit raya etc. 

No! Jangan cakap macam tu. Itu rezeki mereka, dan sepatutnya kita juga harus sama menolong dan membantu mereka.

Aku dalam diam memanjatkan rasa syukur pada ALLAH kerana masih ada insan yg berpekerti dan baik hati di luar sana kerana sanggup menaja dan berkongsi rezeki mereka dengan anak2 yatim.

Mereka sememangnya patut diraikan. Biarlah mereka dapat merasakan suasana hari raya seperti kita. Dihidangkan dengan semua yg baru-baru. mereka juga berhak untuk merasakan nikmat seperti itu.

Tolonglah, jangan sesekali mempersoalkan mereka. Andai kita peroleh rezeki yang melimpah ruah, tidak ada salahnya jika kita keluarkan zakat pada mereka yg memerlukan. Islam sudah menetapkan sebaik-baik ketetapan pada umatnya. Yang senang membantu yg susah.

Tolonglah buang segala pemikiran ortodoks itu. Lahirlah empati dalam diri pada mereka. Raikan bulan yg mulia ini bersama mereka.

Andai suatu hari aku seperti mereka yg berkemampuan itu, aku juga akan melakukan hal yg sama. In shaa Allah. sama2 lah kita berdoa ke arah kebaikan. 

#SALAM RAMADHAN.