Wednesday, 15 January 2014

SESI BER'PICNIC' BERSAMA MUNCOI PON-PON

Assalamualaikum 

Sesi lap air mata sekali lagi

MUNCOI PON PON ialah nama untuk geng kami. Idea yang datang secara spontan daripada Bib, lalu lekatlah Muncoi itu sehingga sekarang. Kalau sebut pasal Muncoi, geng2 SASPEND confirm kenai dan tau yang tu adalah gelaran untuk geng kami. Hebat tak ? huihui. Kami ada group lagi, tapi secret lah ! Group tu untuk aktiviti kumpulan kami sajalah. hihihihi


Semalam / kelmarin kami ambil sedikit masa untuk masak spageti and berpicnic di atas bukit Minden. Syiok giloss, ditambah lagi dengan sesi photography.. Picnic sempena perpisahan kami atau lebih tepat lagi per,pisahan aku dengan depa lah agaknya kot, hihihihi. Al maklum sajalah, aku berLM berlainan sekolah daripada mereka. 




Dah mula rindu dengan mereka. Jumaat nanti adalah hari terakhir aku untuk bertemu dengan mereka. Hope, janganlah berlaku babak air mata yang melebih-lebih. Aku tak suka. Hmppph ! In shaa Allah, nanti jika ada kelapangan, datanglah melawat Cikra di rumah sewa ye? ;)

Then, tengah hari tadi aku ke rumah sewa di Bertam Perdana. Sewa kereta dan minta tolong pakcik aku sewa lori untuk hantar barang. Selesai sudah sesi menghantar barang. Alhamdulillah. Kesian pulak dekat pakcik dan makcik yang datang dari jauh semata-mata untuk anak saudara kesayangan mereka ini. hmmm T_T . . . In shaa Allah, aku akan balas segala jasa baik saudara mara yang banyak tolong dan bagi galakan untuk aku.

Mak cik aku cukup risau bila tahu yang aku kena mengajaq budak2 sekolah menengah. Menurut beliau, aku kecik. Takut budak2 buli aku. hukhukhuk. Caring sungguh my aunt ni. Thanks Cikyah. In shaa Allah semuanya akan okay. In shaa Allah. Doakan yang terbaik untuk orang ya.

PENILAIAN DARI JAUH

Sesi lap air mata 

Assalamualaikum.

Mashaa Allah, ujian dan dugaan sering bertandang di kala emosi dan hati sedikit goyah dan membuatkan aku banyak mengalirkan air mata. Andainya air mata ini mengalir untuk aku menjadi lebih kuat dan tabah, kuatkanlah aku Ya Allah. Tulus dari hati kecilku, sudah tidak sanggup aku menangis dan menangis untuk masalah kecil sebegini. Namun, andai ia mampu menyedarkan aku tentang erti kehidupan, kau berikanlah hikmat dan nikmat yang terbaik di setiap dugaan yang Kau kurniakan ini, Ya Allah.

Saat diuji dengan dugaan dan kesempitan, aku merasa lelah untuk melepaskan diri dari masalah itu. Ditambah dengan jiwa dan hati yang sensitif, masalah gangguan emosi, aku kerap mengalirkan air mata. Kuatkan aku YA ALLAH.

Mak aku selalu titipkan pesanan, andai berbuat baik, berpada-padalah, andai membenci juga harus berpada-pada, bukan terlalu membenci dan bukan terlampau menghargai. Jika tidak, kita senang "diambil" peluang oleh individu lain. Dan pada hari ini, aku belajar erti kebenaran di sebalik pesanan bunda tercinta. Betol ma, betol ! Nasihat ma memang betol. Mungkin hati orang ni mudah bersimpati dan terlalu ingin membantu. Sebaliknya, di kala orang dalam kesempitan, orang ditinggalkan macam tu saja Ma. Sedih, sebak malah orang nangis. Nangis bukan sebak rasa tertipu, tetapi kerana rasa dikhianati. Orang selalu silap membuat penilaian dan pilihan, ye mak ?

Aku ingin belajar pengalaman hidup melalui dugaan dan ranjau yang aku hadapi. Seingat aku, peristiwa yang sama telah berulang, bezanya waktu, tempat dan individu yang terlibat. Konsepnya sama, "susah sorang-sorang, senang sama-sama."


Tuesday, 14 January 2014

TEARS, LOVE AND EVERYTHING

Assalamualaikum

Tiba- tiba rasa sebak nak menaip entry kali ini, puncanya satu iaitu saat berpisah dengan kawan-kawan.Selepas ini, kaki akan diangkat dan dihayun mengikut destinasi masing-masing. Ya Allah, aku akur bahawa dengan setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan.

Hari ini, officially jam 5.15 petang bertempat di Dewan Peperiksaan B USM, paper terakhir aku telah tamat and officially I'm free from any assignment, any classes, any tutorial and the most important is I'm free from any exams and tests ! Jyeahh!

But, dalam suka pasti akan ada duka. Berakhirnya peperiksaan pada hari ini maka, makin dekatlah hitungan hari aku bersama teman-teman tersayang. Ya Allah, sayunya hati apabila berpelukan dengan mereka tadi. Bermaaf-maafan, peluk, aku sebak, serious aku sebak. And then, esok aku dengan geng muncoi akan berpicnic bersama-sama sebagai satu tanda perpisahan antara aku dengan mereka. 

Nanti, bila dah menjalani Latihan Mengajar aku jauh dengan mereka. Jauh sangat, berlainan negeri. Mereka boleh lepak together without me, hmmmm.. but I'm understand, ini adalah kehendak aku. Ah, sesal pulak tak mintak sekolah sama-sama hari tu. hmmmm

Hmm, guys, I'm so sorry kalau selama ini aku ada menyakitkan hati korang secara lahiriah dan batiniah. Aku tahu aku bukan a perfectionist. Sorry guys. Satu pinta aku, bila dah berjauhan nanti, jangan lupakan aku yee .. ;)

You and me. I LOVE YOU guys ! LOVE damn much .
Now, aku kena lupakan pasal assignment, pasal any exam, pasal nak sambung master atau tak, letak tepi dulu. Main focus aku sekarang adalah mempersiapkan diri untuk berpraktikal/ Latihan Mengajar. Yeah, of course aku kena bersedia secara fizikal, emosi, rohani dan intelektual. 

Khamis lepas, 9 Jan aku ke sekolah untuk bertemu dengan pentadbir sekolah. And and and, aku dah dapat jadual kelas. wow ! Berdebaq giloss giloss. Aku mengajaq Form4 woi, mengajaq Sejarah. Aduii. 
Okay okay okay, aku terima cabaran PK HEM yang aturkan jadual aku tu and aku terima jugak cabaran PK HEM yang aturkan jadual aku untuk mengajar PJK Form 2. Hmmm, cikgu nak mengajaq apa nanti dengan kalian. 

Cikgu nak lebihkan teori ka praktikal ni ? Okay takpe, dalam masa seminggu ni cikgu akan fikir dan cikgu akan kaji kaedah apa yang bersesuaian untuk korang. 

And tak lupa jugak, untuk bakal anak murid cikgu, anak-anak form1, cikgu akan mengajar geografi tingkatan 1. Wow ! cikgu suka. nanti boleh guna glob and peta. hihihihi. I like. Nanti kita banyakkan simulasi dalam kelas ye, anak anak !

And this is my time table for 15 weeks ;) Chaiyok for myself ! 

Cikgu memang tak banyak kelas, hanya 8 period sahaja untuk seminggu. Tapi cikgu yakin yang cikgu akan banyak dapat jadula release. Okay, cikgu kena persiapkan mental jugak. Cikgu mampu okay. Jangan pandang cikgu sebelah mata, hanya kerana cikgu seorang wanita. kikikiki ~ nyanyi sikit. 

Baru sat tadi dapat nametag and menambahkan lagi debaran di dada ini. Debaran yang satu, eh, nametag aku ni menepati terma dan syarat tak ?Yelah dengan nama aku yang panjang tu. Dah memang nama aku eja cenggitu . E cano ?? Takkan nak letak AMRA je, macam peliks je, and kalau letak SYAHIDA pulak, grrrr , nantikan orang panggil aku, aku tak kalih. tak biasa dengan panggilan SYAHIDA tu. hmmmm . . . .

And debaran aku juga lebih kepada situasi di dalam kelas nanti. 15 minggu ! wowowowowowowo, lama sungguh. Macam mana ye ? I think I need more practical than teory, please please please lah. Ahhhh. Cikgu dan mula nervous. Sabaq cikgu, sabaq. 

Okay, stop for today. Tomorrow aku sambung lagi. Bubye ;)

Sunday, 12 January 2014

HARAPAN 24 TAHUN

Assalamualaikum 

Berbicara tentang umur yang semakin laju menginjak, sedar tak sedar kurang sebulan lagi umur aku akan mencecah 24 tahun. Oh maii, sudah boleh dikategorikan sebagai dewasa, bukan remaja lagi. 

Apa yang aku lakukan sepanjang 23 tahun sebelum ini ? Pinta aku moga-moga segala amalan baik yang aku lakukan diterima oleh-Nya. Aaamin. Dan aku juga berharap selama 23 tahun ini, aku menjadi seorang anak yang baik dan menyenangkan di mata kedua-dua ibu bapa aku. 

Apa harapan aku sempena umur 24 tahun nanti ? Hmmm, apa ya ? 

Pertama, tidak lain dan tidak bukan, semoga aku cepat dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu menerima diri aku seadanya. Pinta aku pada Allah, pertemukan aku dengan lelaki yang baik, yang boleh menerima segala kekurangan dan kelebihan aku. dan yang paling penting, boleh menerima keluarga aku seperti keluarganya. 

Kedua, semoga rezeki aku untuk tahun yang ke-24 semakin baik dan dimurahkan rezeki teruss oleh-Nya. Moga-moga aku cepat-cepat dapat posting. Aaamin. ;)


Yes I do. Everything is depand on Him. ALLAH ALLAH ALLAH . ;)

Harapan aku untuk tahun yang ke-24 juga, semoga aku lebih tabah, lebih kuat, lebih matang, lebih berdikari, lebih bijak dalam menyelesaikan masalah, lebih bahagia, lebih membawa rahmat kepada orang-orang sekeliling dan lebih menyenangi hati ma dan abah.

Pinta aku juga supaya aku dapat menggembirakan hati kedua-dua orang tua aku yang amat aku sanjung, aku sayang dan aku hormati. I love you ma, I love you abah. ;)


WGM Wooyoung & Se Young

Semalam aku tido awal sebab xdak mood dan nasib sungguh baik hari ini, bangun awal pagi dan jelajah allkpop.com , ada artikel pasal Wooyoung lagi. wow. seronok lah sikit walaupun HSB 334 baru cover 4 tajuk ! malass ya rabbi aku semestar ini, di tambah pula dengan emosi yang berkecamuk. hasilnya, macam ni lah !

okay okay, lupakan pasal tu, kita sambung cerita pasal WGM Wooyoung ! Fanatik bebenor aku kali ini. Aku malas nak upload video, aku bagi link saja kat korang ye. terjah le sesama. banyakkan hits video-video tersebut. kikikiki

first meeting !

sesi perkenalan. maybe

wooyoung dan 2PM.

sumber : youtube dan MBC

have a nice watching ! maaf xdak subtitle kat situ. aku pun agak2 paham je. huihuihui


Saturday, 11 January 2014

WGM - WOOYOUNG & PARK SE YOUNG

Post sebelum ni aku aku ada mentionkan penyertaan Wooyoung (2PM) dalam We Got Married (WGM) yang mana Wooyoung dan Park Se Young akan menggantikan pasangan Taemin & Naeun.

Today, aku bukak allkpop.com and ada 2 artikel perihal WGM Wooyoung ! Wow ! 

sumber dari allkpop.com
Gambar ini merupakan first meeting Wooyoung dan Se Young. Suwiiit nya, siap bawak big giant teddy bear lagi. Wooyoung berkongsi menerusi temubual :
"I couldn't move. I wanted to hide... I think this was the most nervous I've been since my debut."

Nampak tak ? Wooyoung pun punya perasaan gementar jugak. hihihihi. Dia juga turut berkongsi yang dia banyak bertanya dan minta tips dengan alumni WGM Taec dan Nickhun. 


LOL ! Aku baru ingat Se Young ni belakon dalam cerita School 2013. Oh maiii. Patotlah macam pernah tengok je muka dia. Huk alohhh ! I like her more lah kalau macam tu. Fev drama kot. hihihi ;)

Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Bapak

Vingunggg ! vingunggg ! dan vingunggg ! Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Rasa macam terhimpit sangat-sangat. Takkanlah tak nak balek waktu kenduri kahwen kakak aku nanti. Kakak aku tu. Satu satunya kakak kandung aku. Tak mungkin.

Tapi, kalau nak balik, macam mana ? cuti sekolah setakat 3hari saja. 31Jan, 1Feb dan 2feb. 3feb dah mula sekolah. aiguuuu ! Macam mana ni ?

Bila fikirkan hal ni terus aku tak dak mood. Air mata pun senang nak menitik. Kalau duduk sorang-sorang lagilah senang nak menitik. Rasa sayu, rasa sebak. Mikirkan masalah duet lagi . Bak kata, kalau aku melayan lagi masalah ni, aku akan jadi gila. G.I.L.A.

So, apa konklusi yang patut aku buat sekarang ni ? nak balik ke tak nak ?? nak bincang dengan family, macam biasalah, air mata akan menitik tuk tak tuk tak ! tak boleh nak control. sensitip lebih. sape boleh tolong aku weiii ?? tolonglah.

Nak fokus untuk stadi pun susah bila fikirkan hal ini + masalah duet ! Ya Tuhannnn, tolong. aku tak kuat lagi
T_T