Friday, 28 March 2014

Review : Akankah Bahagia itu Milik Kita?

Olla.
Review time again. muehehehehe. aku manfaatkan sepenuhnya BB1M aku. 3 buah novel dikaut dengan jayanya. huhuhuhu.

Next time, akan dibeli lagi. Expired baucer Jun/Julai nanti. Lambat lagiii. Sempat untuk grab beberapa buah lagi. wahahahahaha. heaven.

Okay, back to topic.

Review time untuk karya Farisha Imani - Akankah Bahagia itu Milik Kita?

Bahagia. Klausa that have subjective meaning. for me? bahagia means kegembiraan, ketenangan and what ever yg mampu membuatkan aku mengukir senyuman. that are bahagia.

Sinopsis cover belakang ;

 NURUL IMAN DAN FARIZ MINHAT

Bagi Nurul Iman ... Fariz Minhat hanya menjadikan dirinya sebagai peneman setiap kali lelaki itu memerlukan.

Bagi Fariz Minhat... mustahil impiannya selama ini akan menjadi kenyataan kerana dia tahu Iman tidak mempunyai rasa yang sama sepertinya. Lantas, cukuplah sekadar memerhatikan dan memuja gadis itu dari jauh, di sebalik gambar-gambar yang selama ini diambilnya secara curi-curi.

Disebabkan rasa waswas itu, mereka akhirnya membawa haluan masing2. Fariz Minhat cuba memilih untuk hidup bersama seorang gadis tanpa rasa cinta gara2 rasa yang cuba dinafikannya kepada Iman.

Iman cuba memilih jalan seperti Fariz, tetapi mengapa setiap kali dia cuba mewujudkan rasa cinta untuk si dia yang lain, ada saja alasan yang menyebabkan dia harus bersama dengan lelaki itu ?

"Aku takkan pernah rela dengan apa yang dah terjadi antara kita. Kau faham maksud aku, kan? Kau berhak memilih, Iman. Jangan tunggu aku. Sebab aku juga takkan tunggu kau."- Fariz

Semenjak perjanjian yang tak boleh dimungkiri itu diletakkan ke atas bahu mereka berdua, Iman semakin yakin, lelaki itu akan terus membenci dirinya. Fariz pula semakin yakin, hubungan yang dibina tidak akan menuju kebahagiaan.

Mampukah perasaannya yang telah disemai dalam hati sedari dulu, dapat membawa mereka kepada impian yang sama? Hanya dengan keyakinan dengan rasa cinta yang ada dapat menemukan mereka berdua dengan jawapan yang membahagiakan selama-lamanya.

"Apa yang abang suka tentang Iman?" Iman rasa, Iman tak ada apa2 kelebihan. Banyak kekurangannya..."
"Bagi abang, kelebihan Iman terlalu banyak. Nak abang senaraikan satu persatu ke sayang? Mungkin sampai ke malam nanti belum tentu habis abang senaraikan. Hahaha... "

Satu ceritera cinta yang seringkali berlaku dalam masyarakat kita. Ada benarnya dan ada yang ditambah perisa supaya menampakkan satu yang berlainan dari sudut pandangan penulis untuk pembaca. Apa2pun, karya yang sangat menaik. Tahniah sys. I like your karya. 

Ceritera cinta yang terjalin dalam ikatan kekeluargaan sendiri. Cinta antara sepupu. Apa yang menarik perhatian aku untuk meneruskan pembacaan karya ini ialah, cara penulis mengolah sikap antara suami isteri dalam melayari kehidupan berrumah tangga. Apa yang ditekankan oleh penulis ;
1- kepercayaan
2- kejujuran
3-terus terang

ketiga2 elemen tersebut telah menangkap mata aku untuk meneruskan pembacaan. dan aku percaya elemen2 tersebut tersangatlah penting untuk melayari alam rumah tangga. sikap saling mempercaya dan jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan. hmmm.. menarik. boleh dijadikan tips. wahahaha. yelah. cari ilmu, belajar sikit2 sebelum tiba masanya nanti, right? nonsense kalau ada orang kata baca novel membazir. nonsense! ridiculous! bukan sahaja nilai2 cinta, kasih, sayang, rindu diserapkan dalam novel. nope! banyak nilai kehidupan, pengajaran dan realiti kehidupan manusia. dont judge a book by its cover, okay?

btw, such a great karya. novel setebal 796 pages ini memerlukan masa aku selama 2 hari untuk menghabiskannya. wow. hahahaha. such an addicted habit. tak boleh nak kikis. 


Sinopsis ringkas from me ;

Fariz Minhat dan  Nurul Iman merupakan sepupu. Mereka rapat namun masing2 menyimpan perasaan suka antara satu sama lain. Yang anehnya, perasaan itu tidak diluahkan. Maing2 menyimpan rapi. Setelah tamat SPM, Fariz dan Iman ditunangkan atas alasan untuk menunaikan janji yang dimeterai oleh arwah orang tua. Dalam keadaan terpaksa Fariz dan Iman menerima. Iman sedar Fariz tidak sukakannya. Dia terpaksa menerima ikatan pertunangan itu demi menjaga hati ibu dan ayahnya.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Fariz mendapat keputusan yang cemerlang dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UK. Manakala Iman yang mendapat result cukup makan hanya menyambung pelajaran di tanah air sahaja. Sebelum berangkat ke UK, Fariz ada mengeluarkan kata2 yang mengguris hati Iman dan Iman sedar siapa dia di mata Fariz.

Sepanjang keberadaan Fariz di UK, Iman senantiasa mengirim e-mel kepadanya, namun satu pun tidak berbalas. Iman yang masih fikirkan ikatan pertunangan mereka tidak berada untuk membiarkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki lain. Dia terikat. Lama-kelamaan dia cuba menidakkan perasaan cinta dan sayangnya pada Fariz, ditambah lagi dengan layanan yang diberikan oleh Fariz. Iman terasa sakit dan terseksa.

Tanpa diduga dan dipaksa, kehadiran Mikael Lee dalam hidup Iman telah membuka peluang kedua kepada Iman untuk mengenali erti cinta. Pada mulanya mereka seakan bermusuh, namun lama kelamaan, mereka menjadi sahabat baik. Perasaan sayang terhadap Mikael mula wujud dalam diri Iman.

4 tahun Fariz di kota UK tanpa sebarang berita. Iman keliru.. keliru dengan statusnya sendiri. Ingin diluahkan takut terguris perasaan orang tua. akhirnya didiamkan sahaja. Sepatutnya habis tempoh 4 tahun Fariz akan pulang ke kampung, namun bayangnya tidak kelihatan. Rupa2nya selama di UK, Fariz ada menyimpan rahsia. dia terpaksa berkahwin dengan Amanda demi kerana benih dalam kandungan Amanda. Fariz tersepit, namun sifat prihatin dan penyayangnya tidak dapat disangkal. Walaupun Amanda bukan perempuan yang dicintainya, dia tetap berkahwin dengan Amanda demi seorang Darwish Minhat.

Dari tempoh 4 tahun, Fariz panjangkan kepada 5 tahun. Selepas 5 tahun dia pulang ke kampung halaman dengan membawa Darwish Minhat. Amanda telah meninggal dunia semasa melahirkan Darwish. Satu rahsia yang diselindung oleh Amanda tidak dapat dirungkai. Tuhan telah menjemputnya terlebih dahulu. Pulangnya Fariz ke kampung adalah untuk menuntut janjinya kepada Iman. diberikan khabar kepada kedua orang tuanya bahawa dia mahu menyambung ikatan antara Iman dan dirinya. Darwish memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Akhirnya, Iman terpaksa berkahwin dengan Fariz tanpa rela. Cintanya yang mula berputik kepada Mikael ditanggung seorang diri. Sikap dan sifat Fariz jauh berbeza. dia panas baran, cemburu buta. segala apa yang dilakukan oleh Iman salah dimatanya.

Kehadiran Farisya merumitkan lagi rumah tangga mereka. Dendam Farisya menghuru harakan hubungan Iman dan Fariz. Akhirnya Iman "dirogol" oleh suaminya sendiri. Iman trauma. Iman takut akan Fariz. Lalu dia bertindak melarikan diri. Namun tidak lama, apabila terfikirkan Darwish. dia kembali ke rumah itu. Fariz mula menanam tekad bahawa dia tidak akan menyakiti hati Iman lagi. dia mengaku yang dia sayangkan Iman. Peluang kedua yang diminta olehnya cuba dibuktikan. Dengan berbuktikan gambar2 lama dan perasaannya yang tidak pernah berpaling dari Iman, akhirnya dia mengaku dia sayangkan Iman.

Thursday, 27 March 2014

Review : 13 Jam A380

Assalamualaikum 

hai hai hai hai dan hai... 

Time untuk review novel. Ya Allah, ya Allah ya Allah. Akhirnya 13JamA380 berada dalam pangkuan aku officially. Lama giloss aku mengidamkan novel ini. Lama sesangat. 

Sedikit sinopsis dari kulit belakang novel.

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiku MAS 1380, takdir menemukan Hana Sofea dengan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru. 

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama .... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night.... But I can't have cocaine all the time." - Syed Haydar.

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di Kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya. 

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy.... I will pay you fifty buck per hour ..." - Fawwaz Hussaini.

"Dapat hadiah tak?" - Hana Sofea.

"A pink Audi TT, is that okay?" Fawwaz Hussaini.

"Saya nak Audi TT yang lastest version aje. Yang lain saya tak nak." - Hana Sofea.

Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang sangat kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta ..... 

"Saya rindukan awak, Hana... Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ini anak tiri awak, Hana" - Syed Haydar.

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?



Hasil karya yang sangat menakjubkan, really impressive and unique. I really fall in love with Evelyn Rose's karya. Keep it up, sys. teruskan berkarya.

Lain dari yang lain. sangat lain. Isu2 semasa banyak diceritakan dalam 13JamA380. And I know, untuk menghasilkan karya yang tersangat meletop ini memerlukan satu pengetahuan dan pengalaman yang amat luas. Eventhough I follow banyak penulis, but dengan Evelyn I found something yang sangat interesting. Lain dari yang lain setiap cerita yang diketengahkan. 

Ayat dan bahasa yang digunakan looks really intelegent. Matured. Aghhh. tak dapat nak gambarkan dengan kata2. Kesimpulannya, memang berbaloi-baloi memilik 13Jam A380 ini. sangatttt berbaloi !

inilah gamaknya that airbus. huhuhuhu. 
jom sama2 kita berangan bertemu jodoh dalam airbus. wahahahaha. ;)


Friday, 21 March 2014

Salahkah -Hafiz&Rossa

# lirik lagu

one of my fev songs. kolaborasi suara 2 penyanyi hebat ini menghasilkan sesuatu yang da bomb! 
repeat again again and again. tak membosankan. makin lama makin mendayu-dayu. 
eh. lagu ni OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta kan ? kalau salah tolong perbetulkan ya? ;)



Salahkah ku bila
Mencintamu sepenuh hati
Sedang ku tahu pasti
Keluarga tak merestui


Biarkan dunia berputar
Seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui
Cinta yang terlarang
Untuk kita berdua


Dari jauh ku berlari
Mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya


Kudapatkan semua
Dari situ kusadari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua
Bisa ku miliki

Wednesday, 19 March 2014

Cikgu oooooh cikgu

Murid A : cikgu, kalau saya menang bola, cikgu belanja ya?
Cikgu : hmmm, grrrr . okeyyyyy (macamlah aku banyak duet)


Cikgu : ish hampa ni nak eja Alaxendar the Great pun tak boleh. nampak sangat tak baca buku kan?
Murid B : (tarik muka. masam mencuka. merajokkkk)
Cikgu : (k fine. aku penat nak melayan hampa. lantaklah!)


Murid C : cikgu, pasaipa ari ni cikgu baik. tak nak jadi Tarzan macam selalu ke?
Cikgu : (grrrrr. kuang asam betol budak ni). Hah, kamu nak ke cikgu jadi Tarzan tiap2 hari?
Murid-murid : tak nakkkkkkk !
Cikgu : (haaa, tau pun tak nakkkk!)


Murid D : Cikgu canteklah hari ni.
Cikgu : (sah tak buat kerja sekolah aku ni. siaplah ko!)


Antara dialog paling femes. Malas hati tua ni nak melayan. Penat. Macam2 kerenah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Pejamkan mata, rapatkan telinga.


Bertahan untuk beberapa minggu saja lagi. ;) Peace yawww!

 lawak siottt ! wahahahahahahaha. panorama petang. baiii ;)

Monday, 10 March 2014

#Pray4MH370

Assalamualaikum 
 #prayforMH370


To all cetizen, please, please and please jangan speculate situasi ini. Pleasee. Selitkan rasa kesedaran dan keinsafan akan insiden yang menghebohkan Malaysia tika ini. Letakkan di tepi segala keinginan untuk melakukan perbuatan khianat atau kenakan sesiapa. 

Tolonglah bersimpati dan tanamkan nilai empati dalam diri. Jangan sebarkan any news or rumor tanpa kesahihannya, especially dalam laman sosial. Kita kena fikirkan perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Pentingkanlah perasaan mereka, jangan fikir perasaan atau kepuasan sendiri saja.

Letakkan diri kita pada situasi ahli keluarga mangsa. Kalau tak nak bayangkan dalam masa 5 minit, cukuplah bayangkan dalam masa 5 saat. Put yourself in their situation. Kemon-lah rakyat Malaysia, please be matured dalam memanipulasi keadaan. Bukan untuk situasi tika ini. Concern about their perasaan. Have an emphaty please.

Semua rakyat Malaysia mengharapkan mereka pulang dengan selamat. Jom, kita doa sama-sama supaya mereka pulang dengan selamat. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, jika di laut timbulkanlah,
jika di langit turunkanlah, 
jika di darat tunjukkanlah."


#pray4them. MH370, please come back.

Friday, 7 March 2014

MINGGU KEENAM

Assalamualaikum 


Pejam celik pejam celik sudah tiba pada penghujung minggu ke-6 aku di sekolah. Amat pantas masa berlalu tinggalkan aku.  Dulu tak suka, tapi sekarang berubah 360 darjah. I'm fall in love with school. Yeah ! ;)


Sayangnya nak tinggalkan anak2 didik kat sekolah ni. Seriously, aku mengaku yang aku semakin sayang dan kasih pada anak2 didik di sini. Sayang nak tinggalkan depa. hmmmm T_T. Berjalan kehulu kehilir, kelek buku di tangan, bawak kertas  mahjung masuk dalam kelas sudah sebati dalam diri. Kalau sehari tak dapat buat semua itu rasa macam hidup x complete. Belum lagi dikira dengan lontaran suara tarzan yang konon2nya berjaya untuk menenangkan anak2 ini daripada bising dalam kelas. Berjaya. Namun, aku penat. Setakat 2/3 period tu bolehlah, masuk period ke-4 dan seterusnya hmmm lekok tepi meja laaa. hihihihi


Minggu depan sudah masuk minggu ke-7. Hmm, kemudian ada 8 minggu saja lagi. Aisy, jiwa sedang menangisi saat terakhir di sekolah nanti. Nanti, confirm rindu nak bergurau dengan kak Ani, nak borak2 dengan kak Miza, Kak Ayu, Kak Shikin, hmmmmm, dan nak dengar kak Raja panggil nama penuh aku. waaaaa T_T. nak nangessss .. sob sob sob (sambil alap air mata yang baru nak menitik)


Ini belum lagi cerita karenah anak2 kat sini. Tambahan lagi anak2 1Bestari. Compem aku akan rindukan mereka. Ya Allah, sungguh indah perasaan ini. Dulu seawal aku menjejakkan kaki ke sekolah ini, hanyalah perasaan terpaksa melakukan latihan mengajar sahaja ada dalam diri aku. Namun kini semua telah berubah. Fully change ! Sayang yang melampau2 dengan mereka ni. Lepas ni, pasti aku rindu nak marah2 mereka, nak membebel, nak lawan cakap dengan mereka. hmmmm (mengeluh lagiiii dan lagiiii)


Putaran masa sungguh cepat ! Tolong stop untuk 2/3 jam boleh tak ? hmmm .


Pengalaman yang sangat precious dalam hidop aku. Terima kasih Bertam Perdana kerana menerima diri ini. Pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.

 


Saturday, 1 March 2014

MASIH DIBERI KESEMPATAN

Assalamualaikum 

Before this, mulut asyik membebel dengan jayanya, "bilalah aku nak dapat masa hujung minggu yg berkualiti ni?" pot pet sana pot pet sini. Akhirnya, tanggal 1 Mac 2014, aku berjaya mendapatkan a quality time tersebut. Walaupun tak dapat menghirup udara segar, merasai belaian lembut angin pantai, bercanda di tepi tasik, tetapi cukuplah dengan santai2 di rumah saja. Alhamdulillah. ;)

Kini baru aku mengerti, susahnya untuk memperoleh peluang mendapatkan waktu hujung minggu yang sangat berkualiti apabila diselubungi oleh tanggungjawab besar di bahu. Susah ! susah ! Ini baru praktikal, bukan alam pekerjaan yang sebenar lagi. Kadang2 aku kesian tengok kakak2 cikgu di sini, terkejar sana, terkejar sini. Mana nak uruskan anak2 lagi, suami lagi, hal rumah tangga lagi, hal sekolah lagi. Oh mai ! Aku mengerti, aku paham. Mulalah nak regret, menyesal tak hargai zaman2 muda dulu, waktu hingusan. waktu mak suapkan nasi, waktu mak sikatkan rambut, waktu abah bawa naik motosikal pusing kampung, waktu pergi kedai ditemani kakak, waktu main pondok2 dengan sepupu, waktu kayuh basikal ke sekolah dengan adik. Yess, I'm regret !

Apabila diberi kesempatan ini, even 2 days only, tetapi cukuplah daripada tak ada langsung. Alhamdulillah. Hargainya masa hujung minggu ini dengan sebaik-baiknya.


Keep calm and enjoy the weekend ! ;)