Friday 28 March 2014

Review : Akankah Bahagia itu Milik Kita?

Olla.
Review time again. muehehehehe. aku manfaatkan sepenuhnya BB1M aku. 3 buah novel dikaut dengan jayanya. huhuhuhu.

Next time, akan dibeli lagi. Expired baucer Jun/Julai nanti. Lambat lagiii. Sempat untuk grab beberapa buah lagi. wahahahahaha. heaven.

Okay, back to topic.

Review time untuk karya Farisha Imani - Akankah Bahagia itu Milik Kita?

Bahagia. Klausa that have subjective meaning. for me? bahagia means kegembiraan, ketenangan and what ever yg mampu membuatkan aku mengukir senyuman. that are bahagia.

Sinopsis cover belakang ;

 NURUL IMAN DAN FARIZ MINHAT

Bagi Nurul Iman ... Fariz Minhat hanya menjadikan dirinya sebagai peneman setiap kali lelaki itu memerlukan.

Bagi Fariz Minhat... mustahil impiannya selama ini akan menjadi kenyataan kerana dia tahu Iman tidak mempunyai rasa yang sama sepertinya. Lantas, cukuplah sekadar memerhatikan dan memuja gadis itu dari jauh, di sebalik gambar-gambar yang selama ini diambilnya secara curi-curi.

Disebabkan rasa waswas itu, mereka akhirnya membawa haluan masing2. Fariz Minhat cuba memilih untuk hidup bersama seorang gadis tanpa rasa cinta gara2 rasa yang cuba dinafikannya kepada Iman.

Iman cuba memilih jalan seperti Fariz, tetapi mengapa setiap kali dia cuba mewujudkan rasa cinta untuk si dia yang lain, ada saja alasan yang menyebabkan dia harus bersama dengan lelaki itu ?

"Aku takkan pernah rela dengan apa yang dah terjadi antara kita. Kau faham maksud aku, kan? Kau berhak memilih, Iman. Jangan tunggu aku. Sebab aku juga takkan tunggu kau."- Fariz

Semenjak perjanjian yang tak boleh dimungkiri itu diletakkan ke atas bahu mereka berdua, Iman semakin yakin, lelaki itu akan terus membenci dirinya. Fariz pula semakin yakin, hubungan yang dibina tidak akan menuju kebahagiaan.

Mampukah perasaannya yang telah disemai dalam hati sedari dulu, dapat membawa mereka kepada impian yang sama? Hanya dengan keyakinan dengan rasa cinta yang ada dapat menemukan mereka berdua dengan jawapan yang membahagiakan selama-lamanya.

"Apa yang abang suka tentang Iman?" Iman rasa, Iman tak ada apa2 kelebihan. Banyak kekurangannya..."
"Bagi abang, kelebihan Iman terlalu banyak. Nak abang senaraikan satu persatu ke sayang? Mungkin sampai ke malam nanti belum tentu habis abang senaraikan. Hahaha... "

Satu ceritera cinta yang seringkali berlaku dalam masyarakat kita. Ada benarnya dan ada yang ditambah perisa supaya menampakkan satu yang berlainan dari sudut pandangan penulis untuk pembaca. Apa2pun, karya yang sangat menaik. Tahniah sys. I like your karya. 

Ceritera cinta yang terjalin dalam ikatan kekeluargaan sendiri. Cinta antara sepupu. Apa yang menarik perhatian aku untuk meneruskan pembacaan karya ini ialah, cara penulis mengolah sikap antara suami isteri dalam melayari kehidupan berrumah tangga. Apa yang ditekankan oleh penulis ;
1- kepercayaan
2- kejujuran
3-terus terang

ketiga2 elemen tersebut telah menangkap mata aku untuk meneruskan pembacaan. dan aku percaya elemen2 tersebut tersangatlah penting untuk melayari alam rumah tangga. sikap saling mempercaya dan jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan. hmmm.. menarik. boleh dijadikan tips. wahahaha. yelah. cari ilmu, belajar sikit2 sebelum tiba masanya nanti, right? nonsense kalau ada orang kata baca novel membazir. nonsense! ridiculous! bukan sahaja nilai2 cinta, kasih, sayang, rindu diserapkan dalam novel. nope! banyak nilai kehidupan, pengajaran dan realiti kehidupan manusia. dont judge a book by its cover, okay?

btw, such a great karya. novel setebal 796 pages ini memerlukan masa aku selama 2 hari untuk menghabiskannya. wow. hahahaha. such an addicted habit. tak boleh nak kikis. 


Sinopsis ringkas from me ;

Fariz Minhat dan  Nurul Iman merupakan sepupu. Mereka rapat namun masing2 menyimpan perasaan suka antara satu sama lain. Yang anehnya, perasaan itu tidak diluahkan. Maing2 menyimpan rapi. Setelah tamat SPM, Fariz dan Iman ditunangkan atas alasan untuk menunaikan janji yang dimeterai oleh arwah orang tua. Dalam keadaan terpaksa Fariz dan Iman menerima. Iman sedar Fariz tidak sukakannya. Dia terpaksa menerima ikatan pertunangan itu demi menjaga hati ibu dan ayahnya.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Fariz mendapat keputusan yang cemerlang dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UK. Manakala Iman yang mendapat result cukup makan hanya menyambung pelajaran di tanah air sahaja. Sebelum berangkat ke UK, Fariz ada mengeluarkan kata2 yang mengguris hati Iman dan Iman sedar siapa dia di mata Fariz.

Sepanjang keberadaan Fariz di UK, Iman senantiasa mengirim e-mel kepadanya, namun satu pun tidak berbalas. Iman yang masih fikirkan ikatan pertunangan mereka tidak berada untuk membiarkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki lain. Dia terikat. Lama-kelamaan dia cuba menidakkan perasaan cinta dan sayangnya pada Fariz, ditambah lagi dengan layanan yang diberikan oleh Fariz. Iman terasa sakit dan terseksa.

Tanpa diduga dan dipaksa, kehadiran Mikael Lee dalam hidup Iman telah membuka peluang kedua kepada Iman untuk mengenali erti cinta. Pada mulanya mereka seakan bermusuh, namun lama kelamaan, mereka menjadi sahabat baik. Perasaan sayang terhadap Mikael mula wujud dalam diri Iman.

4 tahun Fariz di kota UK tanpa sebarang berita. Iman keliru.. keliru dengan statusnya sendiri. Ingin diluahkan takut terguris perasaan orang tua. akhirnya didiamkan sahaja. Sepatutnya habis tempoh 4 tahun Fariz akan pulang ke kampung, namun bayangnya tidak kelihatan. Rupa2nya selama di UK, Fariz ada menyimpan rahsia. dia terpaksa berkahwin dengan Amanda demi kerana benih dalam kandungan Amanda. Fariz tersepit, namun sifat prihatin dan penyayangnya tidak dapat disangkal. Walaupun Amanda bukan perempuan yang dicintainya, dia tetap berkahwin dengan Amanda demi seorang Darwish Minhat.

Dari tempoh 4 tahun, Fariz panjangkan kepada 5 tahun. Selepas 5 tahun dia pulang ke kampung halaman dengan membawa Darwish Minhat. Amanda telah meninggal dunia semasa melahirkan Darwish. Satu rahsia yang diselindung oleh Amanda tidak dapat dirungkai. Tuhan telah menjemputnya terlebih dahulu. Pulangnya Fariz ke kampung adalah untuk menuntut janjinya kepada Iman. diberikan khabar kepada kedua orang tuanya bahawa dia mahu menyambung ikatan antara Iman dan dirinya. Darwish memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Akhirnya, Iman terpaksa berkahwin dengan Fariz tanpa rela. Cintanya yang mula berputik kepada Mikael ditanggung seorang diri. Sikap dan sifat Fariz jauh berbeza. dia panas baran, cemburu buta. segala apa yang dilakukan oleh Iman salah dimatanya.

Kehadiran Farisya merumitkan lagi rumah tangga mereka. Dendam Farisya menghuru harakan hubungan Iman dan Fariz. Akhirnya Iman "dirogol" oleh suaminya sendiri. Iman trauma. Iman takut akan Fariz. Lalu dia bertindak melarikan diri. Namun tidak lama, apabila terfikirkan Darwish. dia kembali ke rumah itu. Fariz mula menanam tekad bahawa dia tidak akan menyakiti hati Iman lagi. dia mengaku yang dia sayangkan Iman. Peluang kedua yang diminta olehnya cuba dibuktikan. Dengan berbuktikan gambar2 lama dan perasaannya yang tidak pernah berpaling dari Iman, akhirnya dia mengaku dia sayangkan Iman.

No comments: