Friday 7 March 2014

MINGGU KEENAM

Assalamualaikum 


Pejam celik pejam celik sudah tiba pada penghujung minggu ke-6 aku di sekolah. Amat pantas masa berlalu tinggalkan aku.  Dulu tak suka, tapi sekarang berubah 360 darjah. I'm fall in love with school. Yeah ! ;)


Sayangnya nak tinggalkan anak2 didik kat sekolah ni. Seriously, aku mengaku yang aku semakin sayang dan kasih pada anak2 didik di sini. Sayang nak tinggalkan depa. hmmmm T_T. Berjalan kehulu kehilir, kelek buku di tangan, bawak kertas  mahjung masuk dalam kelas sudah sebati dalam diri. Kalau sehari tak dapat buat semua itu rasa macam hidup x complete. Belum lagi dikira dengan lontaran suara tarzan yang konon2nya berjaya untuk menenangkan anak2 ini daripada bising dalam kelas. Berjaya. Namun, aku penat. Setakat 2/3 period tu bolehlah, masuk period ke-4 dan seterusnya hmmm lekok tepi meja laaa. hihihihi


Minggu depan sudah masuk minggu ke-7. Hmm, kemudian ada 8 minggu saja lagi. Aisy, jiwa sedang menangisi saat terakhir di sekolah nanti. Nanti, confirm rindu nak bergurau dengan kak Ani, nak borak2 dengan kak Miza, Kak Ayu, Kak Shikin, hmmmmm, dan nak dengar kak Raja panggil nama penuh aku. waaaaa T_T. nak nangessss .. sob sob sob (sambil alap air mata yang baru nak menitik)


Ini belum lagi cerita karenah anak2 kat sini. Tambahan lagi anak2 1Bestari. Compem aku akan rindukan mereka. Ya Allah, sungguh indah perasaan ini. Dulu seawal aku menjejakkan kaki ke sekolah ini, hanyalah perasaan terpaksa melakukan latihan mengajar sahaja ada dalam diri aku. Namun kini semua telah berubah. Fully change ! Sayang yang melampau2 dengan mereka ni. Lepas ni, pasti aku rindu nak marah2 mereka, nak membebel, nak lawan cakap dengan mereka. hmmmm (mengeluh lagiiii dan lagiiii)


Putaran masa sungguh cepat ! Tolong stop untuk 2/3 jam boleh tak ? hmmm .


Pengalaman yang sangat precious dalam hidop aku. Terima kasih Bertam Perdana kerana menerima diri ini. Pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.

 


No comments: