Friday 28 March 2014

[BAB 13]- DIA ISTERIKU

“Assalamualaikum Lea. Kemaskan baju abang dan baju Lea sekali ya?” Zarif memberitahu melalui telefon.

“Waalaikummussalalm. Hah, apa bang?” Lea bertanya inginkan kepastian.
“Kemaskan baju abang dengan baju Lea. Now. Dalam masa sejam lagi abang balik ke rumah, then kita bertolak ke Pulau Pangkor.”

“Kenapa tiba-tiba? Bukan abang cakap abang busy ke minggu ni?” Lea bertanya lagi, inginkan kepastian.

“Lea siapkan ya. Sejam lagi abang sampai rumah.” Tut-tut, panggilan ditamatkan. Lea menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ish, pelik. Semalam kata busy, ini tiba-tiba suruh packing barang pula nak pergi Pangkor. Nak pergi berapa hari pun aku tak tahu. Nak packing baju macam mana? Kan aku packing banyak-banyak, nak perginya satu hari saja. Ishh. Peninglah ada suami yang penuh dengan kejutan ni.” Lea membebel seorang diri.

--------
“Abang, kenapa tiba-tiba?”
“Semalam kata nak pergi Pangkor kan? Tapi abang takkan benarkan Lea pergi sorang-sorang. Abang temankan Lea. Dah siap ke belum packing baju?” Zarif menyarung t-shirt polo kelabu ke badannya.

“Dah, yang Lea punya. Abang punya masih ada sikit lagi ni. Kita nak pergi untuk berapa hari?” Lea bertanya lagi. Tangannya ligat melipat baju Zarif dan dimasukkan ke dalam bagasi.

“3 hari 2 malam. Abang dapat cuti 3 hari je. Okay lah kan?” Zarif menjawab soalan Lea sambil bergerak ke cermin untuk menyikat rambutnya.
“Abang ni selalu je buat keputusan saat-saat akhir macam ni. Kerja abang macam mana? Tak payahlah sampai nak kena ambil cuti semua tu. Lea rasa bersalah pulak.”

“Nak rasa bersalah apanya? Memang abang nak bawa Lea bercuti kat sana pun. Dah, stop talking, siap cepat. Pergi mandi. Biar abang habiskan packing baju tu.” Lea berlalu ke bilik air dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

Zarif membawa dua bagasi turun ke bawah dan dimasukkan ke dalam kereta. Dia menuju ke dapur lalu menutup semua suis peralatan elektrik serta memastikan semua pintu berkunci rapi.

“Lea, dah siap belum? Cepat sikit sayang oi.” Zarif melaung memanggil Lea dari tingkat bawah. Terkocoh-kocoh Lea menyarungkan tudung ke kepala. Dia hanya menyarungkan sehelai blouse labuh berwarna kelabu dipadankan dengan jeans hitam dan tudung bawal bercorak Pasley.

“Abang ni, kalau bab mendesak nombor satu. Penatlah Lea kalau macam ni.”
“Mulut tu asyik membebel saja. Berjangkit dengan mama lah ni. Dah, cepat.” Zarif sudah menyarung sandal dan menghampiri kereta.

“Abang drive sampai sana ke?” Lea bertanya sambil meloloskan dirinya ke dalam kereta.

“Sampai Lumut saja. Dekat pulau nanti, kita sewa kereta kat sanalah. Senang.” Zarif menjawab selepas selesai membaca doa.
“Abang, kalau abang penat bagitahu Lea ye? Lea tahu abang tidur lewat semalam. Nanti Lea boleh drive.” Kata Lea sambil mengupas sebiji limau mandarin yang dibeli di tepi jalan seketika tadi. Selesai mengupas, dia menyuapkan seulas kepada Zarif.

“Takpe, I’m okay. Janji Lea jangan tidur. Teman abang berborak.” Jawap Zarif sambil mengunyah limau di dalam mulutnya.

“Abang tak payahlah nak susah-susah macam ni hanya kerana wishlist Lea yang entah apa-apa tu. Wishlist tu Lea buat masa Lea form five lagi bang, memanglah nak yang bukan-bukan.” Kata Lea dengan penuh sesalan. “Lupakanlah pasal semua wishlist tu. Mengarut je.” Sambung Lea lagi.

“Kalau wishlist tu tak ada sekalipun, abang tetap juga nak bawa Lea ke sana. Sebagai hadiah daripada abang untuk pengorbanan Lea terhadap abang sebelum ni.”

“Berkorban apanya bang? Lea ikhlas. Apa yang Lea buat sepanjang perkahwinan kita ni dengan ikhlas, tak minta balasan apa-apa pun.” Jawab Lea.

“Takpelah. Anggap saja percutian kita kali ini sebagai hadiah daripada abang untuk Lea, okay ? Stop talking about that. Bosanlah, asyik cakap benda yang sama je.” Zarif cepat-cepat mahu tamatkan topik perbincangan itu. Dia tidak mahu Lea merasa bersalah.

----
Welcome to the Pangkor Island, sayang.” Zarif mendepangkan tangannya setelah tiba di jeti Pulau Pangkor. Lea hanya tersenyum manis melihat gelagat Zarif.

“Jom kita check-in dekat resort dulu, lepastu baru kita keluar jalan-jalan dekat pantai.” Lea mengangguk dan mengikut langkah Zarif ke resort.
“Ini sajalah yang abang mampu sediakan untuk Lea. Book last minute kan ?”

“Ini pun dah okay bang.”
Lea melihat Zarif menguap. Berkali-kali. Dia tahu Zarif penat.

“Abang penat kan?” Lea memandang ke arah Zarif yang mula merebahkan badannya ke katil. Zarif hanya menjawab soalan Lea dengan senyuman.

“Abang rehatlah. Jangan seksa diri bang. Kesihatan kena jaga juga. Nanti kalau sakit, siapa yang susah? Abang juga kan? Abang rehat okay ? Nanti kalau nak apa-apa, Lea ada kat luar ye. Lea nak keluar ambil angin kejap. Abang tidur ye.”

Lea melihat Zarif hanya menjawab dengan anggukan dan matanya sudah hampir tertutup. Dia tahu suaminya penat, tetapi sengaja digagahkan diri untuk ke sini. Lea membuka selimut dan menyelimut Zarif hingga ke paras dada. Terdengar dengkuran halus, penat agaknya. Itulah, gigih sangatkan nak datang ke sini. Zarif Haikal, awak semakin membuatkan saya jatuh cinta dengan awak!

Selepas memastikan Zarif tidur dengan nyenyaknya, Lea memanjangkan langkahnya ke pantai yang sememangnya hampir dengan resort yang disewa oleh mereka. Lea begitu teruja melihat keindahan laut Pulau Pangkor. Sememangnya Lea Fatehah dan laut tidak dapat dipisahkan.

Lea melabuhkan duduknya di pasir putih halus yang menghampar di sepanjang pantai. Dia melayan matanya dengan sketsa anak-anak kecil yang berkejaran di gigi air. Udara di situ amat segar dan nyaman, ditambah dengan angin pantai yang sepoi-sepoi itu menjadikannya seolah-olah sebuah irama yang tiada penghujung.

Zarif di bilik membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling dan diapati Lea tiada dalam bilik. Dia mencapai handphonenya di sisi. Jam menunjukkan 6 petang. Dia segera bangkit dan berlalu ke bilik air, membersihkan diri dan berwuduk untuk menunaikan solat asar.

Selepas menunaikan solat asar, Zarif menjengah ke luar resort dan matanya meninjau kelibat Lea. Dia tahu Lea pasti berada di pantai. Dia arif benar dengan kesukaan isterinya itu.

Dari jauh Zarif melihat Lea di bawah sebatang pohon yang rendang, sedang bersila selesa. Dia menghampiri isterinya.

“Kenapa tak kejutkan abang?” Zarif bertanya lalu melabuhkan duduknya di sebelah Lea. Lea yang sedikit terperanjat dengan sergahan itu mengurut perlahan dadanya.

“Nyenyak sangat abang tidur. Tak sampai hati pula Lea nak kacau abang tidur.” Lea menjawab sambilkan membetulkan kedudukannya. Dia mengunjurkan kakinya ke depan.

“Lea dah solat ke?” Tanya Zarif.

“Lea cutilah bang. Abang lapar tak? Kalau lapar, jom kita pergi makan.”
“Kita lepak-lepak kat sinilah dulu. Lepas maghrib nanti kita pergi makan. Okay ?” Tanya Zarif inginkan kepastian.

                                                                      

No comments: