Wednesday, 30 October 2013

Pengalaman satu hari di sekolah

Assalamualaikum 

Okay hari ini entry yang penuh dengan perkataan sahaja. xde gambar langsong! Gambar akan diupload dalam sesi yang laen. kikikiki. 


First of all, tiba masanya kot, panggilan "aku" itu ditukar kepada Cikra. hihhihi. Kenapa Cikra? Actually, panggilan ini yg aku biasa gunakan dalam kalangan kawan2.. and mereka pun sudah terbiasa memanggil aku dengan panggilan Cikra. muhehehehe. 


Okay, then kita sambung bercerita. Hari ini, kami seramai 15 orang pergi ke satu sekolah untuk menjalankan satu aktiviti yg berkaitan dengan masalah disiplin dan untuk memenuhi unit paper kami untuk semestar ini. Sekolah ini terletak sekitar USM saja. Firstly, harapan tu memang menggunung tinggilah kan, of course! Ini kerana buat pertama kalinya cikra melangkah masuk ke sekolah dengan membawa label sebagai "bakal" guru. Seronok and nebes. 


Bila nampak budak2 sekolah yg lalu lalang, ma shaa Allah! Tinggi2 nya depa, besaq2 pulak tu. mak aihh ! Okay takpe. jangan duk ketaq agi.. control sikit kan? hihihi. walhal dalam hati Tuhan saja yg tahu. Seram sejuk jadinya. Back to the tujuan pergi sekolah adalah untuk menjalankan satu aktiviti yg boleh memberi kesedaran kepada dorang dalam masalah yang sering berlaku di sekolah iaitu buli dan gangsterisme. Modul yang dirancang memang daebak ah semuanya.. tup tup masa nak jalankan agak kelam kabut sedikit. Walaupun kami seramai 15 orang bakal-bakal guru, namun masih tidak dapat mengawal budak2 yang seramai lebih 80 orang itu. Tuhan sajalah yg tahu. dah macam jaga budak2 tadika. Berteriak sana berteriak sini. Kami kuatkan suara sikit, dorang kuatkan suara banyak. hihihi. aduyaiii.. sabau sajalah.


Tak semuanya tak elok.. malah ramai saja yang baik and menurut arahan. Tapi bila terfikirkan budak2 yang agak hardcore tu macam gulp! Macam manalah nanti cikra nak handle budak2 sengsorang dalam kelas yg seramai 30 orang dan ke atas itu? Terfikir juga. mampukah cikra ? Iktibar yg cikra dapat perolehi hari ini, bukan mudah nak melayan mereka. Secara kerasan memang tak jalan lah, ke lauuttt ! Satu yg cikra nampak, kita kena guna psikologi. means dekatkan diri kita dengan dorang. xboleh nak marah2, tinggikan suara. buat baek2 saja. alahaii.. tetiba hakak mu ini jadi lemah lembut gemalai. hahahaha. 

Dari petang tadi hinggalah ke malam ini, kerja cikra mengeluh saja. Cikratahu mengeluh ini xbaek! tapi dah termengeluh nak buat macam mana? hihihi. Banyak sangat yang cikra tengah fikir . Apalah nak jadi dengan dunia pendidikan sekarang ni? Mungkin cikra lebih banyak terdedah dengan sekolah luar bandar yg masalah disiplin dorang yg agak terkawal. Bila dah pergi sekolah bandar and budak2 bandar ni lain jadinya. Macam kezutan sikit and tak sangka seteruk ini jadinya. Macam2 kepala ada dalam satu kelas. ;) Pening kepala cikgu nak fikirkannya.

Agak terkilan jugaklah, kenapa kami hanya didedahkan dengan teori semata-mata, praktikalnya seakan tidak mencukupi. Namun apakan daya.. nak menyesal masa sudah terlambat. Bersedia mental yg secukupnya harus Cikra sediakan. Teringat akan kata-kata seorang peguam yg pernah berbual2 dengan Cikra suatu ketika dahulu ; 

"tahniah. kerja cikgu ni bagus. tapi kamu kena persiapkan diri dengan masalah2 disiplin yg mereka selalu timbulkan. banyakkan baca al-Quran supaya kamu punya kekuatan rohani. Bukan apa, kes yg saya kaji, ada saja guru yg mempunyai masalah mental akibat terlalu banyak tekanan. saya  tak naklah kamu jadi macam tu. ingat ye pesan saya. selalu dekatkan diri dengan Tuhan."

Terngiang-ngiang dalam benak cikra akan kata2 peguam itu suatu masa dahulu. And I believe apa yang beliau katakan itu ada benarnya.


Secara mental memang tak bersedia lagi nak ke sekolah. masih tak tahu cara yg sebenar2nya untuk kawal kelas. Jadi betollah apa yg Dr Jalil selalu katakan, andai dalam masa dua minggu kamu tidak mampu untuk mengawal kelas, maka Latihan Mengajar kamu akan susah. Ya Rabbi.. mengucap panjang. Apalah daya aku ? takottt.. nebes.. semua ada. Barulah aku tahu, cabaran dunia pendidikan ini memang tinggi. 

Tapi, Cikra percaya.. naluri seorang pendidik dalam diri Cikra sudah dapat disemai sedikit demi sedikit. Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri dengan cabaran di skeolah pulak. In shaa Allah, doakan yang terbaek untuk Cikra.

p/s peace yaww !

Monday, 28 October 2013

Tahniah FIZO OMAR tsk tsk tsk

Tahniah untuk my HERO. ecewahhh ! sesuka hati je kan gelarkan dia sebagai hero aku. nak mampus agaknya aku ni .. hikhikhikhik. takdelah. aku eksited lebih hari ini. Tak sangka yg FIZO akan umumkan tarikh tunang and kahwin beliau dalam masa yang terdekat.


Detiknya hari ini, FIZO mengumumkan bahawa beliau dan MAWAR akan mengikat tali pertunangan pada 9 november 2013 dan akan berkahwin pada keesokan hari iaitu 10 november 2013. Tahniah . tahniah. tahniah bro. Sama cantek sama padan. Lepas ni dah tak boleh nak stalk dia selalu. al maklum sajalah sudah menjadi milik orang. Apa2pun.. congrates to both of you.


Walaupun aku tidak layak untuk digelarkan sebagai die hard fan FIZO OMAR, namun aku follow setiap aktiviti kerjaya beliau. kikikiki.

Satulah yang aku nampak sifat dalam diri FIZO ini yang boleh membuatkan naluri perempuan aku ini tertarik padanya, iaitu penyayang. Walaupun aku belum pernah lihat dengan dua bijik mata aku ini secara live, namun momokan momokan orang dalam twitter, facebook, instagram etc boleh melayakkan diri Fizo digelar sebagai seorang penyayang. He's so lovely. Dia sayangkan keluarga dia, mak dia dan adik-adik dia. He's so protective. Wauu ! beruntungkan. :D


Lepas ni dah takde dah "who's my Fizo?" dalam hidup aku. hehehehe. Kena tukar kepada orang laen pulak. wakakakakakaka. Tahniah both of you.

Saturday, 26 October 2013

Tahniah Diana Amir


Tahniah Diana Amir. Beliau kini sah menjadi isteri kepada incik suaminya Habib A Rahman.
Barakallah sys ;)

At the same time, aku kagum dengan penghijrahan beliau. Congratesss.. selamat melayari bahtera perkahwinan


p/s : me? married ? coming soon. kikikiki . Bye.

Thursday, 24 October 2013

Tidur Berdengkur. Mengapa dan Bagaimana ?

Berdengkur adalah satu bunyi bising yg dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat

Dengkur berlaku ketika terdapatnya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain

Kebiasaannya gejala dengkur terjadi sejak kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan umur seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati gejala dengkur yg bermula dari usia kanak-kanak berpotensi merubah keadaan diri seseorang itu seperti menjadi hyperactive sejak kecil

Pada tahun 2002, para penyelidik dari Universiti Michigan melaporkan daripada 229 kanak-kanak yang ditemui, mereka kerap berdengkur dua kali ganda dan berpotensi menjadi hyperactive

Jadi, amatlah penting untuk mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi lebih buruk hingga boleh mengundang rasa tidak selesa dan mengganggu persekitara sewaktu tidur

Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya,
1. lemah otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak
2. tisu tekak yang besar dan tebal
3. lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yg panjang
4. saluran pernafasan tersekat

Rawatan bagi berdengkur adalah bergantung kepada dianogsis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab2 yang dikenalpasti

Antara cara dan langkah yang disarankan oleh penyelidik untuk mengurangkan dan mengelakkan tidur berdengkur ialah ;
1. kurangkan berat badan jika anda mengalami berat badan yang berlebihan
2. kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
3. amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
4. utamakan posisi tidur secara mengiring daripada posisi terlentang
5. tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang


Perkongsian #2



Hidup ini punyai kitarannya. Ada suka dan ada duka. Hati lebih prefer untuk menerima kegembiraan, namun jangan lupa, hati juga perlu menerima kedukaan. ;)

selamat malam dears ! jom buat esemen.

Penyelesaian itu tetap ada



Janganlah berasa hairan atau marah disaat kesusahan datang. Bukankah setiap waktu ia sering datang berkunjung?
Apakah kita berasa hairan dengan hal yang selalu menyapa hari – hari kita? Haruskah kita marah atas sesuatu yang membuat hidup kita lebih berwarna dan penuh cabaran?

Persoalan-persoalan sedemikian akan hadir dalam minda kita apabila dihinggapi dengan masalah kecil mahupun yang besar.


Lumrah manusia, lebih menyukai perkara-perkara yang senang, yang tidak terlalu complicated, janji semua beres. Namun kita lupa, walau serumit mana pun masalah yang kita hadapi, tetap akan ada penyelesaiannya. Kita kena ingat, apa yang kita rancang, takkan selalunya mengikut landasan yang dirancang. Kadang2 menyimpang sedikit ke kiri, dan kadang2 menyimpang sedikit ke kanan. Maka, persediaan dalaman dan luaran itu sangat penting.
Contohnya, sekarang ini aku mengalami sedikit kekeliruan dan kesulitan. Petang tadi baru saja mendapat khabar daripada pensyarah yang menyelaras soal penempatan Latihan Mengajar. and then, diberitahu kami diberi pilihan untuk memilih partner tetapi berlainan major. Haaa. sudah! Panik. Eh, takla. Sememangnya sudah dijangka. Memang kami puok muncoi kena berpisah la. Memang sebelum ini sudah dijangka.


Maka, merangkak2 lah aku mencari partner. Alhamdulillah. settle walaupun terpaksa tebalkan kulit muka ini bertanya sana dan sini. Alhamdulillah, setiap kesulitan itu akan diberikan kemudahan jua akhirnya. yang penting USAHA.


 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan DIa tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran [ Al-Baqarah 2: 185 ]


Hopefully apa yang dirancang akan menjadi, namun perlu juga mempersiapkan diri untuk menerima sebarang kemungkinan. ;) 

Tuesday, 22 October 2013

Lagu Best #1


Jangan menangis untukku by Luvia ;)

p/s : lagu untuk orang frust menonggeng ! hekhekhek.

Sekali ku telah berjanji
Tak akan mudah ku telan kembali
Karna ku t'lah memilih
Cinta hanyalah satu
'tuk dirimu

Namun apa yang t'lah kau beri
Memang lidah memang tak bertulang
Dulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakiti

Reff:
Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu
Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka
Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku

Back to Reff:

Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Courtesy of Spotlirik.com
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku