Friday, 16 May 2014

'Running Man' resumes recording on May 13th with 7 idols

hye.

untuk peminat no.1 Running Man, ada perkhabaran gumbira untuk anda. 

RunningMan akan menyambung semula penggambaran pada 13May, means 3 hari lepaslah untuk next episod. sebelum ni, semua reality show dihentikan buat sementara waktu kerana memberi penghormatan kepada tragedi kapal tenggelam di Korea.

and lets guess sapa guest nya? hohohoho.
7 orang semuanya.

On May 15th, it was revealed that "Running Man" recorded an idol special episode with the participation of SHINee's Minho, Sistar's Bora, B1A4' Jinyoung, Infinite' Sunggyu and Hoya, 2PM's Chansung, CNBLUE's Minhyuk. All of them were spotted filming on Ganghwa Island on May 13th. 
# eh3. Chansung ada lagi lah. huihuihui. ;)

so, untuk episod 195 dah on air. and the guest is so so so impressive. they are, 2PM !! wahhh ! daebak betollah kan? and the others one is 2NE1 and Mystic's 89. kikikiki

sebelum ni, adalah aku berangan-angan nakkan all of 2PM members jadi guest dalam RunningMan. akhirnya, tercapai jua angan2 tuh. SBS memang terbaekk ahh ! 

so, lets enjoy it. bye

ni pun baru nak layan RunningMan ep.195. sabau sajalah dengan line tenet yang tak berapa nak laju nih. huh !

Langkawi - Day1

assalamualaikum 


Finally, apa yang dihajati tercapai jua. Alhamdulillah. hihihihi.
Plan dari awal dengan Muncoi untuk habiskan saat-saat akhir bersama-sama akhirnya tercapai jua and our destination is Langkawi Island. hohohoho. 


10Mei 2014, kami memulakan pengembaraan geng Muncoi ke Pulau Langkawi. Seawal jam 8.30 pagi, kami ber-6 berkumpul di stesen bus Sungai Nibong dan menaiki bas dari situ untuk ke Kuala Perlis. Semuanya kami lakukan sendiri. and terbukti, the power of women berkesan. hihihihi. 


Lets rock it girls. 

And around 12pm, kami tiba di jeti Kuala Perlis. Kalau diikutkan, kami dijangka tiba lebih awal, namun memandangkan bas yang kami naiki tuh ada problema sikit, so sabarkan hati sajalah. huhuhu. 


Tiba di Jeti Kuala Perlis, kami cepat-cepat ke kaunter tiket untuk beli tiket feri.. and tiket kami untuk ke Langkawi tepat jam 1.30 petang. so, dikesempatan lebih kurang 1jam yang berbaki, kami segera halakan langkah ke kedai makan. lapiaqqq gila. hahaha. breakfast makan roti gardenia bilis je, mana nak tahan. mihmihmihmihmih. 



Flawless sangat kan muka sengsorang. huahuahua. 

Lebih kurang 1.35 cenggitu kami menaiki feri ke Pulau Langkawi. excited ! sengsorang senyum lebar kemain. padahal dalam hati dup dap dup dap. hihihihi. 


and bila dah sampai ke tanah Pulau Langkawi, cikda cepat2 call cikgu Bahari. Eh, siapa pulak cikgu Bahari tu? ;) cikgu Bahari ialah orang yang 'bertanggungjawab' untuk transport dan tempat tinggal kami. Kami sewa room stay dan kereta dengan cikgu Bahari. hihhihi. so, dengan menaiki kereta cikgu Bahari yang kami sewa, kami bergerak ke room stay kami. and, the fee is berbaloi-baloi lah untuk kami yang mengikuti trip tanpa pakej tuh. macam yang aku katakan tadi, semuanya kami rancang sendiri. tak ikut pakej pun. mihmihmih


nampak tak ke-excited-tan kami di situ. huhuhu ;)
sampai ke room stay, kami cepat-cepat solat zohor and tunggu asar terus. then, cepat-cepat siap.. tak nak tunggu lama.. kami terus explore pulau tersebut. kami  menginap di room stay cikgu Bahari di Kuala Triang. ;)


kemudian, kami terus ke pekan Kuah. nak shopping katanya. hehehe. kalau sebut tentang Pulau Langkawi, maka terkenal dengan coklat kan? wahhh, memang syurga coklat betollah. rambang mata. nak beli semua kalau boleh. kikiki. tapi akan over the budget pulak kan? so, berpada-padalah dalam membeli belah tuh. 


untuk first day tu jugak, kami plan nak buat 1 game. and, untuk aku its such a memorable games. kami diberikan wang rm15 per person and kena beli hadiah or something yang dalam lingkungan budget tersebut or boleh lebih, tapi tambah duet sendiri lah. then, hadiah yang kami belikan tu, adalah untuk exchange sesama sendiri. wohohoho ! satu kelainan. at least, we got something untuk di bawa pulang di samping the sweet moments selama 4 tahun bersama-sama. ;)

setelah pusing satu pekan Kuah tu, kami solat maghrib and terus cari kedai makan. semamangnya lapar tahap terok sangat. selesai semua tuh, kami cari port, yang kengkononnya nak buat exchange gift tu lah. tapi, hampeh.. tak jumpa port yg sesuai memandangkan kena fikirkan soal keselamatan juga. and lastly, kami pulang ke room stay. 


acara exchange gift tu kami jalankan di room stay. xdak port yang kengkononnya nak cari yang damai, ada angin sepoi-sepoi bahasa. xdakk ! angin kipas ja yang ada. hihihi. then, malam tu jugaklah kami buat sesi luahan hati untuk tempoh 4 tahun bersama. segala inti pati sesi luahan rasa tu, biarlah kami yang simpan dan kenang sampai bila. 


konklusi untuk first day is, walaupun penat, tapi sangat enjoyy !


tunggu next entry okey. byee ;)



Wednesday, 7 May 2014

Darlie Expert Fresh

hye !

thanks Nuffnang. letak iklan Darlie at blog kite. hihihi. eh3. ada orang click lah at iklan Darlie tuh. lalu naiklah CPC kite. mihmihmihmih. xie xie ni <3.


orang berbudi kita berbahasa kan? so, untuk melahirkan rasa apresiasi kite pada Darlie, kita up kan entry nih khas untuk Darlie. muchass graciass. hihihihi



Darlie Expert Fresh

 Clinically proven 12 hours against bad breath. The advanced formulation contains  Zinc Citrate that effectively reduces oral bacteria and helps protect against bad  breath.
  • Attacks the source of bad breath and effectively reduces oral bacteria
  • Forms a protective shield to prevent plaque build-up, giving longer-lasting fresh breath
Available in 2 sizes: 120g , 40g

http://www.darlie.com.my/en/oral-care-tips/ lets visit the website okeyh. ;)

C.I.K.G.U

Assalamualaikum

lets talk about C.I.K.G.U a.k.a. GURU. macam seronok je kan nak berbicara perihal topik nih. mata aku nih serious memerlukan tidur yang secukupnya. namun, memandangkan esok aku akan diobserve buat kali terakhir oleh guru pembimbing, maka dengan semangat juang yang tinggi aku cekalkan juga hati dan mata aku nih. nak siapkan ABM andddd RP tak sentuh langsong lagi nih. t.i.t.i.k. hamikk kau, intro paling panjang dalam dunia blog abad ini. wakakakakaka. peduli apa aku kan? :P eh, macam mana pulak kau boleh hupdate blog kalau dah tahu buzizzzz ! actually, aku take five. penat kott ! :P



okeyh, tak payah nak melalut panjang-panjang, tak payah nak intro merapu raban, jom kita sambung topik sesantai nih.


pagi tadi, pensyarah aku datang ke sekolah untuk bertemu muka dengan pengetua dan guru pembimbing. tapi, sebelum tuh, beliau jumpa dengan kami berempat dulu. and kata-kata dia yang aku ingat and mark dalam pala sampai sekarang ialah, "susah kita nak jadi cikgu nih." itu kata2nya. bila direnung and ditenung, macam betol jaa. 



kenapa pulak aku mengiakan? sebab, dalam masa 4 bulan ni aku sudah dapat merasai. "eleh, baru 4 bulan, orang lain dah berbelas-belas tahun. hoh! kalut ngat aihh dengan 4 bulan dia tuh." okey, lets me explain. aku bercerita ini berdasarkan pengalaman yang aku kutip sepanjang 15minggu di sini.. and ternyata kerja cikgu ni memenatkan. bukannya telinga ini pekak dan mata ini buta untuk mendengar dan melihat rungutan guru2 senior yang lain dengan bebanan kerja yang terpaksa mereka hadapi. memang banyak kerja sampingan yang lain. tugas guru bukan sahaja masuk ke kelas, bla bla bla bla mengajar. tak! bebanan guru semakin bertambah. macam2 kerja pertadbiran lain yang perlu mereka buat.


and timbul penyesalan dalam diri aku nih. patotlah anak2 murid aku nih nakal and tak dengar cakap. adakah disebabkan oleh perlakuan masa lalu aku pada guru2 di sekolah? yes, memang aku terfikir macam tu. balasan untuk aku. tapi, aku rasa aku takdelah seteruk mereka. adeh! senget bahu and pala nih nak menanggong bebanan. memang aku ditempatkan di sekolah untuk berpraktikal and aku gunakan sepenuhnya waktu 15 minggu itu untuk bertatih dari alif hingga ya'. and mungkin belum boleh khatam. sebab banyak lagi ilmu untuk nampak hebat di dalam kelas belum aku kuasai. sedihh ! nok wak guano, banyak dok hala ko bendo laen. hmmm ! gred aku oiii, effectlah.


jadi cikgu memang penat and susah. nak mendidik "orang" untuk menjadi "manusia" bukannya sesenang kita mengajar A.B.C.. tidakkk ! all-out. itulah yang mampu aku katakan. all-out. semua senjata and sikap yang unexpected akan keluar. for the example, aku tak tahu pun yang aku akan dicop sebagai cikgu garang. bila berada di sini aku baru tahu, "ohhh, aku garang rupanya." garang tak bermakna aku pukul budak2 tuh, aku rotan budak2 tuh..maybe bagi mereka garang aku disebabkan volume suara aku yang tetiba macam tertelan speaker, dan dalam erti kata yang lain, suara kuat. hohohohohoohohoho. 


kalau korang berada dalam situasi aku, apa yang perlu aku buat untuk masa depan? usahlah berbicara mengenai masa aku di sini yang sudah menghampiri penghujungnya itu. aku ingin lebarkan sayap, berfikir tentang masa-masa akan datang. bila first posting and nak mengajar dengan jawatan "guru" yang sebetol2nya itu. actually, aku tak suka teori.. aku lebih sukakan praktikal.. hmmmm. satu lagi perkara yang membimbangkan aku. suka sangat tertumpa pada teori semata-mata. teori ini semuanya indah. percayalah cakap aku. bila dah berhadapan dengan dunia praktikal, segalanya diluar jangkaan. berubah 360 degree. teori just digunakan about 30-40percent sahaja. yang lain semuanya praktikal yang harus diadapt secara mengejut. kahkahakahkah.kelakar betoiii. macam nak kerja dengan machine je. :P 


kesimpulannya, adik-adik kat luar sana, hargailah setiap usaha guru2 anda. please.please.please.. ;)

k baii ! selesai sudah sesi meraban. nak sambung buat RP. peace yow!



Saturday, 3 May 2014

Product review :Nour Ain

Assalamualaikum 

hye girls.

First time ni aku nak buat product review. before this banyak movie review or novel review sahaja. eh, tetiba nebes pulak. kikikiki. 


drama king lah pulak cik kiah ni. huihuihui. okay. back to topic. siapa yang tak pernah dengar produk nour ain? put your hands up?! melampau sangat kan? hihihi. okay, kalau yang tak pernah dengar, mehlah baca apa yang aku nak tulis ni and pada sesiapa yang dah pernah dengar or sudah mengetahui mengenai produk ini, sila2lah perbetulkan mana yang salah ye. ;)


first time I heard about this product melalui seorang kawan. actually my friend tuh kulit dia dah elok, okay sangatt tapi dia tetap nak cuba produk ni. waktu tuh, susah sangat nak cari and dengan daya usahanya yang gigih, akhirnya she's got it. senyum lebar dia. hihihihi. aku tak ingat berapa lama masa yang diambil untuk melihat perubahan wajahnya, and apa yang aku boleh gitau serious dia sangat-sangat lain dari yang sebelum ni. aku suka tengok raut wajahnya. berseri-seri. makin cantik.. alhamdulillah. 


and at the end of the day, akhirnya aku terjatuh hati dengan product ini. cerita di sebalik aku terjatuh hati dengan produk ini ialah akibat muka aku mengalami masalah tona kulit yang tidak sekata and sunburn. stresss gila. rasa macam tak sanggup nak pandang cermin. lalu, gigihlah fikir nak tukar product. tapi sebelum tu, risau jugak, nantikan bila tukar pada Nour Ain ni, tiba-tiba kulit menggelupas. tapi, alhamdulillah. langsung tak menggelupas. hihihihi.suko laa kito nyoo. ;)


and kesannya dirasai dalam masa 2-3 minggu macam tu. tak ingat the exect tarikh. kawan aku pun perasan yang Nour Ain nih sesuai dengan kulit aku. hihihihi. warna kulit dah kembali normal, rasa macam shining pun ado. huhuhu..and yang paling penting aku suka produk ini. hihihihi


aku just guna trial set, yang mana ada krim siang, sabun muka and krim malam. tapi, aku tambah toner satu lagi. serum tuh aku tak beli pulak. kebetulan over the budget. hihihi. 


Hi, second of May

assalamaualaikum

maaflah, dalam masa seminggu nih aku nak update sepuas2nya mengenai perasaan aku terhadap mereka. menggamit jiwa baq ang !

anak-anak ini sudah mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang seakan-akan sedang menghitung hari untuk berpisah. ahhh. sebaknya. *taip entry sambil bergenang ayaq mata. T_T

"nanti kami nak pergi melawat cikgulah"

"nanti cikgu datang sini balik tau?"

"nanti cikgu jangan lupakan kami tau?"

"cikgu janganlah pindah"

"cikgu kenapa cepat sangat cikgu nak pergi?"

cikgu itulah, cikgu inilah.

ya Allah. indah sungguh perasaan cinta dan sayang yang kau berikan pada aku ni ya Allah. tak boleh nak bayangkan macam manalah aku nak hadapi tarikh 9mei itu. ya Allah T_T. mohon aku kuat.. kuat.kuat..


hari ini, sepetang bersama-sama mereka di perkarangan rumah sewa ku. nak siapkan projek model pinggir laut. saja aku nak tinggalkan kenangan untuk mereka. at least, bila mereka tengok model tuh, mereka ingatkan aku. huihuihui. besaq sungguh harapan aku kan?

and now, nasihat yang cikgu coretkan ini khas untuk angpa anak-anak 1 bestari 

"anak-anak... leteran cikgu pada kamu bukan kerana cikgu bencikan kamu.. takk.. cikgu sayang kamu semua.
anak-anak, marah cikgu pada kamu bukan kerana cikgu jelek denganmu..
takk.. cikgu sayang kamu semua.
walau apa pun yang berlaku, kamu adalah anak murid pertama cikgu. in shaa Allah, cikgu akan pegang, akan simpan kemas2 dalam hati dan jiwa cikgu.
cikgu tahu, cikgu selalu gunakan nada suara yang tinggi dengan angpa semua. cikgu tahu angpa xsuka..angpa stress kan? cikgu pun sebenaqnya stress jugak. kalau boleh cikgu tak nak langsung meninggikan suara dengan angpa. xmauu. namun,  cikgu harus lakukan sedemikian. sebab cikgu nak kamu hormatkan cikgu. cikgu nak kamu sedar yang kehadiran saya dalam kelas kamu adalah untuk memberikan ilmu pada kamu semua.


anak-anak,
cikgu suka gelaran "suara tarzan" yang kamu berikan pada cikgu. sekurang-kurangnya cikgu tahu apa perasaan angpa semua. hihihi. takpe. cikgu tak marah pun. langsung tak marah.


anak-anak,
ingat tak selasa lepas, tetiba cikgu suruh angpa buat sesi luahan rasa. and cikgu tahu.. jawapan angpa tak ikhlas.. angpa takut2. hmmm. xpe. cikgu paham. mungkin kaedah bercerita secara lisan tidak tepat and cikgu akan lakukan kaedah lain. bertulis mungkin? and kamu sebagai anonymous. huhuhu. jangan risau. cikgu langsung tak marahkan kamu. tak ! malah,cikgu sayang kamu. sayang sangat-sangat.

anak-anak,
dikesempatan ini, cikgu ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf andai sepanjang saya menjadi cikgu kamu untuk 15 minggu ini, cikgu ada mengguris perasaan kamu. cikgu tahu, tak semua dalam kalangan kamu sukakan cikgu kan? ;)
maafkan cikgu.. 


harapan saya untuk kamu semua... jadi anak yang baik, jadi anak yang soleh. jangan nakal-nakal. dengarlah nasihat guru-guru. belajar rajin-rajin. and doa cikgu untuk semua, semoga berjaya di dunia dan akhirat. ;)

last but not least, i love you !

sincerely by Cikgu Amra ;)

Thursday, 1 May 2014

Hi May ;)

Hi May ;) salam 1 Mei. 
Assalamualaikum 



Ghupa2nya entry tadi the last one untuk April 2014. Takkan ada lagi April 2014 selepas ini. Alhamdulillah. syukur pada Allah kerana masih diberikan kesempatan dan ruang untuk menumpang bernafas di bumi-nya. Alhamdulillah ;)


Say Hello to sweet May. Annyeong lovely April.

"Dear May ; Please be nice to me. Please...please..please.. 
Murahkan rezeki aku untuk dapat kerja. Apa2 kerja sekali pon. aku taknak jadi penganggur kehormat or terhormat. and, lastly.. cepatlah..... (hihihihi. malu nak cerita. paham2 lah sendiri)."

sekian: sincerely by me ;)


Lets flashback untuk 30 hari bersama-sama April. apa yang aku buat? apa amalan yang telah aku lakukan? dapat tak aku istiqomah dalam satu2 amalan yang aku lakukan? *hmmm. fikir. renung. okay, got the answer. biarlah aku saja yang menyimpannya ;) banyak yang buruk yang baik nih? piyakk baru tau! grrrrr. 


cepatnya masa berlalu. April say annyeong and May say hi. Alahai, pejam celik pejam celik, sudah hampir separuh perjalanan tahun 2014. cepatnyaaa. angka umur juga sudah semakin bertambah. soalan cepumas tu selalu saja berlegar-legar dari mulut sesiapa saja yang bertegur sapa dengan aku. penatt ah. xtau dah nak bagi jawapan macam mana. penattt ! t.i.t.i.k.


ahhh lupakan hal itu seketika. 13Mei nanti aku akan sambung fikirkan mengenainya. wahahaha. boleh gitu? sekarang ni biarlah aku nikmati saat2 terakhir di sini. lepas ni pasti aku akan rindukan mereka. aku akan rindukan anak-anak aku di sini. hmmm. inilah rupa2nya nikmat perasaan rindu. ahhh. nak nangessss T_T


9Mei tarikh keramat itu. mahu dilupakan dan dengan harapan agar dalam kalendar 2014 xada 9Mei.. tapi apakan daya, aku hanya mampu bermimpi sahaja, realitinya tidak mungkin. nak ataupun tak, aku harus berdepan dengan tarikh keramat itu. and aku mohon sangatlah, xpayah nak ada babak air mata or drama king segala bagai. please, control jiwa sensitif anda, cikra.. please. it's a lumrah, setiap pertemuan akan ada perpisahan..


and untuk bulan Mei ini, lets pasang azam bulan baru. hihihihi. semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancarnya. Aminnn ;) semoga yang baik2 saja berlaku dalam 31 hari bersama the sweet May.



p/s esok cuti oii. Labour Day. Happy Labour Day ;)

p/s II macam nak meniaga online.. weee. idea dah ada. lets cari modal dulu lah. baii :P