Monday, 17 June 2013

BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAKKAN BERBUNYI

Assalamualaikum



Fitrah manusia. Kita takkan boleh lari daripada perasaan tertarik kepada jantina berlawanan. Rite?

Sebagai manusia biasa, kita mungkin pernah merasai magnet yang begitu dahsyat. Getaran hebat, desiran yang maha kuat dan sebagainya di saat kita bertemu denngan seseorang yang kelihatan luar biasa bagi kita.

Kekacakkannya, kealimannya dan pelbagai faktor lain yang tidak mencapai akal logik untuk memikirkannya kerana cinta tak ada logika.

Bermula detik itu, akan tersemat satu perasaan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Sesungguhnya perasaan itu indah. Namun, hati-hati jangan sampai ia membunuh jiwa yang suci.

Ungkapkan jika kamu mampu dan berani. Lalu melangkahlah ke level yang seterusnya. Jika kamu tidak mampu, simpanlah rasa itu. Penyelesaiannya, dekatkan diri kamu dengan Pengurnia Rasa itu. :)


#Gambar Hiasan

"Tetapi tak semudah itu. Andai aku luah, tetapi tidak terima, macam mana?"

Kalau ditolak, pasrahlah. Percayalah bahawa Allah sudah menetapkan sebaik-baik ketentuan kepada kamu. Meskipun jiwa seringkali bergetar untuk melayari kehidupan bersama si pujaan hati, namun apakan daya cintamu bertepuk sebelah tangan?

Kita harus tahu, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika itu ketentuan-Nya buat kita. Terimalah seredhanya. 

Pendamlah rasa itu. kalau boleh, simpankan ia di dalam satu kotak hitam yang kecil, kunci rapat2 lalu buangakn kunci itu ke dasar lautan. Biarkan ia tanpa kunci agar lain kali kita tidak akan berani lagi untuk membukanya.

Ingatlah, jika hari ini kita belum menjumpai seseorang yang berhak untuk kita. Jangan kita lupa bahawa kita ada esok dan lusa. Hari itu akan tiba jua.

p/s : nantikan mini novel dari saya ya? Tittle nya belum ada.. tapi dalam proses pembikinan. Hopefully, you all enjoy it. ^_^

Saturday, 15 June 2013

[NOVEL] SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA (SSID)

Recall back sejarah yang sudah berlalu. Berkurun lama kot novel SSID ni ada kat pasaran, tapi aku saja yang lambat dan agak terlambat. Baru semalam, aku dengan gigihnya membaca novel yang setebal 897 muka surat itu, dan akhirnya done pukul 4.35 pagi.. wahhh ! Memang daebak ! Semangat nak habiskan jugak. Such a lovely novel.



*****

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing2 berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau"
-Firash Arshad

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Aqira

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata2 sinis yang terbit dari mulut Firash ditelah dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba serbi tidak kena. Bagi Firash, Syafa adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu. 

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!"- Syafa Aqira

"Betul ke tak ingin? Dari dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?- Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

***
Korang semua mungkin sudah sedia maklum yang sekarang ini drama adaptasi SSID sedang ditayangkan di TV3. Memang mendapat sambutan yang hangat. 




Izzue Islam sebagai Firash Arshad
Tiz Zaqyah sebagai Syafa Aqira.
Totally best. Rugi kalau tak layan.

Aku bagi 4star untuk novel dan drama SSID. :)


p/s Izzue Islam is soo sweet ! :)

Wednesday, 5 June 2013

[LIFE] Dia Datang Dah-Dup dap Dup dap

Assalamualaikum

Dia datang dengan lenggang lenggoknya.. dia datang !

Minggu exam sudah menyerang ! Pelajar2 IPT sudah diserang dengan wabak exam yang sangat ganas lagi mengganaskan..

Seminggu saja lagi aku mahu ketemu dengan kekasih hati. Eh, xsampai seminggu aih, lima hari saja lagi. LIMA hari. Alahai mak limah oii.. cepat nya masa berlalu. pejam celik pejam celik, nak nak exam. Rasanya semalam baru masuk semestar baru. Ehhh, kesitu pulak alasannya >_< Sudah ! Tepis, lawan perasaan malas itu !!

10 Jun tarikh keramat. Ia adalah permulaan payper. Ma shaa Allah, rasa tidak bersedia lagi. Tapi sampai bila aku nak postpone, nak tunda, nak buat tak tahu.. tiba masanya aku akan kena hadapi jua.
#Cekalkan hatii. U can do it. FIGHTING !

Oh 5 payper semestar ini.. Please be nice my dear ! Jangan takutkan aku, please . T_T

Asal ah, minggu exam ja rasa berdebar lain macam, sedangkan setiap semestar aku menghadapi peperiksaan, malahan dari zaman sekolah lagi. Hmm, kenapa ? kenapa ? adakah ia adalah persepsi semata2. Minda sudah set, minggu exam saja mesti kena nebes, kena wujud perasaan gemuruh. Ini penyakit memang tidak ada ubat ke ?

Study last minute memang tak lekang dan memang tak berubah pun, dari semestar satu sehinggalah sekarang. Azam awal semestar bukan main berasap, pung pang pung pang cakap tak nak dah study last minute. Tapi tetap buat juga kan ? Siapa yg buat, cu angkat ibu jari kanan! #Aku lah yang 1st angkat. #Menyampah dengan diri sendiri.

Dah tahu, study last minute, tapi tetap juga layan anasir2 luar. Aii, menyakitkan hati sungguh. Sempat lagi layan Running Man, layan Family Outing, tengok muvie itu, muvie ini. Pergi sana pergi sini, pergi sinun. Lagi satu, sempat lagi layan GAME dalam FB. Apa ni woi ?Ini memang bukan contoh terbaik. Mohon sesangat, jangan ikut !

Kesedaran dalaman itu yang sangat penting. Bila aku bermuhasabah, aku menyesal sekejap. Kembali fokus, buat nota2 ringkas. Habis satu bahagian aku cover, terus aku layan balik anasir2 negatif itu. Katanya nak cari hiburan. tapi bukan hiburan, ia sudah membawa kepada melalaikan.

Tapi, takpelah.. memandangkan bulan baik dan hari baik itu bakal menjelma tidak lama lagi, maka aku nak berkongsi sedikit tips dan rahsia. Boleh lah sama2 kita amalkan ya ?

TIPS UNTUK CEMERLANG DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. # ini yang aku lakukan ! ;)

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan. # satu cadangan yang baik.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
 

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan.Tidur hendaklah mencukupi.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran.Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. # restu mak ayah sangat penting. kalau macam aku yang duk jauh ni, telefon sajalah jalan penyelesaiannya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

## Tips untuk semua. Sesuai untuk semua golongan.
## Selamat membaca semua. Terima kasih daun keladi..

Monday, 27 May 2013

Jangan Mengharapkan Simpati Orang dengan Masalah Kita

Setiap orang mempunyai masalah, dan setiap orang memang tidak boleh melarikan diri daripada masalah.

Bezanya, masalah itu besar atau kecil sahaja. Dan orang yang dihinggapi masalah akan merasakan bahawa  masalah merekalah masalah yang paling besar dan lebih besar daripada orang lain.

Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari daripada berkongsi masalah yang dhadapi dengan seseorang, tidak kira kawan baik, kawan, ibu ayah, keluarga, orang tersayang, dll. Kita selalu mengharapkan mereka memahami masalah kita dan mengharapakan simpati daripada mereka.

Namun, kita lupa tidak semua rela dan mahu mendengar masalah kita. Mungkin akan ada yang mencemuh "ahhh, tiap kali bermasalah dan mempunyai masalah, aku sajalah tempat untuk dia mengadu. Sudah bosan aku mendengarnya!"

Jangan terlalu mengharapkan simpati orang lain dengan masalah kita. Berusahalah sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Jangan raih simpati orang lain untuk turut bersimpati dengan nasib yang menimpa diri.

Kadang-kadang kita lupa, bahawa tidak semua menunjukkan rasa simpati yang betul-betul simpati dan mereka hanyalah menunjukkan simpati itu. Untuk apa? Adalah untuk menyedapkan hati dan perasaan kita.

ALLAH SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun, akan tetapi kita sendirilah yang menzalimi diri kita sendiri dengan membebankan diri dan fikiran dengan persoalan-persoalan yang sukar untuk dijawab. Ada baiknya jika kita berusaha untuk menyelesaikan segala persoalan yang menjadi bebanan itu.

Jangan cuba lari dari masalah! Semakin jauh kita lari, semakin dekat masalah itu mengejar kita. Walau seberat mana masalah yang kita terpaksa hadapi, ia akan tetap mempunyai jalan keluar dan jalan penyelesaiaanya.

Elakkan diri dari terus membincangkan hal-hal yang menyakitkan hati dan menyebabkan hati sedih. Ceriakan diri, ukirkan senyuman. Walau sebesar manapun masalah ia akan menjadi ringan dengan senyuman. Senyum itu satu terapi.

Mengadulah pada Allah yang maha Berkuasa. Mohon dipermudahkan segala kekusutan jiwa dan hati. Beristighfarlah !

Hanya kita yang mempu mengubah diri kita ke arah kebaikan dan kecemerlangan. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki.

Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik sedang menanti. ;)

Thursday, 23 May 2013

[MOVIE] POSEIDON

Antara scene dalam Poseidon.



Assalamualaikum

Kali ini aku mahu berkongsi dengan pembaca semua tentang sebuah cerita yang agak menarik, iaitu POSEIDON
Ok, jangan terkeliru, bagi peminat k-pop kali ini aku bukan mahu bercerita tentang POSEIDON drama Korea, tetapi POSEIDON versi omputeh. dan ceritanya tidak ada kaitan antara satu sama lain langsung. hanya title nya sahaja yang sama dan serupa. 

99% scene cerita ini berlaku dan berlangsung di atas cruise. 
oke, apabila bercerita mengenai cruise, confirm korang terfikirkan cerita Titanic kan?
Aku akui, bahagian permulaan cerita ini ada la sedikit sebanyak menyerupai jalan cerita Titanic.
Kenapa aku berkata sedemikian?
Oke, ini hanyalah pendapat dan pandangan aku. Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri kan?
Cerita Poseidon ini adalah berkisar kepada pelayaran cruise yang mana telah ditimpa dengan kecelakaan. Kalau Titanic, kapal tersebut berlanggar dengan iceburg kan? Ok, bagi cerita Poseidon ini, kapalnya boleh terbalik dan tenggelam akibat daripada ombak yang besar.
#Bukan niat aku nak samakan cerita Poseidon ini dengan cerita Titanic. Tidak sama sekali.
Gaya penceritaan aku sedemikian adalah untuk memudahkan bayangan korang.. =)
Kedua-dua buah cerita iaitu Poseidon dan Titanic mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. 


Haaa, hampir terlupa pulak, Poseidon itu adalah nama cruise yang dinaiki oleh mereka yakni pelakon2 dalam cerita inilah.

Ini adalah barisan pelakon2 cerita Poseidon. Yang ditengah(baju putih) aku tak sure siapa dia. Maybe pengarahnya. :)
#Josh Lucas, Kurt Russell, Jacinda Barrett, Richard Dreyfuss, Emmy Rossum, Mía Maestro, Mike Vogel, Kevin Dillon, Freddy Rodríguez, Jimmy Bennett, Stacy Ferguson, Andre Braugher, Kirk B.R. Woller, Kelly McNair, Gabriel Jarre ----> Ini adalah nama barisan pelakon2 nya.. 
Cerita ini dikeluarkan pada tahun 2006. 

*Aku yang lambat rupanya. Cerita dah lama ditayangkan, tapi aku baru tengok dan baru saja komen. 
Boo-booo- :P


Yang paling klaka, aku menonton cerita ini dengan penuh emosi dan perasaan. Seakan2 aku berada di tempat mereka. Aku memang kecoh pung!

Memang tak rugi kalau korang menonton cerita ni. 
Aku beri 5* dari 10*.. sangat menarik. :D

Banyak nilai yang ditonjolkan dalam cerita ini. Salah satunya adalah semangat juang yang tinggi. Salah satu watak yang aku kagumi ialah watak budak kecik tu, iaitu Conor anak kepada Meggie. Walaupun kecil dan masih lagi kanak-kanak, tetapi dia sangat berani. dia adalah salah seorang daripada penumpang kapal itu yang terselamat. dia pandai menyelam, pandai berenang dan mempunyai semangat yang sangat kental.
Jika aku berada di tempatnya, belum tentu aku akan kuat dan tabah seperti dia.
Selain itu, watak kedua yang aku kagumi ialah watak Dylan. Hal ini demikian kerana, bagi aku dia adalah mastermind bagi segala iktiar hidup mereka untuk menyelamatkan diri. walaupun tiga orang daripada kawan mereka telah terkorban, tetapi dia tetap aktif dan proaktif dalam memikirkan cara untuk menyelematkan mereka yang masih lagi bernyawa. seribu macam idea dan jalan yang dia fikirkan. Salute lah! 

Aku sangat berpuas hati menonton cerita2 sebegini. ada cabaran, ada dugaan, dan ada iktiar serta semangat juang untuk hidup walaupun mereka tahu nyawa mereka umpama telur di hujung tanduk.

Wah! Panjang lebar ulasan aku. heheheh~
Selamat Membaca Darl
::Wassalam::

Monday, 20 May 2013

[LIFE] Aku dan GIGI


Assalamualaikum .. 

Hari ini aku melakar sejarah.. pergi klinik gigi dalam kampus USM Induk.
Di sini bukan di panggil klinik gigi, but UNIT PERGIGIAN.
Sebelum ini, memang ada memasang niat dan hajat nak pergi cuci gigi.. bagi ringan sikit gigi nih..
kuikuikui.. gigi aku berat ka? -perumpaan rekaan aku semata-mata.
Maka, tersebutlah kisah, tepat Jam11 pagi aku ke sana bersama-sama Cikpija dan CikRumate.. Ingatkan nak buat appointment dulu, tuptup, Puan yang jaga kaunter tu tanya,
kalau buat hari ini terus pun boleh kan?? 
Bagai pucuk dicita, ulam mendatanglah.. <eh, betul ke peribahasa yang aku gunakan ni?>

Kejap saja tunggu, tak sampai 10 minit. Then, nama aku dipanggil.. 
Tapi, Puan Doktor Gigi salah menyebut nama aku.
Sedihnya.. Kenapa? susah sangat ke nak sebut nama aku..
Mom..Dad, I'm so sorry. Mungkin nama KakNgah tak glemer kot, itulah semua orang tak reti nak sebut dan panggil nama kakngah.

Btw, sambung cerita perihal Doktor Gigi dan Gigi aku lagi.. :P
Justeru nama aku dipanggil, lalu aku menapaklah ke dalam bilik Doktor. Aisyy.. first time, xtau nak sentuh apa.. memang tak payah nak sentuh pape pun.. :P
Masuk saja, Doktor suh aku baring.. kemudian dia tarik lampu yang beroda, suluh ke arah muka aku.. dia buhkan aku spec mata besaq gedabak, supaya tahan silau. memang terbaek. kemudian, dia alaskan pelapik di bahagian dada aku supaya tidak terkena kotoran, lalu bermulalah misinya.

First, Doktor suh aku ngangakan mulut, dia chek kan mulut, kelebek sana, kelebek sini. SELESAI. 
Then Doktor cakap, "Bagus! Gigi kamu baik saja. tak ada yang rosak dan tak perlu di tampal. Saya cuci sajalah ye."
Allah, lega! Aku ingatkan dah kena tampal. B'coz aku dapat rasa yang gigi aku berlubang, tetapi, rupa2nya TIDAK. Syukur! Pandai aku jaga gigi.. muehehehe~
Lalu, Doktor mulalah proses mencuci gigi aku. Adeh! Seriau baq hang! Macam nak pegang saja tangan Doktor tu, suh berhenti. tak tahan, ngilu sesangat. Tapi, aku gagahkan jua kerana aku yang cari Doktor, bukan Doktor yang cari aku.. 
Memang lama jugaklah dia duk bersih, cuci segala kotoran yang terdapat dalam mulut aku ni. muehehe~
katanya, banyak karang :( Tapi, selepas di cuci, rasa lega..ringan saja. Karang2 tersebut telah dibuang dengan jayanya.. 
Suka-suka-suka =)

Selesai sahaja proses mencuci gigi, Doktor berpesan, jangan lupa sebelum tidur berus gigi elok2 dan bersih2. Eh, mana Doktor tau aku selalu skip gosok gigi sebelum tidur.. muehehe~
terima kasih Doktor. Nasihat yang berguna. Kemudian, Doktor berpesan lagi supaya aku mengamalkan gaya menggosok gigi yang betul dan tepat. :)
#Nasihat untuk semua : Jaga kebersihan, jaga gigi, sayangi diri :))
Wassalam !

:Selamat Membaca Darl:

Sunday, 28 April 2013

Najwa Latif Datang USM! =)

Assalamualaikum.. 

Najwa Latif datang USM! daebak-ing betol kan?
Tapi.. aku tak boleh nak letak bukti, gambar dia hape ke.. b'coz aku xsempat nak bergambo dengan dia pung! sadis dan tragik betol kisah aku ni kan?
dan-dan nak bercerita kat dalam blog, tapi tak ada bukti langsung! hekk!

Okelah~suka hati korang nak baca ke tak.. aku bagi pilihan kat tangan korang .. T_T

Btw.. kenapa Najwa Latif datang ke USM?
Dia memenuhi jemputan Karnival Kesukarelawan USM,
Malam Sanggar Sanjung Siswa ..
Macam tak percaya aku tengok dengan mata dan kepala aku sendiri si budak comel tu
dengan gitarnya yang memang tak boleh dipisahkan berada di atas pentas.
HukAloh! Comeell sunggoh ^^
Macam yang selalu duk tengok dalam tv ler.. =)

Najwa/budak comel tu nyanyi 4 buah lagu.. banyak tuu.. 
Semua lagu2 beliau sangat best..santai je.lirik pun senang nak ingat!
Ada-Mu, Kosong-Untuk Dia-Sahabat.

Yang bestnya, si Najwa tu cakap kami budak-budak USM ni memang sporting. 
Apa nya tak sporting kalau menyanyi mengalahkan Najwa . hahaha!
Ishh la kakak-kakak dan abang-abang USM ni.. macam-macam. 
Orang lain yang dijemput untuk buat show, korang pulak yang duk nyanyi yee.. hehehe! 
Tapi, okelah, sebab Najwa puji.. muehehe! ^kembang semangkuk^

Then.. aku balik lah bilik, bukak ler Facebook and Twitter.. 
kong-kang-kong-kang depa duk bercerita dan upload ganbar depa dengan Najwa Latif.
Adeh.. cerita sadis siri ke-II bermula. 
Cerita sadis siri-I , sebab tak dapat bergambar dengan dia.. lepas tu tengok pulak depa-depa duk upload gambar dengan Najwa Latif.. lagilah sadis.. 

Maka, untuk menghilangkan sadisnya jiwa ini, dengan bangganya aku naikkan status aku yang berbunyi "Najwa Latif, I Love You!"
Agak2 korang lah kan? Najwa Latif tau ke? hahaha!
Tak payah nak fikir panjang, jawapannya sudah pasti dan tentu sekali dia tak tahu! 
Apa ke senaknya fikiran aku ni oii?!

Kemudian, bermulalah kisah tragis aku yang ke-III.
Aku duk baca tweet kawan2 aku pasal persembahan Najwa, sekali si Najwa tu reply tweet dorang! Mahunya tak tentu arah aku.. 
Sebenarnya, aku ada lah jugak puji persembahan Najwa, tapi memandangkan aku private kan twitter aku, maka sadislah jawapannya. Aish, macam nak hantuk kepala kat dinding ja..
Najwa Latif reply tweet dorang! T_T. 
ayaq mata habaq ang..ayaq mata~ o-O

Walaupun banyak cerita yang sadis lagi menyedihkan, tetapi Alhamdulillah kerana aku tetap diberi kesempatan untuk tengok show dia. Ahh, gila.. tau kat mak abah aku kena balun ni..
Ampun mak!ampun abah! =(

Itulah serba sedikit pengalaman yang nak dikongsikan dengan korang! Memang nasib betul2 tak menyebelahi aku kan?
Dah la tak sempat bergambo.. tweet pun dia tak boleh nak reply! Aiii.. manyak sedih woo..
takpelah, tak ada rezeki.. 

Wasalam~ 
Selamat membaca! Terima kasih .. 



 #Layan jelah gambar2 dari sumber ihsan Incik Google ni ;)
p/s:ada orang cakap muka aku seakan Najwa Latif, yeke?