Thursday, 11 July 2013

Bukan Senang untuk Menulis

Assalamualaikum

Ketandusan idea! Warghh ! Terasa seperti mahu membaham sahaja laptop ini. ahhh ! stress.

Bukan senang untuk menulis, dan sekarang aku amat respect penulis2 di luar sana. Memang respect ah dengan dorang. Aku yg mahu menulis mini novel yg secoet itu pun tersangatlah susah nak habiskannya. Idea ini datang kengkadang sahaja. Time okay, memang mencurah-curah umpama coklat mencurah dengan banyaknya di ladang gandum. 


Tetapi, apabila ketandusan idea, ma shaa Allah, sangat menekan jiwa ini. Gersang seadanya. Memang tak boleh nak buat apa. 


Lagi satu, kalau nak hasilkan cerita ini, kena lah ada klimaks and konfliks nya kan? Kita yg wujudkan masalah dan konfliks itu, dan kita jugalah yg harus menyelesaikannya. hehehe. memang masalah betullah. pening juga kepala ini.. 


Idea ini pula, bila datangnya memang tak kira tempat. ada ke patut dia datang masa aku tengah kerja. Memang tak ah nak stop kerja and tulis dulu idea yg mencurah2 itu. Memang tak dan tak pasal2 dapat warning dari bosss besar. Takut weii.. So, pendamkan saja. Hanya mampu berdoa sahaja agar idea itu tidak cepat lenyap.

alah, aku bukannya penulis lagi pun. minta maaf bnyk2 ya, tak ada niat pape pun, cuma nak berkongsi sahaja. apa yang dapat disimpulkan ialah, bukan senang untuk menulis. tapi, tak ape, aku akan cuba sedaya mungkin. Ini memang minat aku dari sekolah menengah lagi.

Al-kisah bermulanya minat menulis ini apabila selalu sangat membaca novel2 melayu yang tengah femes tika itu. Kehebatan penulis seperti Fauziah Ashaari, Norhayati Ibrahim, Damya Hanna, Sharifah Abu Salem etc memang memberikan semangat dan dorongan untuk aku. 

Dulu2 hanya menulis dgn pensel 2B sahaja. Bila penat menulis berhenti. Baca balik,dan padam bila jalan cerita yg ditulis itu x besh ! Memang gigih, dah memang minat kan? so, kena buat betul-betullah.

Sekarang ini beza sikit. type pakai microsoft word. Moden banyak ah berbanding dulu. Banyak saja cerita yg terlintas di fikiran aku ini. Namun hanya separuh jalan sahaja yg sempat ditulis, kemudian delete terus sebab stuck di tengah jalan. 

"Dia isteriku" inilah yg menjadi tunjang utama. Memang takkan give-up ah dengan cerita ini. Kena paksa diri untuk habiskan jua... kena. Kata minat kan? Sekurang-kurangnya kena hasilkan satu karya yang boleh diagung2kan. hehehe. chaiyok untuk diri sendiri!


Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ;)

Assalamualaikum 

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan . Akhirnya penghulu segala bulan sudah tiba. Alhamdulillah. Kita masih lagi diberikan peluang untuk berpuasa, in shaa Allah.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari bulan Ramadhan yang lepas.  In shaa Allah. 


Marilah kita bersama-sama tingkatkan amal dan ibadah pada bulan yang mulia ini ya. Puasa tu jangan nak puasa yang-yang yuk sangat ye. Puasa biar penuh, dan bukan puasa perut sahaja, tahan dari lapar, tapi harus juga puasa mulut, jangan nak mengumpat, mengeji orang tak tentu pasal. Puasa mata pun harus juga. Mata tu kena jaga, jangan nak pandang atau tengok benda yang tak elok. Nop ! Tak boleh. Lagi satu, puasa hati itu lagi penting. Jangan nak berangan macam-macam ya. Ingat, tumpukan pada bulan Ramadhan. Lakukan amal ibadah seikhlas mungkin. 

In shaa Allah, peringatan untuk semua dan juga diri aku sendiri.

Cheklist kita untuk Ramadhan kali ni.


"Ramadhan, hadirmu membawa seribu rahmat, 
memberi cahaya bagi mereka yang mencari hidayahnya,
memberi keampunan bagi yang meminta,
membuka jalan pulang bagi yang bertaubat,
ambillah peluang mensucikan hati...
sesuci Ramadhan ini.. "

Tapi.. tapi.. tapi, sebelum puasa itu kena NIAT dulu. Niat lah yang paling penting.

Selamat berpuasa Blogger ;) 


Selamat berpuasa Muslimin Muslimat semua ;)

Saturday, 6 July 2013

Watch movie online .. Caranya ?

Assalamualaikum 

 Nak share sesikit dengan korang semua. Apa yg aku kongsi ini hanyalah apa yg aku tahu sahaja ya.


Link2 yg akan aku paparkan di bawah ini hanyalah rekemen aku semata2, tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau yg telah meninggal dunia, ya ? hahaha. poyos ! ini semua poyos.


Mau nonton wayang omputeh, tapi xtau link yg laju n beshhh ? meh aku kongsi dgn korang. selama aku duk melayan n menggunakan link ini, dengan jayanya aku dapat menonton movies kegemaran aku. Kebanyakkannya ialah movies omputeh, movies korea ada secoet sahaja. ;)


:: sila klik link di bawah ye?:: ---> watch32.



Beratus2 movie ada kat situ. Layanlah semahu korang. Aku minat action and crime movie. muehehe . Beshhhh ! ;)


Then,

Sesape yg minat RunningMan, FamilyOuting, BarefootFriend, StrongHeart etc, bolehlah layan link di bawah ni ya.. lajuuuu saja .


Segala macam game show ada kat situ. Makan beratus hari jugaklah baru habis korang nonton. muehehe. 

Seterusnya, 

Link utk drama dan filem kesukaan anda. Drama/Filem Jepun, China-Hong kong, Korea, dan Taiwan ada di sini .. 



Lani, cite apa yg tengah femes ya ? Aku pun kureng pasti. Korang jenguk2 lah sendiri ya. Movie korea, hongkong, etc ni aku kureng sikit. Aku hanya layan muvie melayu and omputeh sajaa.. hehehe. *poyos*
Hah, peminat anime pun boleh melayan link di atas. banyak gak cite2 anime kat situ. One Piece, Naruto, etc.. ;)

Link untuk cerita2 Melayu aku tak tahu sangat. Sory ya my comels. Kebanyakannya dari blogs2, dan malangnya aku tak tahu link2 yg beshhh dan laju. In case satu hari nanti aku tahu, aku akan berkongsi dengan korang, okies .. ;)






Friday, 5 July 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia :: TheEnd

Assalamulaikum 

Amek mood. amek mood nak type entry kali ini. >_<

SSID sudah tamat. Officially or not still tak tahu lagi kan? Manalah tau, kot2 lepas ni ada SSID part II pula ke, or maybe SSID versi raya. Hah! Meriah gitu. muehehe. (angan2 sorang je lah)

Macam mana episod last tadi, okay tak? Bagi aku, okay saja. not bad.
Tapi, serasa aku macam ada kelainan sedikit berbanding di dalam novel. Part ending tu macam di tambah kot untuk menambahkan lagi rasa beshh nya cerita ini yeew ! hehehe. Kalau aku yg silap tolong perbetulkan ye ?

Aku tengok part si Rania tolak Syaf dari pelamin dgn perasaan panas membara saja. Eh3, enak2 dia tolak orang ya. Syaf tak sempat nak buat pengakuan "sebenarnya saya isteri dia" tadi.. aisyyy. 

Alang2 ada penambahan, aku ingatkan adalah scene tarik2 rambut ke. hehe ! baru tragis sikit kan? tapi macam tak cool lah pulak main tarik2 rambut sebab lelaki. muehehe. hmm, tak jadilah. 


Sempat lah juga mereka merasa memakai pakaian pengantin. hehe. 

Korang perasan tak tadi, plot ending tu macam rush sikit kan? jumpa , baik, mengaku sayang etc,  lepas tu terus tarik tangan si Syaf pergi butik pengantin. muehehehe. Agak rush kan? Mungkin kot, kerana daripada novel setebal 800 lebih pages kena ringkaskan kepada 13 episod sahaja. yelah kot plotnya nampak semacam rush sahaja. 

but, sokey. jalan cerita itu masih lagi seperti dalam novel, walaupun di ubah sikit-sikit. still not bad lah kan?

Hmm, tadi aku ada bukak Facebook and Twitter. Ada sajalah golongan yg anti dgn cerita ini komen yg tidak enak di dengar ... hmmm ;\

Okay, memang aku mengaku pun cerita ini bertambah suwit apabila Izzue Islam yg muda dan kacak serta hensem itu digandingkan dengan Tiz Zaqyah yang comel, cantek lagi puteh melepak itu. Okaylah, itu mungkin menjadi salah satu daripada faktor tarikan utama. tapi, jalan cerita ini still not bad kan? ada mesej tersendiri.

Pointnya ialah kahwin muda ! Memanglah tidak dicerita secara terus dalam drama ini, but itulah permulaan jalan cerita mereka. kan? kan? 

Ish, aku duk komen ni macam fanatik sangat dgn cerita ini ? ishh, idaklah. aku layan juga Majlis Tilawah al-Quran . Movie movie juga, akhirat jangan di lupa ;) 

Walau apa pun, satu pujian yg ikhlas aku berikan kepada penulis novel SSID ini sehinggakan novelnya diangkat menjadi sebuah drama rantaian. Big success! Clap clap. 



Now, tamatlah sudah cerita cinta rekaan antara mereka. Mungkin cerita rekaan bagi mereka, bukan bagi kita. Aku yakin, salah seorang daripada kita makhluk Allah ini mempunyai jalan cerita cinta seperti mereka kan?

"sebenarnya saya isteri dia" bila mau dapat status itu ? huhu
 haaa sudah ! Mood gatai mai dah. Tandanya kena stoplah tu. hehe
 Bye3 dears ! ;) 

FIZO OMAR ;)

p/s : saje tinggalkan dua keping gambar hero saya di sini. hehe :D

** semua pixa yg diupload di atas adalah sumber ihsan google images dan daripada fanpages dorang . ;)

Thursday, 4 July 2013

Rahsia di sebalik nama :Noor Amrasyahida

Assalamualaikum 

Nama penuh aku : Noor Amrasyahida bt Ramli



Korang pasti akan peliks kan, bila 1st time dengar nama aku. Aku pun peliks. Dari mana datangnya perkataan Amra tu ? Noor dan Syahida tu tak peliks kan coz korang selalu saja dengar, and even nama korang pun akan ada salah satu daripadanya. yang peliks nya, macam mana Amra itu boleh wujud ? Ada makna tak sebenarnya nama kau ni? kata hati. hehehehe.

Aku dengan sendirinya ingin mengiktiraf nama aku ni sebagai salah satu nama yg pelik dan jarang dijumpa. hmm.. memang pun. selama 23 taon aku hidup ni, aku belum pernah dengar dan lihat nama orang sama macam nama aku. 

Zaman sekolah dulu, kawan-kawan yg 1st time dengar nama aku pasti akan gelak terkekeh-kekeh. aku hanya mampu melihat sajalah. sebab aku pun pelik dengan nama aku. Kekadang, aku segan juga nak memperkenalkan nama penuh aku. Kalau kat rumah senang saja, semua famili aku panggil aku dengan panggilan Ida. Di sekolah semua pakat duk panggil Amra.

Segan ! Itu yg aku boleh katakan. Apabila aku memperkenalkan nama aku pada orang, pasti akan ada pertanyaan kali kedua, contohnya : "Haah?" , "Apa dia?" dsbnya. Maunya tak segan kan? Orang lain perkenalkan nama sekali sahaja, tapi aku ni sampai kena ulang. 

Satu lagi masalah, cikgu2 pada zaman sekolah dulu tak pernah sebut nama aku dengan betul, even pensyarah2 di universiti pun. hmmm.. sedih baq hang !

Dah bermacam-macam versi yg aku dengar. Antaranya ialah "Amran", "Amira" , "Ambra" dan kekadang pensyarah/ cikgu tak boleh nak sebut pun. Kalau boleh pun, pasti dorang akan eja satu2, dan lepastu dorang akan cakap, apa susah beno nak nyebutnya. Aku hanya mampu tersenyum sajalah. 

Kalau di universiti, bila tiba masa ambil kedatangan tutorial, tutor akan memanggil nama sorang demi sorang kan, bila tiba nama aku, dorang akan tergagap-gagap maka aku dgn selumber badaknya akan cepat2 mengangkat tangan. Biarlah tutor tak sebut sampai habis pun, aku tahu itu nama aku. hehehe. Malas nak ambil pusing dah. Kawan2 yg lain akan gelakkan aku saja. 

Yang paling aku tak boleh lupa, salah seorang daripada guru aku semasa Form4/5 memanggil nama aku dengan panggilan "Amrasy". muehehe ! Hah, lagi sempoi kan? Amrasy teruss... Ada kelainan di situ. 

Pernah juga aku bertanya dengan mak dan abah aku, macam mana nama aku boleh jadi macam ni. Mak aku cakap, nama ini diberi oleh mak saudara aku. 

Oklah, aku boleh terima. Lepastu, mak dan abah cakap pulak, sebenarnya nama aku dan kakak aku tertukar. Hah! Macam mana pulak boleh tertukar ? Nama kakak aku Akmaliana. Patutnya Amra itu nak letak pada nama kakak aku, maka jadinya Amraliana lah. Tapi, tak pulak jadinya. Kalau tak, confirm kakak aku akan mengalami kesulitan yg aku alami sekarang ni kan? hahahaaha! (gelak jahat).

Lepastu bila aku fikir2 balik, nama aku ni sebenarnya simple saja kalau ejaannya di eja jarak, dari Amrasyahida kepada Amra Syahida. Kan senang . Aku tanya dekat abah aku, kenapa nama aku dieja secara dekat. Menurut Abah , sebenarnya kalau diikutkan di atas kertas perancangan mak dan abah, memang nama aku dieja secara jarak. Entah kenapa apabila tiba di pejabat pendaftaran, encik yg menulis nama aku semasa pendaftaran surat beranak/ sijil kelahiran mengeja nama aku secara dekat. Aisehh !

Settle satu hal. Hal lain pulak yg datang. Amra ini ada maksud tak ? Noor dan Syahida itu ada maksud. Tapi, Amra ini ada maksud tak ? Tiga tahun lepas, aku dapat menyambung pelajaran di USM, Penang. Maka bermulalah pengembaraan nama aku. Dorang samakan nama aku dengan nama buah kedondong. Buah amra. Weii, aku manusia lah, bukannya buah. Sedey T_T. Dorang memperkotak katikkan nama aku.

Aku pun dengan tulus dan ikhlasnya membelek kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Memang betul, "amra" itu adalah nama sejenis buah iaitu buah kedondong. 

Buah amra
Sebenarnya, aku pun tak tahu maksud nama aku. tanya mak dan abah aku, dorang pun tak pasti. Tapi, suatu ketika dahulu, sorang kawan aku ni dia terlalu mengambil berat pasal aku. Dialah yg gigih mencari maksud disebalik nama aku. Katanya, maksud nama aku "cahaya saksi kemakmuran"
Cantek juga maksudnya. hehehe.
Aku cubalah juga membelek2 buku himpunan nama2 dalam Islam. Tak ada pulak maksud bagi Amra. yang ada hanyalah Amran-yang memakmurkan dan Amrun-kemakmuran, itupun pada nama orang lelaki.  Betullah tu kot apa yg kawan aku cakap, Amrasyahida itu adalah cahaya saksi kemakmuran. Walaupun, aku tak percaya sangat sebab aku tak dengar pengesahan daripada mak atau abah aku, tapi itulah yg aku percaya untuk ketika ini. muehehe. Tengs Wan. 

Maka, aku nak ambil pengajaran daripada nama aku inilah untuk nama anak2 aku nanti. tak mau letak nama pelik yg susah nak sebut or even susah nak cari maksud. tapi, aku dah berkenan sangat dengan nama Uwais al-Qarni ni, acano? hehehe.  

Uwais = pemberian

Cari maksud Qarni tak ada lah pulak. Tukarlah Qarni kepada Qa'id . hehehe

Qa'id = pemimpin.

Uwais al-Qa'id. hehe. ok2. jadii. ;)

Di sini ada beberapa nama yg cantek dan maksud yg cantek dalam Islam :
1) Qaulalhaq = perkataan yg benar
2) Ukail = pandai, pintar
3) Rafiqi = pendampingku
4) Rayyan = kepuasan, pintu syurga utk orang yg berpuasa
5) Rif'at = tinggi martabatnya
6) Riyadh = taman
7) Zaim Ukhrowi = pemimpin akhirat
8) Zill Qayyim = Perlindungan yg berharga
9) Ihtisyam = Kehebatan
10) Imtiyaz = pilihan
11) Isyq = sayang
12) Izzul Islam = kemuliaan Islam

p/s : Jom berkongsi maksud nama korang di sini ;)

 A = amanah
M = mesra
R = ramah
A = alim
S = suci
Y = yakin
A = abadi 
H = harum
I = ikhlas
D = dinamik
A = asli  

LOVE . Utk wan yg tolong carikan maksud utk nama aku ;)

 










Tuesday, 2 July 2013

Impian Melampaui Batas

Assalamualaikum

Setiap orang mempunyai impian melampaui batas. Kan ?
Tidak terkecuali dengan diri ini.
Impian ini bukan rahsia, malah ingin diuar-uarkan pada dunia.



Okay ? Bicara tentang impian, impian biasa2 kita apa ya, nak punya kerjaya sendiri, punya keluarga bahagia, punya rakan yg memahami, dsbnya. Ia kebanyakkannya berkisar kehidupan seharian.

Kalau bertanya pada kaki novel suda pasti impian mereka ingin mengumpul seberapa banyak koleksi novel yg ada di pasaran. Kan ?

Kalau bertanya pada kaki muzik, sudah pasti impian mereka untuk menghasilkan muzik yg paling terbaik dalam hidup mereka, tak pun ingin menghadiri konsert mana2 artis pujaan mereka. Kan?

Kesimpulan kecil yg boleh dibuat, setiap orang mempunyai impian dan keinginan masing-masing.Tapi, sekarang ini aku nak berbicara tentang impian yang melampaui batas dan sangat luar biasa. muehehe ! tapi tak tahu lah pada pandangan korang impian aku ini melampaui batas atau tidak ...

*Impian melampaui batas ini tertakluk pada terma dan syarat diri korang sendiri. bagi aku, inilah impian luar biasa aku :

~Impian aku nak pergi melancong jauh means oberseas ! Eleh, biasa saja tu. Melancong je pun, apa yg luar biasa sangat ?

Impian aku nak pergi melancong jauh2 ke tempat yg takde orang kenal aku, then aku ke sana sensorang saja dengan memikul beg galas yg besar gedabak ala2 traveller tu. Korang dapat imaging x ? Waa.. baru best kan ?

Tapi, kenapa aku menggelarnya impian melampaui batas ? Mudah saja alasannya.. kerana sebelum ini jika aku mahu ke mana2 pasti aku akan ditemani oleh seseorang, tidak kiralah, mak, abah, adik2, or kakak, or kawan2 aku sendiri. Tidak pernah aku ke satu2 tempat tanpa ada orang yg menemani aku. 

Biarlah apa yg difikirkan org lain, alah, takde lah luar biasa sangat impian dia ni.  but, bagi aku impian itu memang luar biasa dan melampaui batas. Bayangkan, jika aku travel ke oberseas seorang diri dan ke negara yg takde seorang pun yg mengenali aku. Aku dah boleh bayangkan, betapa seronoknya. muehehe ! Peliks, kenapa pulak nak seronok.. 
Seronok lah, b'coz impian luar biasa aku itu tercapai kan ? hehehe

Eiffel Tower ;)
Aku ingin ke Makkah tul Muqarramah sensorang diri, ingin ke Madina tul Munawwarah sensorang diri. Semuanya aku ingin pergi sensorang, taknak ditemani oleh sesiapa pun. 

Persoalannya di sini, berjayakah impian luar biasa ini ? 

Jawapannya : wait and see. ;) 
Tiada sesiapa pun boleh meramal apa yg akan berlaku pada masa akan datang. 

Pasti ada yg berfikir, kekangan yg mendatang pasti banyak. bagaimana dengan tanggungjawab terhadap keluarga dan kedua-dua orang tua ? Takpe, aku akan explain everything to both of them. form A-Z. In shaa Allah. 






Monday, 1 July 2013

Promo Untuk Raya. Jom serbu !!

Assalamualaikum.. 

Hye !

Memandangkan lebih kurang seminggu sahaja lagi kita/ umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang mulia, iaitu Ramadhan al-Mubarak, so aku ada promo sikit untuk korang.

Promo ini available sepanjang tahun. Kalau korang terasa nak saja, boleh bagitahu aku ya. hehehe ;)

As we know, selepas sebulan kita berpuasa, maka menjelmalah bulan Syawal. Bulan untuk meraikan umat Islam. So, aku nak recommand kan untuk korang semua Hand Made Brooch by My Sis.

Rugi kalau korang tak beli. Cantek, murah and availabe sepanjang masa. Bila2 masa pun korang boleh order. Apa yg spesial nya tentang brooch ini ialah ia di buat sendiri oleh kakak aku. dan korang jangan terkejut kalau aku katakan bahawa brooch kakak aku ini sudah mendapat permintaan yang menggalakkan. Even orang dari Johor pun ada yg order dengan kakak aku. 20 biji (betul entah penjodoh bilangan yg aku guna) dorang tempah. Pergh ! Terbaek kan. 

Harga . Murah saja. Bergantung pada kehendak korang dan bergantung pada design yang dihasilkan. 

Sesuai untuk semua lapisan golongan masyarakat. Cikgu2 pun ada yang dah beli and pakai brooch yang dihasilkan oleh kakak aku. 

Gambar 1 : Antara warna brooch yang ada

Gambar 2 : Brooch yg masih belum diletakkan butang kat tengah2 tu..

Gambar 3 : Ada perbezaan antara gambar 3 dan 1. Korang boleh tengok yg bezanya tang butang kat tengah tu. 

Jom . Cepat2 tempah. Masih menerima tempahan. Korang boleh buat request nak warna apa, dan bergantung juga pada warna kain yang ada dalam simpanan. 

#Harga brooch pada Gambar 1 dan 3 berbeza kerana butang kat tengah2 tu ya. Untuk gambar 3 harganya lebih mahal, sebab butang tu shining. ;)

Cepat sebelum terlambat. Kami sekeluarga memang wajib akan pakai brooch ini pada hari raya yang akan menjelma sebulan lebih lagi. So, korang pun kenalah rebut peluang ini juga ya.. 

Apa2 pertanyaan dan nak order ke apa, korang boleh PM aku at Facebook, or komen saja dekat blog ni. 

Tengs dear ! ;)