Sunday, 20 April 2014

Ibu-to-be ?

Assalamualaikum ..
hye uolls.


terpegun. terpana. terjatuh cinta dengan gambar baby yang sangatttt comel nih. ahhh. sukarnya nak paham dengan perasaan sendiri. lately, perasaan membuak-buak untuk menjadi "seorang ibu" semakin menjadi-jadi.. ko dah kenapa cikra? meroyan? nak kawen? *ehh.. ke situ pulak. 


entah. vingung jugak kekadang. tengok picture babies.. perasaan ni sukar untuk dikawal. rasa macam nak telan hidop2 budak tu pun ada. kihkihkih. terok nau dah tu. sindrome apakah? 


atau sebab faktor umur? 24 tahun, waktu yang sesuai untuk mempunyai seorang anak? hihihi. of course nak anak. anak-anak yang comel. yang memikat hati. yang menarik jiwa. oh noo ! makk !! nak kawen. *gatai


ok. back to topic. tenung, fikir dan fikir dalam-dalam. maybe faktor kematangan itu sudah wujud dalam diri ini. dulu-dulu, kalau tengok budak-budak kecil rasa macam nak hempuk je.. eeeeee. pergilah main jauh-jauh. ahhh cenggitu contohnya. tapi, sekarang rasa macam kuasa magnetik telah menarik aku untuk rasa sayang, kasih dan cinta pada budak-budak/anak-anak kecil ini. mihmihmih. aha! loving sangat kau cikra. :P


haa... kalau dapat si adik manis nih, nak je aku berkepit dengan dia 24/7. mampu ?
then, terstalk insta irine nadia.. lagilah menjadi-jadi perangai nak jadi "seorang ibu" nih. siyesss.. babyFM sangatlah comell. macam chibi maruko chan kan? hehehehe. comelss yang terlampau-lampau. comelsss yang overload ! 

#maaf irine. culik gambar Medina dari your blog. overload comelss
mulut tuh mulut. overload comellsss ;)

Friday, 18 April 2014

R.I.N.D.U

Assalamualaikum 


pernah tak korang rindukan sesuatu/seseorang hingga menggamit jiwa. dan kadangkala hati kecil itu menangis? pernah tak?pernah tak? atau aku sorang je yang pernah merasakannya. takkan lah? korang pun pernah merasa macam tu jugak kan?


kenangan old skol -nya ialah "weii, aku rindu zaman sekolah dulu." "rindu nak pergi kantin reramai, macam rombongan cik kiah." "rindu nak buat perangai gila-gila." "rindu nak buat masalah kat sekolah". "rindu nak mengadap muka cikgu disiplin". "rindu nak berlagak sebagai kakak senior." "rindu nak pot pet pot pet dengan cikgu." ahhhh, aku rindu semua itu. rindu? yesss. aku rindu akan semua itu. pejam celik, pejam celik sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. oh Allah, cepatnya putaran waktu-Mu.

#throwback ! rindu seragam puteh ini. r.i.n.d.u !



aku rindu akan semua itu. bila berada di sekolah sebagai guru praktikum.. aku melihat diri aku dalam kalangan anak-anak murid. pakai seragam sekolah, baju warna putih, kain warna biru. ahhh. sungguh menggamit kenangan. namun, semua itu sudah jauh meninggalkan aku. jauh beribu batu. bak kata" panggil tok denga doh..jauhhh ". if i can stop the time, i'll appreciate segala2 yang berlaku dalam hidup aku. tetapi, percayalah ! walau sesaat, waktu itu kita tidak akan mampu memutarnya kembali. yang berlalu tetap akan berlalu ...

kualiti gambaq tak berapa nak elok. layankan jew. hihihi :P


alam persekolahan jugaklah yang menjadikan aku seperti aku hari ini. jatuh bangun aku di SMK Chabang Empat. yea, aku pernah jatuh di situ. aku pernah bangkit di situ. aku pernah disanjung di situ. aku pernah dikeji di situ. aku pernah difitnah di situ. aku pernah melalui segala2nya di situ. dan pada hari ini, aku dengan bangganya aku mengaku yang aku sayangkan SMK Chabang Empat. Aku sayang seluruh seisi SMKCE ! tanpa SMKCE, aku takkan jadi seperti aku hari ini. "jatuh" aku membuatkan aku kuat. "jatuh" aku membuatkan aku gagah. aku kumpul segala kekuatan demi ma, demi abah. ye, demi mereka aku menjadi aku hari ini. ;)



untuk warga SMKCE, terima kasih untuk segala-galanya. terima kasihh ! ;)

Appreciation

assalamualaikum 




lately, aku rasakan dunia tersangat indah. surrounding-nya, bicaranya, perbuatannya. langsung tidak meremukkan diri. kenapa ye? adakah its one of the perpisahan yang paling menggembirakan hati aku? hmmm. entah. siapa sukakan perpisahan kan? aku paling tak suka ! tapi, i dont have any choice. nak atau taknak, aku kena tamatkan juga 15 minggu di sini. hmmm T_T


dorang semakin okay. dorang sudah mencuri hati aku. dorang sudah membuatkan kasih sayang aku melebar, malah semakin melebar untuk dorang. dorang sudah mendapat tempat dalam hati aku. aku jatuh cinta dengan perangai, layanan dan perhargaan mereka terhadap aku. hmmm. kenapa anak-anakku? kenapa? dulu, angpa bukan macam ni. angpa biasa2 saja. sekarang ni angpa lain sangat. cakap elok2 ja dengan cikgu. angpa suka kan kalau air mata cikgu ni menitik. pleasee.. jebal. tak mau. cikgu tak mau nanges depan angpa ! 


and lately ni jugak banyak benda yang baik2 berlaku ke atas diri ini. aku cuba kuasakan diri ini dengan aura yang positif sahaja. aku tak nak kacau mood aku yang baik ini dengan anasir2 jahat yang sememangnya jeoluas ituh. tak kuasa nak melayan. *dush-dush


semalam tengah godek2 komen dalam blog ini, and baru terperasan. eh. ada orang komen lah dekat kita punya pages "karyaku". aku sebak.. terharu.. and rasa semakin bersemangat untuk habiskan cerita "dia isteriku" itu. rasa macam usaha aku dihargai. Thanks Ya Allah. indahnya perasaan ini. 



and sorry sesangat, memandangkan masa aku 15 minggu ini amat membataskan untuk aku menaip sambungan "dia isteriku", aku terpaksa postpone dulu. yess, "dia isteriku" masih dalam pembikinan. kalau siap pun, dalam 20 bab macam tu je. tak boleh nak publish lagi. nak kena baca balik.edit sesikit. dalam pada edit tuh, ada jugak kesalahan dan kesilapannya. nak buat macam mana kan? aku pun manusia biasa saja. yang tidak akan pernah boleh lari dari membuat kesilapan. 



thanks sesangat pada yang follow cerita tu. and aku tahu hits blog ni melambung tinggi disebabkan "dia isteriku". terima kasih my dear readers. nanti follow sampai habis tau? hihihi.  syukur Alhamdulillah, Allah berikan aku sifat istiqomah untuk menyiapkan "dia isteriku" walaupun sebelum ini serasa mahu dilemparkan saja hasil itu ke dalam recycle bin. terima kasih Allah, kerana tetapkan diri dan gagahkan jari jemari serta otak ini untuk berfikir dan menyambung sisa-sisa jalan cerita "dia isteriku" ;)


penulis. teringin nak jadi penulis. teringin nak tunaikan cita-cita itu. tapi tak mampu. masih banyak lompang yang perlu ditampung. masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. masih yang kesalahan yang perlu diperbetulkan. masih banyak benda baru yang harus dipelajari. namun, kepuasan itu tetap tercapai dengan adanya blog ini. hihihihihi. tak sia-sia kan aku mula dari A semula sebelum ini. Banyak sudah aku menulis, namun aku give up! aku delete macam tu saja karyanya. sayang pulak. hukhukhuk. but, sokeyy, aku janji dengan diri sendiri, aku akan habiskan "dia isteriku" ini. yup ! aku janji !



terima kasih sayang, terima kasih love, terima kasih awak kerana menyokong hasil penulisan saya yang tak seberapa itu. teruskan follow cerita "dia isteriku" okay. thanks. thanks. thanks. thanks. ;)




Thursday, 17 April 2014

Colgate OHM 2014

assalamualaikum 


alhamdulillah. BE/Cpuv sudi bertandang ke blog yang serba daif ini. baru perasan bila bukak nuffnang tadi. thanks you so much. and BE/Cpuv yang sudi bertandang itu datangnya daripada Colgate OHM 2014


Dan, secara tidak sengaja aku adalah peminat colgate dari dahulu lagi. mihmihmih. 




jom sama-sama perangi kaviti. dush3. 

Wednesday, 16 April 2014

Fatin Liyana Asri : Favourite Blogger

Assalamualaikum 



Heyyyy ! serious aku rindu giloss nak jamu mata dan fikiran dengan entry terbaru fatin liyana Tapi, sayang.. xdak. 2 months ago adalah entry terakhir beliau. hmmm. she's busy on her final year. yeahh ! aku paham. memandangkan akuu pun seorang student macam dia jugak. tapi, bezanya dia terlampau bizi. doctor to be tuh. jangan memain. muehehehe. 



first blogger yang aku kenal ialah beliau. and she's my inspire. inspirasi untuk aku khayal dengan dunia blog aku sendiri. dari hari ke hari, I'm fall in love with blogging. satu kepuasan. sukar untuk digambarkan. 



hmmm.. kenapa aku jadikan dia as my inspire. salah satu sebabnya ialah, dia bukan saja femes dalam dunia blogging, tapi she's intellegent. stylo. cantik. comeii. eeee.. memang stok2 gambar dia yang diupdate dalam blog or insta akan menjadi jamuan mata aku lah. mihmihmih. 


lets terjah blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ reramai. macam2 info, input, maklumat yang ada dalam ni. and I percaya, one day tip2 yang dikongsikan oleh Fatin especially untuk bagpackers akan berguna untuk aku. muehehehe. #ohHoliday


p/s mintak kebenaran menculik gambar2 ini through blog Fatin. k. baiii ;)

Meniti hari-hari terakhir

Assalamualaikum 


Pengalaman ini aku mahu kenang buat seumur hidupku. dan jika mampu untuk dibukukan, aku akan bukukannya. untuk tatapan aku, tatapan anak cucu aku kemudian hari. yesss, I am teacher ! taknak mengaku yang I am teacher to-be.. I am teacher. itu yang sebati dalam diri aku sekarang ni. 4 bulan jangka masa yang diberikan oleh USM dan PPIP tidak mencukupi bagi aku untuk mencurahkan segala2 ilmu untuk anak didik. Tempoh 4 bulan juga tidak mencukupi untuk aku timba pengalaman. aku mahu lebih lagi.. lagi dan lagi. hmmmm.. T_T


sedih? yess, I am! memang aku sedih nak tinggalkan mereka. tambahan sekarang, waktu itu semakin menghimpit, semakin mendekat. hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. 


situasi di dalam kelas hari ini membuatkan mood aku twist. berubah 360 degree. entah kenapa anak murid aku seakan-akan memahami apa yang aku rasa. mereka lain dari yang lain. "awal lagi kot cikgu nak pergi tinggalkan angpa. awat angpa baik sangat?" hmmmm. ish. takotlah air mata ni menitik tanpa diminta. tak nak! aku ingin tampak kuat dihadapan mereka. permintaan halus mereka yang membuatkan air mata aku hampir menitik siang tadi "cikgu, nanti bila dah jadi cikgu betol2 datang sini balik ya? kami nak belajar dengan cikgu lagi...". Ya Allah. sebak ! air mata bertakung di tubir. namun digagahkan jua. jangan amra, jangan! jangan lemah. jangan layankan sangat perasaan tu. "angpa jangan buat cikgu lagu ni. tak tenanglah cikgu nak tinggalkan angpa nanti."


semakin hari semakin banyak peristiwa manis yang dirungkai. peristiwa pahit, kelam, dan malap juga aku ingin kenang sebagai kenangan manis. banyak sangat yang tersurat dan tersirat. itulah pepatah orang tua2 harus dipegang, "tak kenal maka tak cinta". hmmm. okay, pengakuan jujur. aku sudah jatuh cinta dengan mereka. perangai mereka. fai'l mereka. itu yang membuatkan hati aku makin gelisah. 

Monday, 14 April 2014

Sayang ?

Assalamualaikum 


sayang ? one of the subjective word. apa yang boleh dimaknakan sebagai sayang ? untuk aku, sayang itu meliputi ruang yang tersangat luas. contohnya, "kawan, aku sayang kau!" untuk semua memori baik dan buruk. yang baik aku kenang hingga hujung nyawa aku, dan untuk yang buruk, aku akan renung dan tenung. kenapa memori itu menjadi buruk? dan one of the day, yang buruk itu akan menjadi baik, malah tersangat baik.



kenapa orang selalu kaitkan "sayang" dengan perihal yang baik dan elok sahaja? kenapa tidak yang "buruk", "kusam" dan "malap" itu orang terjemahkan sebagai sayang? susah untuk menjadi terlampau positif. kerana aku tahu, aura positif dalam badan dan jiwa kita tidak mencukupi untuk menutup semua aura negatif. 



jangan tersalah memberi "sayang". kerana sayang badan binasa. kerana sayang jiwa merana. kerana sayang diri terseksa. kerana sayang kita hilang rasa sayang. kerana sayang hati hilang pertimbangan. 




one day, sorang of my student asking me, "cikgu, apa relevannya tayang video tu? xde kaitan dengan pelajaran Sejarah pun?" okeh, terus terang. dia tak guna perkataan relevan pun. sesaja aku je. mihmihmih. nak "bomb" kan gaya penulisan. ;)
aku tayangkan video perihal kasih seorang ibu. alaa, one of my set induksi lah. otak tak tahu nak fikir idea apa dah. yang tu je aku nampak. sajalah kan, nak dorang rehat sat. takyah tension2 bila belajar sejarah. and motip utama aku tayang video itu untuk depa muhasabah diri. but, hmmm takdak effect pun kat depa. duk melawak adalah. malaih aku nak layan. 


and the conclusion is, kenapa aku tayangkan video tersebut? sebab aku sayang. sayang depa. xmau depa menyesal suatu hari nanti. jadi anak derhaka. kadang-kadang, niat baik kita selalu disalah ertikan. susah nau. bukan sekali, malah berkali-kali. and aku dah fed-up. give-up. hmmm T_T


selagi bergelar manusia, kita takkan pernah boleh lari dari masalah. kenapa ? sebab, Allah sayangkan kita. And untuk hadapinya, dekatkan diri kita pada-Nya. In shaa Allah, everything will going smoothly. ;)