Friday 18 April 2014

R.I.N.D.U

Assalamualaikum 


pernah tak korang rindukan sesuatu/seseorang hingga menggamit jiwa. dan kadangkala hati kecil itu menangis? pernah tak?pernah tak? atau aku sorang je yang pernah merasakannya. takkan lah? korang pun pernah merasa macam tu jugak kan?


kenangan old skol -nya ialah "weii, aku rindu zaman sekolah dulu." "rindu nak pergi kantin reramai, macam rombongan cik kiah." "rindu nak buat perangai gila-gila." "rindu nak buat masalah kat sekolah". "rindu nak mengadap muka cikgu disiplin". "rindu nak berlagak sebagai kakak senior." "rindu nak pot pet pot pet dengan cikgu." ahhhh, aku rindu semua itu. rindu? yesss. aku rindu akan semua itu. pejam celik, pejam celik sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. oh Allah, cepatnya putaran waktu-Mu.

#throwback ! rindu seragam puteh ini. r.i.n.d.u !



aku rindu akan semua itu. bila berada di sekolah sebagai guru praktikum.. aku melihat diri aku dalam kalangan anak-anak murid. pakai seragam sekolah, baju warna putih, kain warna biru. ahhh. sungguh menggamit kenangan. namun, semua itu sudah jauh meninggalkan aku. jauh beribu batu. bak kata" panggil tok denga doh..jauhhh ". if i can stop the time, i'll appreciate segala2 yang berlaku dalam hidup aku. tetapi, percayalah ! walau sesaat, waktu itu kita tidak akan mampu memutarnya kembali. yang berlalu tetap akan berlalu ...

kualiti gambaq tak berapa nak elok. layankan jew. hihihi :P


alam persekolahan jugaklah yang menjadikan aku seperti aku hari ini. jatuh bangun aku di SMK Chabang Empat. yea, aku pernah jatuh di situ. aku pernah bangkit di situ. aku pernah disanjung di situ. aku pernah dikeji di situ. aku pernah difitnah di situ. aku pernah melalui segala2nya di situ. dan pada hari ini, aku dengan bangganya aku mengaku yang aku sayangkan SMK Chabang Empat. Aku sayang seluruh seisi SMKCE ! tanpa SMKCE, aku takkan jadi seperti aku hari ini. "jatuh" aku membuatkan aku kuat. "jatuh" aku membuatkan aku gagah. aku kumpul segala kekuatan demi ma, demi abah. ye, demi mereka aku menjadi aku hari ini. ;)



untuk warga SMKCE, terima kasih untuk segala-galanya. terima kasihh ! ;)

No comments: