Friday 18 April 2014

Appreciation

assalamualaikum 




lately, aku rasakan dunia tersangat indah. surrounding-nya, bicaranya, perbuatannya. langsung tidak meremukkan diri. kenapa ye? adakah its one of the perpisahan yang paling menggembirakan hati aku? hmmm. entah. siapa sukakan perpisahan kan? aku paling tak suka ! tapi, i dont have any choice. nak atau taknak, aku kena tamatkan juga 15 minggu di sini. hmmm T_T


dorang semakin okay. dorang sudah mencuri hati aku. dorang sudah membuatkan kasih sayang aku melebar, malah semakin melebar untuk dorang. dorang sudah mendapat tempat dalam hati aku. aku jatuh cinta dengan perangai, layanan dan perhargaan mereka terhadap aku. hmmm. kenapa anak-anakku? kenapa? dulu, angpa bukan macam ni. angpa biasa2 saja. sekarang ni angpa lain sangat. cakap elok2 ja dengan cikgu. angpa suka kan kalau air mata cikgu ni menitik. pleasee.. jebal. tak mau. cikgu tak mau nanges depan angpa ! 


and lately ni jugak banyak benda yang baik2 berlaku ke atas diri ini. aku cuba kuasakan diri ini dengan aura yang positif sahaja. aku tak nak kacau mood aku yang baik ini dengan anasir2 jahat yang sememangnya jeoluas ituh. tak kuasa nak melayan. *dush-dush


semalam tengah godek2 komen dalam blog ini, and baru terperasan. eh. ada orang komen lah dekat kita punya pages "karyaku". aku sebak.. terharu.. and rasa semakin bersemangat untuk habiskan cerita "dia isteriku" itu. rasa macam usaha aku dihargai. Thanks Ya Allah. indahnya perasaan ini. 



and sorry sesangat, memandangkan masa aku 15 minggu ini amat membataskan untuk aku menaip sambungan "dia isteriku", aku terpaksa postpone dulu. yess, "dia isteriku" masih dalam pembikinan. kalau siap pun, dalam 20 bab macam tu je. tak boleh nak publish lagi. nak kena baca balik.edit sesikit. dalam pada edit tuh, ada jugak kesalahan dan kesilapannya. nak buat macam mana kan? aku pun manusia biasa saja. yang tidak akan pernah boleh lari dari membuat kesilapan. 



thanks sesangat pada yang follow cerita tu. and aku tahu hits blog ni melambung tinggi disebabkan "dia isteriku". terima kasih my dear readers. nanti follow sampai habis tau? hihihi.  syukur Alhamdulillah, Allah berikan aku sifat istiqomah untuk menyiapkan "dia isteriku" walaupun sebelum ini serasa mahu dilemparkan saja hasil itu ke dalam recycle bin. terima kasih Allah, kerana tetapkan diri dan gagahkan jari jemari serta otak ini untuk berfikir dan menyambung sisa-sisa jalan cerita "dia isteriku" ;)


penulis. teringin nak jadi penulis. teringin nak tunaikan cita-cita itu. tapi tak mampu. masih banyak lompang yang perlu ditampung. masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. masih yang kesalahan yang perlu diperbetulkan. masih banyak benda baru yang harus dipelajari. namun, kepuasan itu tetap tercapai dengan adanya blog ini. hihihihihi. tak sia-sia kan aku mula dari A semula sebelum ini. Banyak sudah aku menulis, namun aku give up! aku delete macam tu saja karyanya. sayang pulak. hukhukhuk. but, sokeyy, aku janji dengan diri sendiri, aku akan habiskan "dia isteriku" ini. yup ! aku janji !



terima kasih sayang, terima kasih love, terima kasih awak kerana menyokong hasil penulisan saya yang tak seberapa itu. teruskan follow cerita "dia isteriku" okay. thanks. thanks. thanks. thanks. ;)




No comments: