Wednesday 16 April 2014

Meniti hari-hari terakhir

Assalamualaikum 


Pengalaman ini aku mahu kenang buat seumur hidupku. dan jika mampu untuk dibukukan, aku akan bukukannya. untuk tatapan aku, tatapan anak cucu aku kemudian hari. yesss, I am teacher ! taknak mengaku yang I am teacher to-be.. I am teacher. itu yang sebati dalam diri aku sekarang ni. 4 bulan jangka masa yang diberikan oleh USM dan PPIP tidak mencukupi bagi aku untuk mencurahkan segala2 ilmu untuk anak didik. Tempoh 4 bulan juga tidak mencukupi untuk aku timba pengalaman. aku mahu lebih lagi.. lagi dan lagi. hmmmm.. T_T


sedih? yess, I am! memang aku sedih nak tinggalkan mereka. tambahan sekarang, waktu itu semakin menghimpit, semakin mendekat. hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. 


situasi di dalam kelas hari ini membuatkan mood aku twist. berubah 360 degree. entah kenapa anak murid aku seakan-akan memahami apa yang aku rasa. mereka lain dari yang lain. "awal lagi kot cikgu nak pergi tinggalkan angpa. awat angpa baik sangat?" hmmmm. ish. takotlah air mata ni menitik tanpa diminta. tak nak! aku ingin tampak kuat dihadapan mereka. permintaan halus mereka yang membuatkan air mata aku hampir menitik siang tadi "cikgu, nanti bila dah jadi cikgu betol2 datang sini balik ya? kami nak belajar dengan cikgu lagi...". Ya Allah. sebak ! air mata bertakung di tubir. namun digagahkan jua. jangan amra, jangan! jangan lemah. jangan layankan sangat perasaan tu. "angpa jangan buat cikgu lagu ni. tak tenanglah cikgu nak tinggalkan angpa nanti."


semakin hari semakin banyak peristiwa manis yang dirungkai. peristiwa pahit, kelam, dan malap juga aku ingin kenang sebagai kenangan manis. banyak sangat yang tersurat dan tersirat. itulah pepatah orang tua2 harus dipegang, "tak kenal maka tak cinta". hmmm. okay, pengakuan jujur. aku sudah jatuh cinta dengan mereka. perangai mereka. fai'l mereka. itu yang membuatkan hati aku makin gelisah. 

No comments: