Thursday 24 April 2014

Kepimpinan Melalui Tauladan

assalamualaikum 
hye uolls ;)


actually dah nak shut down lappy, then teringat balek tentang pepatah "kepimpinan melalui tauladan." tanpa berlengah walau untuk sesaat, terus aku google. mihmihmih. terima kasih google. anda sangat membantu tuan hamba dikala kesempitan idea dan perasaan inginkan jawapan yg membuak-buak.


last week, sekolah yang aku praktikal skang ni ada anjurkan Forum Remaja and aku tumpang sekakilah. nak tau macam mana forum itu berlangsung. al-maklum sajalah, waktu aku sekolah dulu, aku tak join semua tuh. mihmihmih. ada sorang juri tanya kepada peserta forum dalam slot soalan spontan and soalannya relate dengan "kepimpinan melalui taudalan." sangat menarik. dann secara kebetulan si Amirul ada kat sebelah aku. ringan saja mulutnya bertanya pada aku "cikgu, kepimpinan melalui tauladan tu apa?" serious je muka dia waktu tuh. and waktu tu, satu saja jawapan yang terlintas di benak fikiran aku nih iaitu Rasulullah. Ikon terbaik yang boleh diklasifikasikan sebagai kempimpinan melalui tauladan. And aku rasa itu adalah jawapan yang terbaek. cuma lack dari segi huraiannya sajalah. huhuhu. orang laen tengah berforum dekat depan, aku dengan si Amirul berforum kat belakang. kikikikiki *gelak sopan.


tadi situasi yang pertama. kebetulan yang pertama and sekarang ni kebetulan yang kedua pulak. esok, aku akan mengajaq Sejarah Bab 4 untuk Form 4. and topiknya sangat menarik iaitu "Keperibadian dan Kerasulan Nabi Muhammad." And, secara zuppp nya aku terfikir untuk menghuraikan mengenai kepimpinan melalui tauladan. boleh kan? muehehehe. 


lalu, laju sajalah tangan ini menggogle maklumat yang sepatutnya. 

"Wujudnya konsep khalifah dalam Tamadun Islam sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya aspek kepimpinan dalam tamadun manusia. Kepemimpinan adalah suatu seni. Untuk itu pemimpin perlu mengenal watak orang-orang yang dipimpinnya. Dari situlah dia dapat memainkan seni kepemimpinan dengan mengadakan pendekatan-pendekatan tertentu secara individu dan secara kelompok, mengetahui bahawa sikap manusia itu berpunca daripada kepentingan diri. Maka apabila pemimpin pandai memainkan seninya, menyentuh kepentingan orang-orang yang dipimpinnya, dia akan mendapat reaksi yang baik. 
Sebagai contoh yang paling ideal, Nabi Muhammad SAW mempunyai strategi dan pendekatan yang tersendiri dalam memimpin kerajaan Islam suatu masa dahulu. Sabda  Rasulullah s.a.w  "Setiap dari kamu  adalah pemimpin  dan setiap  pemimpin  akan  ditanya mengenai  kepimpinannya". Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah dengan melakukan sesuatu lebih baik daripada orang lain. Baginda menyuruh orang lain sembahyang lima kali sehari, sedangkan dia sendiri berbuat lebih daripada itu. Baginda menyuruh orang lain berpuasa sebulan dalam setahun, sedangkan dia saban hari berpuasa. Ini adalah contoh-contoh teladan yang sangat baik yang sepatutnya diamalkan oleh semua orang."

_petikan yang aku peroleh dari google_

So, pandangan aku tadi tak silaplah kan? and contoh Rasulullah yang aku bagitahu tadi tu pun bersesuaian. Okeh. got an idea untuk mengajaq esok. hihihihi. bai. Assalamualaikum ;)

set induksi untuk P&P esok ;)

No comments: