Saturday 26 April 2014

Dari kaca mata

assalamualaikum . hi all ;)


tergerak hati untuk mencoret di sini. frust.kuciwa.tergamam dengan perubahan mendadak anak-anak muda sekarang ni. aku taknak menuding jari pada sesiapa kerana aku tahu jari yang aku tuding itu akan berbalik pada aku, one day. mungkin bukan pada aku, tetapi pada anak, cucu atau cicit aku. 

nilailah remaja kita masa kini. terlampau banyak lompangnya. di sana sini. apakah penyebabnya mereka menjadi sebegitu?

hmmm, sayangnya mereka menjadi begitu. biadap. kurang ajar.sering bertindak tidak sejajar dengan umur. perilaku yang menyakitkan hati dewasa ini. sungguh jauh bezanya zaman aku dan zaman mereka. mereka gen-Y. tapi, sikap dan sifat mereka semakin tidak menyenangkan hati.

perkataan-2 yang tidak sepatutnya keluar dari mulut mereka. dilontar sesuka hati. contoh, "babi". seghiau telinga aku mendengar. panggilan "babi" itu digelarkan pada manusia bukan pada hewan. sedihnya T_T. bagi aku, itu terlampau kasar. sangat biadap ! sangat kurang ajar !


"hoii". panggilan mereka untuk kita. ma shaa Allah ! sangat-2 biadap. apa sebenarnya punca mereka menjadi sebegitu ? kini, aku sedar dari lamunan mimpin indah selama ini. rupa-2nya zaman sudah berubah. zaman aku yang cukup hormatkan orang dewasa, yang cukup hormatkan teman-2 sudah lama berlalu. zaman kini, zaman persaingan untuk masing-masing show off segala yang buruk. yesss. itu yang aku nak bagitahu. mereka seakan-2 berebut untuk tunjukkan perangai burok masing-2.


aku kesian melihat anak-2 ini. bekerja keras untuk diri sendiri, dan mungkin juga untuk keluarga sendiri. atau mereka hanya sebatang kara. jika ditanya pada anak-2 kita pada hari ini, confirm mereka akan menunjukkan riak jijik apabila melihat gambaq ini.. confirm ! xdak nilai kemanusiaan langsung. tanpa mereka sedari, tidak mustahil suatu hari nanti, jika mereka tidak berusaha dan terus lalai dengan kesenangan yang diperoleh hasil titik peluh orang lain, mereka juga akan menjadi seperti ini.
aku kagum dengan gambar ini. aku kagum. sekurang-2nya mereka masih mempunyai nilai untuk berusaha. keep it up sayang. orang lain takkan mampu untuk mengubah nasib diri kita selain daripada diri kita sendiri.


warkah maya ini ditaip dengan tenangnya semata-mata untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku dengan perangai anak-2 bijaksana kita. dari kaca mata aku, fa'il mereka sudah sampai pada puncaknya. T_T

No comments: