Saturday, 2 May 2015

Pantai Sri Tujoh, Tumpat

assalamualaikum


alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas oleh ALLAH untuk menyedut udara di BumiNya. puji dan syukur aku panjatkan.

Ok guys! kali ini nak bercerita mengenai tempat-tempat menarik di tanah tumpah darahku. mana lagi, tak lain dan tak bukan, negeri cik siti wan kembang, Kelantan Darul Naim. 
Aku asal sini dan memang anak jatii Qlate.. xgogek sikit habuk pom!. hahahaha


Kali ini aku perkenalkan pantai dulu eh.. lain masa lain hari aku perkenalkan tempat makan yang menarik pulak. gituhhh ! !


Aku, kalau ada masa terluang aku memang akan ke pantai. di kawasan Tumpat ini, ada dua buah pantai yang cantek uollss. Satu, Pantai Geting dan yang kedua Pantai Sri Tujoh. Jarak antara kedua-dua pantai ini dekat sajaa.. tak sampai sepuloh minit pun. :)
post kali ini, aku akan bercerita mengenai pantai Sri Tujoh je.. :)


This itik boat ada di Pantai Sri Tujoh. First time aku naik benda alah ni, waktu aku vacay ke LANGKAWI bersama sama dengan Muncoi tahun lepas. dan tak sangka pulak boat cenggini ada di Pantai Sri Tujoh. Itulah orang kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. tapi lebih baik di negeri sendiri kan? aikk! ok. macam lost kejap dengan pepatah ni. muehehehehe. abaikan. Sewa untuk naik benda ini murah dan berpatutan okay. so, bolehlah korang kayuh pusing-pusing kat kawasan tasik itu. hehehehehe




*gambar terkumpul. aku upload saja. cantum menjadi satu. :P

*gambar yang ni di kawasan Pantai SriTujoh. Belakang surau. :)


And aku rasa, oneday, pantai sri tujoh ini akan dikomersialkan.. mana tahu, nanti akan ada banana boat, parachute.. wah! best nya. hehehehe.


* dan gambar yang ni pulak area chalet di kawasan pantai Sri Tujoh. Ramai je yang datang menyewa kat sini.

yang ni pulak, geng minah ronggeng
Cadangan aktiviti untuk korang kat sini..
1. bolehlah try the itik boat tuh.
2. boleh bersiar-siar or picnic di kawasan pantai. Kalau weekend, ramai sangat orang.. lautan manusia. itu yang boleh aku bagitahu..
3.di pantai Sri Tujoh jugak ada menyediakan khidmat padang golf kalau tak silap aku. boleh try kan? nak asah bakat yang terendam.
4. kalau aktiviti petang-petang, aku selalu je perasan mak cik mak cik, iaitu orang setempat lah.. akan turun kat tasik yang ada dekat pantai tu... cari sesuatu. apa yang sesuatu tu. alah, lupa dah nama nya. tapi sejenis seafood lah! sedap ! !


ok! cukuplah dulu untuk kali ini. Laen kali sambung lagi eh. oryte! have a nice day sayangssssss ! 

Friday, 1 May 2015

Tutorial SHAWL part-II

ASSALAMUALAIKUM

hye dear. nak share lagi lah. actually, all this kind of toturial boleh je dapatkan di youtube or google or whatever pages yang korang follow, tapi tangan ni hah.. gegatal jugak nak upkan kat sini.

so, enjoy the tutorial shawl yang superb cantek.

but before that, credit to mister google yang handsome! jasamu akan ku kenang.
ok. check it out !




this one is nice and simple. sesiapa pun boleh buat, kan ? 









*cover your aurah. 

KEEP CALM and SMILE


assalamualaikum 


pernah tak terfikir yang segala pilihan yang kita buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan? tak pernah ? sebab itu kita semua ini susah sangat nak memperoleh redha itu. 


kadang-kadang kita fikir, kenapa buat pilihan begitu begini. kadang-kadang kita berharap masa berputar kembali supaya kita boleh pilih lain.


sebenarnya, kita silap ! kalau semua benda boleh diputar balik ke belakang, tak adalah yang dipanggil hikmah.


kita buat pilihan, tapi pilihan itu tak membahagiakan kita. kenapa ? adakah kita salah pilih ? tak, sebab ia dah ditakdirkan. 


bukan maksudnya kita kena menyalahkan takdir, pilihan yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. kun fayakun. ingat ? semua di atas izin NYA. 


ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan kita salah. 
sebab ALLAH nak kita belajar sesuatu dari situ.  sebab ALLAH nak kita muhasabah dan mencari mana segala silap dan khilaf itu. 


ingat, kata 'MAHA' itu bukan diciptakan untuk manusia. Allah biar kita salah, supaya kita belajar mengenal punca masalah. 

contohnya, kita suka pada seseorang dan seseorang itu khianati kita. kita mesti fikir, kan bagus masa boleh diputar balik. sudah tentu kita tak akan pilih dia. tapi kita silap sebenarnya... Allah izinkan kita untuk rasa cinta dan kecewa, sebab DIA nak ajar ada cinta yang tak perlu sebelum tiba masanya. 





katakanlah awak bercinta dan bahagia, tapi tanpa pernikahan... sudah tentu sikit sebanyak cinta awak itu hampir kepada noda, maksiat. 


jadi datang hikmah, yang berupa kekecewaan supaya kita sedar cinta sebelum nikah itu sia-sia. 
ALLAH itu Maha Mengetahui. DIA tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa kita, bukan DIA sengaja biar awak kecewa, sedih, tak !
cara Allah bekerja ini lain. DIA bekerja dengan penuh rahsia, lalu DIA bagi awak kesedihan, supaya kita belajar sesuatu tentang PILIHAN. 


Jika pilihan yang kita buat sekarang ini menyedihkan, move on. di hadapan ada pilihan lain yang lebih baik. in shaa Allah. tak guna kita bersedih tentang pilihan yang salah setiap hari. sedangkan ALLAH beri kita nafas supaya kita hidup melangkah untuk hari esok. 


apa pun pilihan yang kita buat, dan sama ada ia buat kita gembira atau terluka, kita cuma hamba kepada ALLAH. ada sebab kenapa ALLAH bagi kita sama ada gembira atau sedih dan kecewa, sebab DIA nak kita lebih dekat dengan-Nya. 


dan apa jua pilihan yang kita buat, sama ada ada akhirnya kita gembira atau kecewa, kita belum mati. masih ada masa untuk buat sesuatu.


just dont die before the time come. jangan mati sebelum tiba ajal. maksudnya, jangan mengalah selagi ada nafas. teruskan mencari. kecewa, bahagia, senyum, menangis, terluka, gembira.. there is so much to live in this life and it is all worth it. 

apa jua yang kita rasa semasa hidup ini, nikmatilah ia. sebab semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri. walaupun yang datang pada kita cuma benda-benda musibah, yakinlah kalau tak di dunia, di akhirat ada yang lebih baik. 




sebab selagi awak boleh buat pilihan, beriktiar lah untuk mencari pilihan yang baik, kerana cuma orang mati sahaja yang sudah tidak ada pilihan. 


live your life. smile and always pray for ALLAH, even though you have to go through a lot of sorrow. believe that it is worth it. ;)


sekalah air matamu wahai sahabat
jangan diminta jodoh turun dari langit
atau muncul dari almari bajumu
carilah sampai ketemu
walau jalannya terjah berliku
kerikil batu menghempapmu
doalah tanpa jemu
pasti ALLAH simpankan satu
untuk menemani syurgamu




jodoh itu unik
seringkali yang dikejar-kejar menjauh
yang tak sengaja mendekat


yang seakan sudah pasti menjadi ragu
yang awalnya diragukan menjadi pasti


yang selalu diimpikan tak berujung pernikahan
yang tak pernah difikirkan bersanding di pelamin


maka, jodoh itu bukan masalah seberapa lama kita mengenalnya
tapi, 
seberapa yakin kau kepadanya
seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya
lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versinya. 

Thursday, 30 April 2015

SAYA vs AWAK

Assalamualaikum :)


terasa seperti mahu berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.. even pembaca itu wujud atau tidak, tetapi rasa itu tetap mahu diluahkan.


recently, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan blog walking blogger2 favourite. terutama sekali blogger2 yang sering up kan entry yang berupa kata-kata semangat dan "makanan rohani" untuk aku. 


tertarik dengan satu blog ini.. iaitu http://www.akupenghibur.com/. seriously terasa selesa untuk menerjah blog beliau. coretan kata-kata di situ amat menarik jiwa aku untuk terus membaca, lagi lagi dan lagiii. :)


entries beliau yang lebih ke arah pengisian rohani itu menarik minat aku. sangat! 
bila dah baca entry beliau, aku termenung sorang diri... muhasabah. jauh rupanya aku dari Dia. Patutlah segala yang dihajati susah untuk digapai. subhana Allah. 


Hal yang membuatkan aku terkilan hingga kni ialah "darjat". ye, istilah itu masih wujud di dunia yang serba canggih manggih dan moden ini. entahlah. tiada kesudahan bila memikirkannya. Dia sanggup meletakkan soal "darjat" itu sebagai "penyebab" untuk menghilangkan diri. kenapa ? sebab aku anak kampung ? sebab aku hanya menggenggam segulung ijazah sahaja? atau sebab aku ni jenis kolot, tak reti nak berfesyen.. kolot dari segala aspek ? Allahu akbar. Besar ujian ini. Namun, hati senyum. Allah tunjukkan jalan untuk aku. Alhamdulillah. 




Kun fayakun. Bila Allah mahukan ia terjadi, maka terjadi lah ia. Saya terima. dan yang penting saya redha. Terima kasih. :)



Sunday, 26 April 2015

My Convocation Days

Assalamualaikum.

hye. hye. hye.

Ma shaa Allah, kisah kali ini memang terlampau throwback sebenarnya. hihihihi. sampaikan dah lupa, apalah yang nak diceritakan di sini. 

Tanggal 8Nov yang lalu, maka Noor Amrasyahida Binti Ramli sudah officially bergraduasi. hihihihi. Alhamdulillah. :) Akhirnya usaha 4 tahun di bumi USM berbaloi baloi. alhamdulillah.

Tahniah untuk semua students USM, sidang 2010/2014. Congratesss juga untuk geng2 ilmu pendidikan USM, sama ada geng SASPEND, SAINSPEND mahupun SPEED. Tahniah tahniah tahniah. We make it comes true. :)







kehadiran mak abah dan family lagilah membahagiakan. takde orang tersayang pon takpe, janji nyawa abadi aku ada kat sana. terima kasih ma dan abah, untuk segala pengorbanan dan sanggup berhabis lah untuk anakmu menyambung pengajian di USM. In shaa Allah, jasa ma dan abah, orang akan kenang sepanjang masa. 


Inilah nyawa abadi aku. Maa dan Abah. ;)
Bila dah 'terbang' ke Penang, maka ambillah sedikit kesempatan dengan masa yang ada untuk bersama-sama dengan geng kacip di sana. Alhamdulillah.. sempat hang out dengan geng muncoi. hihihihi. Seharian suntuk ber snap picture di sana sini dan sinun. Maka, ber pre-konvo lah kami. 





Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Now, kena menunggu lagilah.. tunggu KPM meminang pulak. Hopefully nasib menyebelahi kami. Aaamin. 

#PrayForPosting. ;)

Friday, 16 January 2015

Welcome back


Assalamualaikum

Hye 2015 ;)

Tahun 2015 membuka lembaran dengan bermacam cerita pahit dan manis. 
Walau apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan.
Yang rebah akan bangkit.
Yang sesal akan memperbaiki segala kelemahan.

Tahun 2015 datang dengan membawa resepi baru untuk kehidupan yang baru.
Tahun 2014, tahun yang benar-benar mencabar dan menghenyakkan aku.
Hanya bersandarkan pada-Nya, aku bangkit lagi. 
Aku jatuh dan aku bangkit. Itu sahaja daya yang aku punya. ;)
Semoga 2015, akan membawa kematangan buat aku dalam melakukan sesuatu tindak tanduk. 

Saturday, 6 September 2014

Random post

Assalamualaikum ;)

Rasa macam nak gigit2 je keyboard ni sebab banyak sangat nak menaip. takut lupa. so, typing pun kena laju sapp! sapp! sapp! lah, hahaha. over sangat kau mak jemah. hahahahaha.
idea yang ada sekarang ni umpama coklat yang turun mencurah-curah ke ladang gandum. miehehehehe. 

Pertama sekali, kepada follower "dia isteriku" so sorry sangat, sebab dah tak boleh nak publish untuk sementara waktu memandangkan ada sedikit masalah teknikal. harap menunggu dengan penuh to'at dan sabar ye. miehehehehe. (macamlah ada follower yang ikot cerita kau kan jemah?) ;) pada yang menjadi pengikut setia, terima kasih banyak2 kesayangan. tanpa anda semua, siapalah saya. hihihi.

So, nak cerita apa eh? hmmmm. takde apa2 yang istimewa kot untuk diceritakan. perkembangan hidup pun seakan-akan tak berapa nak berkembang sangat. kejap kembang, kejap kuncup! aduhhh. terbantut gituh ! miehehehe. but, alhamdulillah. ada progress yang boleh dibanggakan sikitlah sepanjang tempoh tiga bulan bergelar penganggur terhormat nih. hehehehe.  

3 bulan bergelut dengan perasaan sendiri. yelahh, menganggur kan? ongkos kena catu. nak shopping pun susah. adeihhh. hanya mampu window shopping saja. kahkakahkah. malu ngat aih. tapi, betullah orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. pejam celik pejam celik, berhujan berpanas, bertaufan segala bagai penghujungnya mentari yang disertai dengan pelangi muncul jua. alhamdulillah. walaupun hanya "kerja sementara", at least adalah jugak sumber pendapatannya. hihihihi.

dan alhamdulillah juga, akhirnya posto sudah sampeii. dari USM gitu lorh. katanya, gue boleh berijazah hujung taun nanti. waahh! asik asik asik. syukur alhamdulillah. hihihihi. usaha selama 4 tahun sebelum ini sudah menampakkan hasil. status : Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian). Alhamdulillah. Hadiah untuk family. ;))

Hmmm, nak cerita apa lagi tak tau? hmmmm hmmmm hmmm. haaa! sebelum terlupa. Tahniah untuk kengkawan yang sudah dan akan melangsungkan perkahwinan. semoga bahtera perkahwinan yang dibina di atas dasar cinta itu bahagia hingga ke akhir hayat. ;) Congratesss lalink. Turn aku? adeihhh. susahnya nak jawab. xpelah. slow2. jange blorak. bui kokre dulu. ngeeeee. 

Btw, niat aku bukan nak menulis panjang pun. hanya singgah sebentar saja di diari maya ini. itupun guna PC at CC. wahahahahaha. sedih giler hidup. 

Okaylah. sehingga bertemu nanti. Assalamualaikum.