Wednesday, 11 September 2013

Pengisian sebelum busy dengan esaimen

Assalamualaikum

Hari ini hari ke-2 aku memulakan pengajian di semestar 7. Alhamdulillah walaupun demam tetapi tetap juga boleh meneruskan perjalanan ilmu ke kelas pada petang tadi. kelas pagi, aku ponteng! tak larat sangat-sangat. Maaf Dr.Naza  ): saya demam, bukannya tak nak pergi kelas tetapi saya tak larat sesangat. M a a f k a n  s a y a .


Minggu pertama P & P masih tidak terlalu busy and I've a time to watching Running Man show. mihmihmih and reading a good book. Sangat bagus buku ini, walaupun masih dalam perjalanan menerokainya. Sebenarnya, akhir semestar lepas aku sudah mula membaca buku ini, tetapi tidak sampai suku daripada buku itu aku habis, aku tutup and focus pada buku pengajian. Then, sebelum cuti semestar aku ter'masuk'kan buku ini ke dalam stor lalu tidaklah dapat aku habiskannya di rumah. Datang semestar baru ini terpaksa aku mulakan daripada page 1 back. Aiseh! Gerem betol dengan diri sendiri. Lupa sudah apa yang aku baca 2 months ago.


Apa buku yang aku sedang bisingkan di atas tu? Ni hah bukunya ;


Rahsia agar anda mudah mendapat jodoh !



Ceh, tajuk buku kemain lagi kan? hahahaha. Bukan gatal nak kahwin okay, cuma berminat untuk mendalami ilmu yang satu ini. Korang janganlah nak salah paham pula. 


Meh kita selongkar sikit apa yang terkandung di dalam ini buku... menarik ke idak ?

Menurut penulis pada pages 11, bab1: pendahuluan; 

Dewasa ini, angka lelaki dan wanita yang belum menikah hingga usianya mencapai "30-an" semakin meningkat. Terdapatnya banyak alasan yang menyebabkan hal ini terjadi. Di antaranya ialah, semakin jauh keakraban hubungan antara keluarga besar ( sanak saudara) yang mengakibatkan kerja "risik merisik" mula hilang, semakin tingginya pendidikan wanita sehingga para lelaki enggan melamar, semakin enggannya wanita dan lelaki untuk segera menikah dengan alasan ingin melanjutkan pengajian atau masih ingin mengejar karier ( amboi, perli nampak ! hehehehe ), semakin enggannya anak muda menerima jodoh keluarga dan beberapa alasan lain. 


Hah, tengok.. bab 1 pun dah menarik, itu baru saja page pertama. Belum lagi masuk pages yang seterusnya. 


Jadi, aku rasakan bahawa dengan membaca buku ini adalah salah satu daripada pengisian yang amat berguna sebelum aku busy dengan asaimen and presentation after this.


Selamat membaca and selamat mengubah persepsi anda tentang perkahwinan. Bubye (::

Sunday, 8 September 2013

Bermula episod baru

Assalamualaikum 

Episod baru pada drama yang sama akan bermula esok, tepat jam 5 pagi ! Semoga akan ada perubahan yg lebih ketara untuk pengembaraan kali ini. Aku mulakan episod baru ini dengan lafaz yang paling mulia ;

" bismillahhirrahmanirrahim"

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani, aku mulakan perjalanan kali ini. Berkatilah perjalanan aku, selamatkan aku daripada segala pancaroba dan dugaan dunia. Bulatkan tekad aku pada kejayaan-Mu. Aminn (:


Tinggalkan segala pengalaman pahit, masin, kelat dan busuk di belakang. Jangan palingkan aku ke arah itu lagi. Let's bygone be bygone ! Aku akan teruskan perjalanan ini yang masih lagi berbaki. Kuatkan aku ya Allah (:


Semoga apa yang dihajati dan diimpikan akan dapat dperoleh dengan jayanya. Mohon ditenangkan hati aku setenang-tenangnya ((: Jangan biarkan 'perkara itu' hadir lagi dalam fikiran ini. I want to forget all about that. Taknak dikenang dan difikirkan lagi (:


Doakan yang terbaik untuk kejayaan aku di semestar 7. Semoga semuanya berjalan dengan lancar .
Doaku sepanjang masa, dekatkan jodohku dengan lelaki baik, yang mampu membimbing diri ini ke arah yang diredhai oleh-Mu. 



Friday, 6 September 2013

Entah apa lah nasib kami pelajar2 ISMP T_T

Assalamualaikum 

Luahan rasa di petang hari. Kemain lagi heboh tentang satu berita yg bagi aku sudah dijangkakan. Bagi orang lain, mungkin tidak tetapi bagi aku sudah lama aku expect perkara seperti ini akan berlaku. Petang tadi, sedang asyik bertweet2 and mata ini terpandangkan satu link yang dikongsikan oleh Gabungan ISMP Malaysia.

Link tersebut disertakan bersama dengan kata-kata seperti berikut ;

Pengambilan guru hanya dari 30% graduan terbaik : KPM *Hanya 30% shj. Lg 70% anak pergi cari kerja lain..  

Ini pula ada link daripada Sinar Harian ;


 
Reaksi aku, Ma shaa Allah, kejutan apa lagi ni? Sebelum ini bermacam-macam kejutan yang diterima oleh kami pelajar2 ISMP, namun kami telan jua. Tidak mahu berfikiran negatif sebenarnya. Harapan kami suatu hari nanti akan ada sinar yang cerah untuk kami. Namun kini, adakah harapan menggunung tinggi itu terpaksa kami lupakan? T_T


 KUALA LUMPUR - Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.
Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

 * petikan daripada Sinar Harian

Aku sudah cukup faham dengan kenyataan itu, namun hati ini segera menidakkan dengan harapan suatu hari nanti semuanya akan pulih seperti sedia kala. Kemana arah hala tuju aku selepas graduasi nanti? Di bendang menanam padi, di ladang menanam sayur, atau di shopping mall sebagai cashier? Oh tidak !! Musnah harapan sanak saudara keluarga tersayang yang mana begitu mengharapkan aku untuk menjadi pendidik. 

Ma, abah .. maafkan diri ini. T_T 

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan peluang untuk ke sekolah suatu hari nanti. Ke sekolah bukan untuk belajar, tetapi untuk mengajar anak bangsa kita. 

Aku percaya, rezeki di tangan ALLAH ! Semoga dipermudahkan segala-galanya (:

Nothing is IMPOSSIBLE, the words itself says : "I'm POSSIBLE !"

Wednesday, 4 September 2013

Saya dah dapat jawapan untuk soalan makcik !

Assalamualaikum 

jawab jangan tak jawab! kalau tak jawab dosa (:


Asal sekarang ni 'kebanyakkan' orang sibuk tanya aku soalan yang satu itu. Pening tau nak menjawabnya. Pening okay lagi, masalahnya hati ini yang tidak sanggup untuk menghadam pertanyaan tersebut. Saaakit sesangat. 

Bila orang tanya, umur dah berapa sekarang ni? 

Jawapan : 23, makcik. 

Uish dah boleh kahwin ni ... grrrr !

Stress tak ? Stresss sangat2. Wa tak tipu sama lu. Memang stress. Rasa macam nak tanya je dengan makcik yang tanya soalan tu ..

"makcik ada anak laki bujang tak? kenengkanlah dengan saya!"   

Tapi, takdelah aku pergi tanya macam tu... kuang ajo pulak jadinya. Memang tak cukup tanah ah kena baham dengan mak aku.

Okelah, yang itu situasi pertama. Kita beralih pula untuk situasi ke-2 .

Memandangkan kita ni seorang rakan yg amat sayangkan rakan yang lain, maka rajinlah pergi menolong rakan alias teman yang berkahwin. Even malam akad nikah pun dah tunjukkan muka. Esoknya kenduri, awal-awal lagi kita dah pergi. manalah tahu boleh tolong apa yang patut. dah namanya kawan kan?? Lagipun aku seronok nengok teman2 aku naik pelamin. Tumpang seronok.

Bila sebut pasal kawan, maknanya sebaya lah kan? 23tahun. Muda lagi okies.

Niat kita baik je nak pergi menolong, maka adalah salah seorang daripada tetamu yg dijemput itu akan bertanya pada kita 

"kamu bila pulak nak kahwin? tengok ni hah deknon nih dah kahwin dah"

Eh3 makcik nih ... soalan yang sama lagi. Buhsan lah makcik. Grrr ! Sentap untuk kali kedua. Senyum sajalah. jawapan yang paling selamat untuk semua persoalan itu. Biarlah hati kita ni bengkak sebengkaknya pun. Sakit tau? Janganlah ditanya soalan cepumas sedemikian. Lupakan anda semua "jodoh pertemuan itukan semuanya aturan Allah."

Untuk makcik-makcik sekalian yang selalu bertanyakan soalan yang sedemikian rupa pada saya, terimalah jawapan yang seikhlas mungkin ini ya? lain kali jangan tanya lagi... saya tak suka ! I don like, makcik. 


Saya dah hightlight kan jawapannya ya makcik. Yang kaler puteh tuuu (: Makcik janganlah tanya soalan2 yang boleh menyentapkan minda serta jiwa saya lagi ya makcik. 

Nikah kahwin ni bukannya senang makcik. Kena banyak persediaannya. Saya ni belum bersedia sepenuhnya pun lagi. mental dan fizikal ! Makcik tolonglah faham.

Kekadang, saya stress makcik. Stress yang amat bila dengar soalan2 sedemikian. Makcik janganlah stresskan saya lagi ya? Biarlah saya habis blaja dulu .. saya muda lagi makcik. Orang sekarang ni suka kawen muda, tapi bukan saya. Saya ada misi dan visi saya yang tersendiri tau makcik ! Saya ada cita-cita saya ... dan kalau jodoh itu sudah sampai dan tepat dengan masanya, saya pasti akan kahwinnn ! Siapa taknak kahwin, makcik oii ! Seronok ape kahwin ni. Ada suami, lepas ada suami pastilah akan ada anak-anak yang comel. Jalan kedek-kedek. olololo.. comei sungguh ! Lepastu, mak ayah pun akan bertambah, dari dua akan menjadi empat. Seronok kan ? Siapa kata tak seronok. (:
Then, main masak-masak dengan suami kat dapur, main suap-suap. Hahhh, seronok tu makcik. Tapi, janganlah serabutkan kepala saya dengan soalan " bila nak kahwin?" saya tak ada jawapan untuk soalan makcik itu . Hope you understand, makcik ! I need to prepare myself to all of those. That duties is so berat for me! (hamek kau, baham kut Omputeh! Cacat cela gila. Oh, my English! )

Kawan-kawan pun ada jugak yg kadang2 terlepas mulut. Mentang2lah I ni single mingle. Aiii, xpatut betul.. Janganlah memperendahkan kawan mu ini, walaupun kawanmu ini tingginya xberapa nak tinggi. just cute gituuuu .. 
Takkan tumpang duduk di tangga pun salah. Katanya nanti tak ada orang masuk minang. 

Apa kehal?? Senak hati ini mendengarnya. Ngilu sangat.. That a bad attitude, friend. Sepatutnya give me more support! bukannya kondem aku !! grrrrrr .

Tak baik tau ? Sepatutnya, doakan yang terbaik untuk I. Bukannya kutuk2 I macam tu ... :)

Okelah, bai ! 
Ingat ya makcik . Jangan tanya soalan itu lagi.. saya Elergik !

Nah. amek bunga Kuning setepek ! (:


Tuesday, 3 September 2013

Maafkan aku di atas keterlanjuran kata dan perbuatan itu?

Assalamualaikum 

Hai ! (eh tetiba pulak hari ini berhai)

Amboi, kemain post title panjang berjela mengalahkan teks ucapan perasmian pecah tanah bangunan namblas tingkat je kan? mihmihmih

Back to the topic .. kenapa pulak dengan malam ini? kemain saja tajuknya.
Entahlah, aku dapat rasakan seolah-olah ada satu perasaan yg maha hebat sedang mencengkam sanubari ini. Perasaan yg bagaimana, aku saja yg tahu.. 

Lately, aku tersangat tidak tenang. Resah, gelisah, susah, tak senang duduk, berdiri pun tak senang, tidur saja yg tenang, makan pun dah kurang.. tapi, tak jugak kurus. takpelah, hal tu letak tepi dulu. 
Back to the penerangan tadi, kenapa eh? aku merasa sangat tidak tenang? Umpama sedang menantikan sesuatu yg aku sendiri tidak pasti. Nak kata aku tunggu durian runtuh, tidak! Semalam baru je makan pulut durian. okies lah tu kan?
Nak kata aku nantikan bulan jatuh ke riba pun tidak. Kerana, aku lebih prefer likes the star berbanding the moon. Sorry moon . >_<

Sebenarnya, apa yg sedang aku fikirkan? Nak kata sebab tak daftar kursus, dah! semua dah settle. Aku dah daftar semuanya. Lagipun, perihal pendaftaran kursus sebelum ini tidak pernah menjadi satu bebanan untuk aku. 

Bila difikirkan lagi,.. risau tentang result semestar lepas kah? Tidak juga! Alhamdulillah.. dapat yg terbaik dengan usaha aku. Syukur sangat-sangat. 

Dah tu kenapa? sedih saja rasa hati ini. membuatkan aku kurang berkomunikasi, kurang bercakap dan hanya terperuk di rumah saja. Eh, ada kaitan ke? entah. mungkin ya dan mungkin jga tidak.

Jadi, kepada sesiapa yg pernah tersakit hati, termakan dengan kata-kata aku, maafkan segala salah silap aku, sama ada secara lisan, bertulis atau objektif. takuut juga andai aku ada menyakitkan hati orang. Lagipun, lately aku ni semacam terlebih emosi. hal yg kecik pun aku nak marah-marah. dah kenapa dengan aku?

Maafkan aku.. maafkan aku T_T



Monday, 2 September 2013

Cinta Kau dan Aku-Siti Rosmizah

Assalamualaikum 

Terus terang cakaplah, novel ini sebenarnya telah lama berada dalam pangkuan aku.. tetapi, masih lagi belum habis dibaca.. Kenapa eh? Mungkin atas sebab aku pernah tengok drama yg diadaptasi daripada novel ini kot.. 
Ia pernah disiarkan melalui TV1 and TVi kalau tak silap aku. Bila dah tengok dengan mata kepala ini dah lain sikit kan ? hehehe. Mungkin sebab itulah novel ini belum berkhatam lagi sehingga sekarang. 

Karya Siti Rosmizah memang takkan mengecewakan. Itu aku percaya. Jika diundurkan sedikit masa ke belakang, "Andai itu Takdirnya" adalah novel femes novelis.

Sedikit sinopsis dari kulit belakang novel ; )


"Apa nak jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aja. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja ditelinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya? 



*selamat membaca (ditujukan pada diri sendiri) :)

Sunday, 1 September 2013

Mood up and down .. (not allow to disturb)

Assalamualaikum 

Kehidupan kita sebagai manusia, ada pasang surutnya kan ? 
begitu juga aku, tidak terkecuali .. 




Mood up and down bila berkeadaan seperti berikut ;

1. Janji dicapati - janji nak keluar, tiba2 je mesej bagitahu alasan yg tak munasabah. sakit hati kita.!! grrrrr . (^^^). kita dah siap cantik2.. tapi xjadik. 

2. 'Moon coming' - dua tiga hari before and after period. please don't disturb. Memang emosi tengah tunggang langgang.

3. Sok seh sok seh bila berada bertiga atau berempat. Kita dikecualikan daripada sok seh sok seh itu. Ooo, nak berahsia ya. boleh, tapi bukan depan aku. buat belakang aku takpa ! :P

4. Bandingkan aku dengan dia. Stop it. Aku paling tak suka. Tak kesahlah bandingkan yg baik atau yg buruk, memang aku tak suka. Aku BUKAN untuk dibeza banding dengan sesiapa. 

5. Paling pantang bila orang berlagak pandai. What the ??? 

6. Call tak nak angkat. What the ??? 

7. Tunggu benda yang tak pasti dan takkan kunjung tiba. What the ?? Lain kali gtahu awal2 ye. 

8. Orang cakap aku anti-sosial. What ? Kang aku bersosial susah pulak nak kawal.

9. Time aku present, orang duk acah-acah, angkat tanda peace and etc .

10. Janji pukul 9, tapi pukul 10 baru nampak batang hidung .. 

11. Pakai cantik2 , tapi ada mata orang tu tengok dengan cara tidak puas hati. 

12. Cakap lain, buat lain .. 

13. Depan aku cakap lain, belakang aku lain pula yg dicerita

14. Orang yg tidak amanah. Janji kemain tak nak cerita rahsia yg kita bagitahu, tak sampai dua saat sudah heboh sini sana. Bedebah punya orang.

15. Mix and match kan somebody dengan aku . What the ?? Ingat aku ni apa nak match sesuka hati.. Hello, I'm 23years old now! itu cerita budak sekolah rendah lah woi. basiii 

*to be continued if ada yang tidak tersenarai ..