Friday 5 July 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia :: TheEnd

Assalamulaikum 

Amek mood. amek mood nak type entry kali ini. >_<

SSID sudah tamat. Officially or not still tak tahu lagi kan? Manalah tau, kot2 lepas ni ada SSID part II pula ke, or maybe SSID versi raya. Hah! Meriah gitu. muehehe. (angan2 sorang je lah)

Macam mana episod last tadi, okay tak? Bagi aku, okay saja. not bad.
Tapi, serasa aku macam ada kelainan sedikit berbanding di dalam novel. Part ending tu macam di tambah kot untuk menambahkan lagi rasa beshh nya cerita ini yeew ! hehehe. Kalau aku yg silap tolong perbetulkan ye ?

Aku tengok part si Rania tolak Syaf dari pelamin dgn perasaan panas membara saja. Eh3, enak2 dia tolak orang ya. Syaf tak sempat nak buat pengakuan "sebenarnya saya isteri dia" tadi.. aisyyy. 

Alang2 ada penambahan, aku ingatkan adalah scene tarik2 rambut ke. hehe ! baru tragis sikit kan? tapi macam tak cool lah pulak main tarik2 rambut sebab lelaki. muehehe. hmm, tak jadilah. 


Sempat lah juga mereka merasa memakai pakaian pengantin. hehe. 

Korang perasan tak tadi, plot ending tu macam rush sikit kan? jumpa , baik, mengaku sayang etc,  lepas tu terus tarik tangan si Syaf pergi butik pengantin. muehehehe. Agak rush kan? Mungkin kot, kerana daripada novel setebal 800 lebih pages kena ringkaskan kepada 13 episod sahaja. yelah kot plotnya nampak semacam rush sahaja. 

but, sokey. jalan cerita itu masih lagi seperti dalam novel, walaupun di ubah sikit-sikit. still not bad lah kan?

Hmm, tadi aku ada bukak Facebook and Twitter. Ada sajalah golongan yg anti dgn cerita ini komen yg tidak enak di dengar ... hmmm ;\

Okay, memang aku mengaku pun cerita ini bertambah suwit apabila Izzue Islam yg muda dan kacak serta hensem itu digandingkan dengan Tiz Zaqyah yang comel, cantek lagi puteh melepak itu. Okaylah, itu mungkin menjadi salah satu daripada faktor tarikan utama. tapi, jalan cerita ini still not bad kan? ada mesej tersendiri.

Pointnya ialah kahwin muda ! Memanglah tidak dicerita secara terus dalam drama ini, but itulah permulaan jalan cerita mereka. kan? kan? 

Ish, aku duk komen ni macam fanatik sangat dgn cerita ini ? ishh, idaklah. aku layan juga Majlis Tilawah al-Quran . Movie movie juga, akhirat jangan di lupa ;) 

Walau apa pun, satu pujian yg ikhlas aku berikan kepada penulis novel SSID ini sehinggakan novelnya diangkat menjadi sebuah drama rantaian. Big success! Clap clap. 



Now, tamatlah sudah cerita cinta rekaan antara mereka. Mungkin cerita rekaan bagi mereka, bukan bagi kita. Aku yakin, salah seorang daripada kita makhluk Allah ini mempunyai jalan cerita cinta seperti mereka kan?

"sebenarnya saya isteri dia" bila mau dapat status itu ? huhu
 haaa sudah ! Mood gatai mai dah. Tandanya kena stoplah tu. hehe
 Bye3 dears ! ;) 

FIZO OMAR ;)

p/s : saje tinggalkan dua keping gambar hero saya di sini. hehe :D

** semua pixa yg diupload di atas adalah sumber ihsan google images dan daripada fanpages dorang . ;)